Produk
digital adalah lubuk wang di internet. Namun, jika produk tersebut tidak
berkualiti, ia hanya akan membantutkan usaha anda untuk menjana sebanyak mungkin
pendapatan menerusi jualan produk digital. Produk yang berkualiti akan di
agung-agungkan manakala produk digital yang rendah mutunya akan di hindari oleh
pembeli
Produk
digital yang berkualiti bukanlah bergantung kepada template ebook atau video,
ecover yang bagus dan tajuk yang menarik. Produk digital yang berkualiti bergantung
kepada sejauh mana maklumat yang anda jual sampai kepada pembeli.
Jika
anda menjual produk panduan memulakan perniagaan, produk tersebut mestilah
boleh membantu si pembeli memulakan perniagaannya selepas menggunakan produk
digital anda. Sokongan kepada pembeli perlulah hebat. Produk digital yang
berjaya menyampaikan maklumat yang di jual adalah produk digital yang bermutu
tinggi.
Jika
penyampaian maklumat tidak menepati objektif anda menulis ebook, ia adalah
produk yang hanya melepaskan batuk di tangga sahaja. Untuk membantu anda
menghasilkan produk digital yang berkualiti tinggi, saya senaraikan empat
langkah utama iaitu
Untuk
menghasilkan produk digital yang berkualiti tinggi, anda harus kenal pasti
masalah dahulu. Kemudian, kenal pasti penyelesaian yang boleh anda lakukan
untuk menyelesaikan masalah. Di sampin menyelesaikan masalah, anda perlu fokus
pada tujuan produk digital tersebut di hasilkan. Akhirnya, barulah anda
memikirkan tajuk yang paling sesuai untuk anda letakkan pada produk anda.
Masalah
Lihat
keadaan sekeliling anda dan kenal pasti satu masalah. Di sekeliling anda pasti
ada masalah. Lihat masalah yang mengganggu jiran anda, ahli keluarga anda, ibu
bapa anda, anda sendiri dan rakan-rakan anda. Untuk memudahkan urusan anda,
anda pilih beberapa orang dan catat semua masalah yang membelenggu mereka di
atas satu kertas kosong.
Dari
banyak-banyak masalah, anda pilih satu masalah yang ada pada semua orang yang
anda pilih tersebut. Namun, anda bebas untuk memilih masalah yang anda rasa
menarik tanpa melihat kepada kesamarataan masalah yang di hadapi oleh
orang-orang yang anda pilih.
Penyelesaian.
Selepas
mengenalpasti masalah, anda cuba cari jalan penyelesaian kepada masalah yang
anda pilih tadi. Jika masalah yang anda kenal pasti adalah masalah kewangan,
anda cari penyelesaian untuk menyelesaikan masalah kewangan tersebut.
Penyelesaian
perlulah menyeluruh atau khusus. Bagi masalah kewangan, ada berbagai cara untuk
menyelesaikan masalah tersebut. Antaranya:
· Panduan menyelesaikan hutang.
·
Panduan jimat wang.
·
Panduan meminjam
·
Panduan perlaburan wang.
·
Panduan perniagaan bagi mereka yang
ada masalah kewangan.
·
Panduang pengurusan wang.
Terdapat
berbagai penyelesaian. Anda boleh tulis penyelesaian secara menyeluruh atau
khusus pada satu-satu kemahiran. Pilih yang anda rasa terbaik.
Tujuan produk.
Langkah
seterusnya adalah menentukan tujuan produk anda di hasilkan. Berdasarkan
penyelesaian yang anda pilih tadi, anda tentukan tujuan produk anda di tulis.
Contohnya bagi masalah kewangan, anda memilih penyelesaian adalah berkisarkan
teknik menguruskan wang.
Jadi,
anda perlu fokus bahawa tujuan produk anda di tulis adalah untuk membantu orang
menguruskan wang. Tujuan produk anda bukanlah menyelesaikan masalah orang
tetapi bertujuan membantu orang ramai menguruskan wang mereka sendiri.
Tajuk produk digital.
Sekarang
dan langkah terakhir adalah memilih tajuk bagi produk digital anda. Pilih satu
tajuk yang menarik dan catchy.
No comments: