Kegunaan checklist perniagaan ebook.
Kini, perniagaan ebook telah menjadi antara salah satu
kerjaya pilihan bagi rakyat Malaysia. Ada ebook yang menjadi dan menjana ribuan
ringgit, ada juga yang kurang berjaya dan ada juga yang sedang-sedang sahaja
pendapatannya. Semuanya bergantung kepada permintaan orang ramai dan strategi
yang di gunakan oleh pemilik ebook.
Ada di kalangan penulis ebook terlalu gopoh untuk
menjana pendapatan melalui jualan ebook. Mereka tulis dan terus sahaja
melakukan promosi, ada juga yang tidak semena-mena terus membuat cabaran. Semua
perkara memerlukan flow yang betul atau
langkah demi langkah untuk mencapai kesempurnaan.
Seperti manusia, kita perlu belajar untuk merangkak
sebelum belajar bagaimana hendak berjalan. Kemudian barulah kita boleh belajar
bagaimana untuk berlari. Setiap perkara memerlukan langkah demi langkah untuk
memastikan kita berada dalam landasan yang betul dan tepat.
Checklist perniagaan ebook di olah untuk mengajar anda
bagaimana untuk memastikan perniagaan ebook yang anda usaha berada dalam
landasan yang betul dan tepat. Setiap langkah akan di sertakan tips dan teknik
terbaik untuk anda jayakannya.
Checklist Perniagaan Ebook
Berikut adalah checklist untuk perniagaan ebook.
Senarai
Checklist perniagaan ebook
|
|
Lakukan
kajian untuk pasaran anda dan sesuaikan dengan idea yang anda ada.
|
|
Beli
domain untuk perniagaan anda.
|
|
Beli
Hosting.
|
|
Pasang
autoresponder di squeeze page sementara anda membina produk yang anda telah
rancang.
|
|
Bina
produk anda
|
|
Order
minisite atau buat sendiri minisite untuk produk anda.
|
|
Tulis
surat jualan
|
|
Bina
halaman terima kasih serta halaman download untuk ebook anda.
|
|
Pilih
cara terbaik untuk anda menerima bayaran dan bina order page.
|
|
Muat
naik segala data laman web ke dalam hosting.
|
|
Bila semuanya sudah siap, beritahu kepada
list anda.
|
|
Bina sistem affiliate selepas anda selesai
promosi pada list anda untuk membina pendapatan pasif.
|
|
Lakukan promosi secara berkala.
|
|
Ulang
kembali langkah pertama untuk produk seterusnya.
|
Lakukan kajian untuk pasaran anda dan sesuaikan dengan
idea yang anda ada.
Tidak perlu saya hurai dengan panjang lebar, untuk menghasilkan ebook yang
mempunyai nilai harga yang tunggu, anda perlu ada pembeli. Oleh itu, pastikan
ebook yang anda tulis mempunyai permintaan
yang ramai.
·
Orang
ramai sanggup mengeluarkan wang untuk mendapatkan ebook tersebut.
·
Anda
mempunyai pengetahuan walaupun sedikit mengenai bidang yang anda ingin tulis.
Walaupun ciri ketiga adalah bersifat pilihan, saya
percaya anda perlu ada sedikit pengetahuan sekurang-kurangnya supaya mudah di
kemudian hari. Jika anda tiada idea untuk menulis ebook mengenai apa, anda
boleh cuba untuk cari idea dari diri anda sendiri.
Untuk pengetahuan anda, kebanyakan manusia mempunyai
keinginan yang sama. Maka, apa yang anda inginkan juga di ingini oleh
sekelompok manusia yang lain. Apa yang anda perlu fikirkan adalah adakah
sekelompok manusia itu sanggup untuk membayar untuk memiliki ebook yang anda
tulis.
Untuk panduan anda, saya sertakan beberapa topik yang
sentiasa ada permintaan dari orang ramai.
1 1. Diet dan cara untuk kuruskan badan.
2 2. Kesihatan.
3 3. Hubungan dan cinta.
4. Buat duit di internet dan perniagaan.
5. Ibu bapa
6 6. Kewangan
7 7. Kecantikan.
Beli domain untuk perniagaan anda.
Perkara
kedua yang anda perlu lakukan adalah membeli domain untuk ebook anda. Kadang-kadang
perkara yang menghalang kita dari berjaya adalah kegagalan kita untuk melakukan
tindakan pertama. Maka, pembelian nama domain untuk perniagaan anda menunjukkan
anda sedang serius dalam perniagaan anda.
Antara
perkara yang anda perlu perhatikan ketika hendak membeli domain adalah:
1 - Pastikan
nama domain yang anda beli senang untuk di baca dan di ingat oleh sesiapa yang
membacanya.
2 - Kalau
boleh pastikan nama domain anda seringkas mungkin. Paling panjang pun mungkin
dua perkataan.
3 -Tiada nombor atau tanda ‘-‘ dalam nama domain anda. Ini
untuk memastikan, peminat ebook anda tidak tersalah taip ketika mereka ingin
melawat laman web anda.
4 - Pastikan nama domain itu juga ada kaitan dengan nama
produk anda.
5 - Kalau boleh, pastikan nama domain anda berakhir dengan
com.
Saya
syorkan anda untuk membeli domain dari sini. Kerana harganya yang murah.
Beli
hosting.
Selepas
membeli domain, anda beli hosting untuk menempatkan domain yang anda beli tadi.
Awas!!!
Pastikan anda membeli dari syarikat hosting yang benar-benar ingin berkualiti dan menjaga para pelanggannya. Sebagai langkah berjaga-jaga, mungkin anda perlu lakukan beberapa perkara sebelum anda mengambil keputusan untuk membeli hosting.
Pastikan anda membeli dari syarikat hosting yang benar-benar ingin berkualiti dan menjaga para pelanggannya. Sebagai langkah berjaga-jaga, mungkin anda perlu lakukan beberapa perkara sebelum anda mengambil keputusan untuk membeli hosting.
1 - Cuba
hantar ticket support ke syarikat hosting dan perhatikan sejauh mana kepantasan
mereka membalasnya.
2 - Jika
ada nombor telefon, cuba hubungi mereka dan tanya mengenai syarikat hosting
mereka.
- Tanya prestasi syarikat hosting tersebut di forum-forum.
- Tanya prestasi syarikat hosting tersebut di forum-forum.
Bagi
saya, anda wajib untuk melakukan tindakan di atas bagi mengelakkan diri anda
susah pada kemudian hari. Antara perkara yang anda perlu pertimbangkan ketika
membeli hosting adalah:
1 - Bandwidth-semakin
tinggi bandwidth, semakin lancar laman web anda untuk loading nanti.
2 - Database-
anda perlukan beberapa database untuk memasang sistem affiliate nanti.
3 - Syarat-syarat
syarikat hosting- fahami syarat-syarat mereka supaya anda tidak akan di kenakan
tindakan pada kemudian hari.
Pasang autoresponder di squeeze page sementara anda
membina produk yang anda telah rancang.
Sekarang, anda ada idea. Anda juga ada rumah dan nama
rumah iaitu hosting dan domain. Sementara menunggu produk anda untuk siap,
adalah lebih molek untuk anda mengumpul list dahulu. Bina satu squeeze page dan
pasang autoresponder di squeeze page tersebut.
Ada dua cara untuk anda kumpul list.
Pertama
Anda lakukan ia sendiri, anda promosikan laman web
anda sendiri. Antara pilihan pengiklanan yang ada adalah:
1 - Pengiklanan di forum-forum
2 - Pengiklanan banner.
3 - Pengiklanan teks.
4 - Pengiklanan pay per click.
Kedua
Anda
suruh orang lain atau lebih tepat menganjurkan Pay per lead. Setiap affiliate
yang membawa anda lead, anda akan bayar kepada mereka. Cara sebegini lebih
santai kerana anda boleh tumpukan 100% kepada pembangunan produk.
List
di kumpul supaya apabila produk anda siap sahaja, anda sudah boleh melakukan
promosi dan sudah tentu pendapatan akan mencanak naik.
Bina
produk anda
Ada
beberapa cara untuk menulis ebook.
Pertama: Gunakan idea
sendiri.
Lakukan
kajian sendiri di internet atau sebagainya mengenai topik yang anda ingin
tulis. Kembangkan idea dan dapatkan pandangan pakar-pakar dalam bidang yang
anda ingin tulis.
Kedua: Gunakan idea orang
lain.
Cari
dan beli ebook atau artikel yang ada lesen PLR berkaitan dengan tajuk ebook
yang anda ingin tulis. Kembang atau gabungkan idea dari produk PLR dan tulis
ebook lengkap.
Ketiga : Upah orang lain
untuk tulis.
Cari
penulis bebas untuk menulis ebook tersebut bagi pihak anda. Anda cuba bagi
tajuk dan biar mereka tulis bagi pihak anda. Pastikan anda mendapat hak
sepenuhnya ebook tersebut. Peruntukkan 400 hingga 500 ringgit untuk penulis
bebas ini.
Bina
minisite untuk produk anda.
Sekarang bina minisite untuk produk anda. Jika anda
pandai, anda boleh buat sendiri, jika tidak, upah sahaja orang lain.
Grafik memainkan peranan penting ketika anda ingin
lakukan promosi. Di internet, manusia membeli di sebabkan grafik, kemudian
barulah mereka menilai kualiti produk anda. Pastikan grafik di minisite anda
bersifat professioanal.
Tulis surat jualan.
Tulis surat jualan di minisite yang telah anda
siapkan. Anda boleh tulis sendiri atau upah orang lain. Ia terpulang kepada
kreativiti anda. Jika anda tidak mahir, jangan bazir masa, upah sahaja kepada
mereka yang mahir. Dalam perniagaan, jika anda lambat, anda akan berada di
belakang.
Bina halaman terima kasih serta halaman download untuk
ebook anda.
Bina halaman terima kasih untuk produk anda. Apabila
pelanggan anda melakukan tempahan, mereka akan di bawa ke halaman terima kasih.
Halaman terima kasih harus mengandungi perkara berikut:
1 - Ucapan terima kasih.
2 - Cara untuk hubungi anda.
Selepas itu, bina halaman download untuk produk anda.
Di laman download, anda harus meletakkan perkara-perkara berikut:
Di laman download, anda harus meletakkan perkara-perkara berikut:
1
- Bagaimana hendak hubungi anda.
- Bagaimana hendak hubungi anda.
2 - Teknik untuk download.
3 - Berikan
panduan bagaimana hendak membuka file pdf.
4 - Ucapan
terima kasih.
Pilih cara terbaik untuk anda menerima bayaran dan
bina order page.
Sekarang, tentukan bagaimana anda hendak menerima
bayaran. Pilih sekurang-kurangnya dua bank tempatan. Jika mampu, masukkan
pilihan membayar menggunakan kad kredit. Masukkan juga pilihan bayaran melalui
PayPal.
Bina order page. Pastikan borang yang anda pasang di
order page berfungsi dengan baik.
Muat naik segala data laman web ke dalam hosting.
Muat naik segala datan laman web anda iaitu minisite
utama yang mengandungi surat jualan, order page, halaman terima kasih dan
halaman download ke dalam hosting.
Gunakan
teknik FTP atau lakukan secara manual di cpanel.
Bila
semuanya sudah siap, beritahu kepada list anda.
Apabila
semuanya sudah sedia, ambil masa dua minggu untuk melakukan promosi di list
anda. Anda boleh pilih teknik promosi yang anda jangka boleh memikat mereka.
Antaranya:
1 - Beri diskaun istimewa untuk list anda.
2 - Beri bonus terhad pada list anda.
3 - Beri apa sahaja tawaran istimewa yang anda dapat
fikirkan untuk memikat list anda untuk membeli.
Bina sistem affiliate selepas anda selesai promosi
pada list anda untuk membina pendapatan pasif.
Pasang sistem affiliate di minisite anda untuk
memperoleh pendapatan pasif. Jika ada modal, adakan cabaran affiliate. Sentiasa
hidupkan affliater anda dengan tawaran yang menarik.
Lakukan promosi secara berkala.
Jika anda rajin, anda boleh lakukan promosi secara
berkala. Contohnya, setiap bulan peruntukkan beberapa ratus untuk mengiklankan
ebook anda.
Ulang kembali langkah pertama untuk produk seterusnya.
Sekarang, gunakan modal yang anda untuk ulang kembali
proses di atas untuk ebook seterusnya.
No comments: