Affiliate
adalah antara lubuk untuk menjana pendapatan di internet. Melalui affliate,
tiada modal permulaan di perlukan. Jika perlu, ia hanyalah sedikit sahaja. Oleh
kerana kosnye adalah percuma, hampir semua newbie di dalam dunia perniagaan
internet menceburi dunia affliate sebagai langkah pertama mereka.
Namun,
kebanyakan dari mereka tewas sebelum berjuang. Selepas berusaha beberapa bulan,
tiada langsung jualan yang berjaya di hasilkan oleh mereka. Mereka tidak
berjaya bukan kerana mereka tidak berusaha tetapi mereka tidak berjaya di
sebabkan kurangnya ilmu.
Affiliate-affliate
newbie tidak tahu yang patut di lakukan dan apa yang patut di lakukan. Jadi
sangat mudah untuk affliate-affliate senior mengambil kesempatan dari kelemahan
newbie-newbie ini. Untuk membantu seorang affliate menjana pendapatan di
internet, saya senaraikan lima perkara yang seorang affliate tidak patut
lakukan.
5 perkara yang membunuh prestasi seorang affliate.
1. Tidak melakukan aktiviti pra jualan.
Kesilapan
utama seorang affiliate adalah tidak melakukan aktiviti pra jualan semasa ingin
mempromosi produk affliate. Mereka selalunya mempromosi link
utama affiliate tanpa perlu direct ke page pra jualan dahulu. Pra jualan
penting untuk anda memperkenalkan produk yang anda ingin jual menggunakan ayat
anda sendiri.
Pra
jualan boleh jadi landing page, artikel, ebook percuma, video dan lain-lain
kaedah pra jualan. Seperti seorang agen insurans yang menerangkan polisi
insurans kepada prospek, anda juga perlu menerangkan produk yang anda jual
kepada prospek anda.
2. Tidak tahu membina website yang asas.
Salah satu kelemahan yang ada pada
newbie affiliate adalah mereka tidak tahu bagaimana hendak membina website.
Website adalah komponen yang penting dalam pemasaran di internet. Jika anda
tidak tahu, anda perlu belajar. Cukup sahaja tahu membina landing page sendiri.
3. Tidak belajar cara tarik trafik
Satu kelemahan yang ketara adalah
tiada kreativiti di dalam aktiviti promosi. Kebanyakan affilate mempromosikan
produk di tempat yang sama seperti affliate yang lain. Untuk menjadi seorang
affliate yang berjaya, anda perlu belajar teknik dan cara yang kreatif untuk
menarik trafik.
Terdapat berbagai cara untuk menarik
trafik seperti:
- Pemasaran forum
- Pemasaran artikel
- Youtube
- Iklan di facebook.
- Pay per click
- Pay per Impression
- SEO
- Dan bermacam-macam lagi..
Anda perlu belajar jika tidak tahu.
Jika tidak mahu belajar, anda tidak akan kemana-mana sebagai affliate.
Terlalu cepat mengalah.
Jika mahu jadi seorang yang berjaya,
anda tidak boleh mengalah dengan terlalu cepat, anda perlu berani untuk mencuba
dan terus mencuba. Apa yang membezakan orang yang berjaya dan tidak berjaya
adalah oran berjaya merancang untuk mencuba manakala orang yang tidak berjaya
merancang untuk berangan.
Terlalu lambat bertindak.
Untuk menjadi seorang affliate yang
berjaya, anda harus elakkan dari bertindak terlalu lambat. Apa yang anda
rancang, patut di selesaikan dengan lebih awal tanpa menangguh-nangguhnya. Jika
ada produk hangat yang keluar di pasaran atau ada trend baru yang menjadi
ikutan atau apa sahaja yang terbaru di
pasaran, anda perlu pantas bertindak.
Contohnya jika pada tahun itu produk berkaitan kerjaya memperoleh keuntungan yang menggalakkan, anda perlu pantas membina list bagi niche tersebut supaya apabila ada produk yang lebih hangat keluar pada tahun hadapan, anda sudah bersedia dengan senjata-senjata yang ada
No comments: