Strategi
“Nilai Tersembunyi”
Strategi ini akan memberitahu prospek anda bahawa
nilai sebenar bonus produk anda adalah masih misteri. Dengan itu, mereka
memahami bahawa hanya dengan memiliki produk anda sahaja barulah mereka
mengetahui nilai sebenar bonus tersebut. Anda boleh menyatakan bahawa, nilai
bonus tersebut akan didedahkan sebaik sahaja mereka mendapatkan produk anda.
Contoh ayat :
“Anda akan mendapat bonus ekstra yang bernilai RMXXXX jika anda mendapatkan produk
ini sekarang!”
Strategi “Produk Habis
Terjual”
Strategi ini akan memberitahu prospek anda bahawa anda
sangat yakin bahawa produk anda akan dijual habis dan tidak akan bertahan lama
dipasaran. Ramai orang akan terpengaruh dengan keyakinan anda, malah anda boleh
menambahkan keyakinan dengan menyatakan anggaran jangka masa bila produk anda
akan habis dijual.
Contoh ayat ;
“Produk ini pasti akan habis terjual dalam masa seminggu sahaja…”
Strategi “Serangan Bom”
Dengan strategi ini, anda perlu memberitahu prospek
anda bahawa anda tidak akan menyewakan, berkongsi atau menjual nama / emel
mereka kepada orang lain. Anda perlu nyatakan bahawa anda faham situasi mereka
dimana mereka sering dibom dengan emel – emel promosi dan iklan. Ianya akan
menunjukkan bahawa anda sebenarnya mahu membantu mereka mengurangkan emel spam
yang tidak berfaedah.
Contoh ayat :
“Kadang kala ianya sangat menyusahkan apabila setiap hari anda diserang oleh
bom promosi dan iklan yang menjengkelkan..”
Strategi “Tiada Pemasangan”
Anda hanya perlu nyatakan bahawa produk anda tidak
memerlukan pemasangan apa – apa perisian untuk menggunakannya. Ini disebabkan
ramai yang tidak suka atau kurang mahir untuk memasang perisian di komputer
mereka kerana kadang kala memasang perisian merupakan kerja yang rumit.
Contoh ayat :
“Anda tidak perlu memasang apa – apa perisian untuk menggunakan produk ini..”
Strategi “Ubahsuai”
Strategi
ini membenarkan prospek anda mengubahsuai produk anda mengikut keperluan
mereka. Anda juga boleh menyatakan produk anda sangat mudah untuk disesuaikan
dengan keadaan semasa atau keperluan mereka.
Contoh ayat : “Produk ini
boleh disesuaikan dengan apa jua keperluan anda dengan mudah..”
Strategi “Penetapan”
Strategi ini akan memberitahu prospek anda bahawa mereka
hanya akan membuat pelaburan sekali sahaja tanpa perlu membayar yuran bulanan
atau tahunan. Maknanya, anda membuat penetapan bayaran hanyalah sekali sahaja.
Jika mereka berminat, pastinya mereka akan mendapatkan servis anda kerana ramai
yang tidak suka membayar yuran secara berulang – ulang setiap bulan.
Contoh ayat:
“Dapatkan servis kami sekarang dan buat pelaburan sekali sahaja seumur hidup
tanpa perlu membayar yuran bulanan..”
Strategi “Mereka Melakukannya”
Berikan prospek anda contoh yang spesifik tentang
beberapa orang yang telah mendapat faedah melalui produk anda. Anda boleh
jadikan mereka sebagai sebuah kisah kejayaan para pelanggan anda atau
letakkannya sebagai faedah produk di surat jualan anda. Letakkan juga sebagai
testimonial.
Contoh ayat:
“Ali telah menjana RM1000 seminggu manakala John pula baru sahaja memperoleh
RM500 setelah dua hari mempraktikkan apa yang ditunjukkan dalam ebook saya..”
Strategi “Rakan JV Peribadi”
Beritahu prospek anda bahawa jika mereka membeli
produk anda, mereka berpeluang mempromosikannya
juga. Berikan pelanggan anda komisen yang tinggi berbanding affiliate
anda yang lain. Sebagai galakan, beritahu mereka juga jumlah rakan – rakan JV
anda dan jangan lupa nyatakan betapa besarnya reputasi rakan JV anda.
Contoh ayat:
“Sebagai bonus tambahan, anda berpeluang untuk menjadi rakan JV istimewa saya
dan menikmati komisen istimewa juga..”
Strategi “Bayangkan”
Dengan menggunakan strategi ini, anda memberitahu
prospek anda agar membayangkan faedah – faedah yang bakal mereka miliki jika
mendapatkan produk anda. Ramai yang tidak terus membeli ketika pertama kali
melihat iklan anda, jadi dengan kaedah ini ianya akan membantu mereka membeli
dari anda di lain hari walaupun tanpa melihat iklan anda.
Contoh ayat:
“Bayangkanlah, setiap hari anda akan menerima ratusan surat yang mengandungi
wang pos didalamnya walaupun anda hanya duduk dirumah tanpa berpeluh..”
Strategi “Lakukan Sendiri”
Beritahu prospek anda, mengapa mereka tidak
melakukannya sendiri untuk mendapatkan faedah yang diingini sekiranya mereka
mampu melakukannya. Anda hanya perlu yakinkan mereka, bahawa mereka tidak dapat
melakukannya sendiri tanpa bantuan dari produk anda.
Contoh ayat:
“Kenapa anda masih mahu membazirkan wang mengupah orang lain, sedangkan dengan
bantuan produk kami anda boleh melakukannya sendiri..”
Strategi “Tidak Mustahil”
Strategi ini akan memberitahu prospek anda bahawa
inilah masa yang sesuai untuk memenuhi keinginan mereka kerana produk anda
menyediakan segala yang dianggap mustahil sebelum ini. Jadi, kaitkan produk
anda dengan perkembangan terkini contohnya; teknologi baru, bahan terbaru,
informasi terbaru dan sebagainya.
Contoh ayat:
“Menjana wang melalui Facebook kini tidak mustahil lagi, kerana ebook yang kami
terbitkan ini sarat dengan informasi terbaru yang belum pernah didedahkan..”
Strategi “Ketinggalan”
Strategi ini memberitahu prospek anda bahawa mereka
akan ketinggalan dari segi peluang untuk mencapai matlamat bersama dengan
produk anda. Anda mungkin boleh mengingatkan mereka bahawa ianya ada dinyatakan
di media seperti TV, radio mahupun majalah.
Contoh ayat:
“Ramai yang sudah bergelar jutawan semenjak menyertai program kami, adakah anda
mahu ketinggalan?..”
Strategi “Sangat Penting”
Kaedah ini akan memberitahu prospek anda bahawa sangat
penting untuk mereka membaca keseluruhan surat jualan anda, kerana jika tidak
mereka akan terlepas sesuatu yang sangat penting. Ini disebabkan ramai yang
meninggalkan surat jualan anda tanpa membaca sepenuhnya.
Contoh ayat:
“Ini mungkin laman web yang sangat penting untuk anda baca, kerana anda
berkemungkinan tidak menemuinya lagi..”
Strategi “Tindakan Pertama”
Nyatakan kepada prospek anda langkah pertama yang
mereka perlu lakukan sebelum mereka mahu mencapai matlamat. Ianya mungkin membeli
produk anda atau sekadar mendaftar sebagai subscriber dan sebagainya. Anda juga
boleh nyatakan, jika mereka gagal mengikutinya ianya akan menyebabkan mereka
kerugian dari segi masa, wang, tenaga dan sebagainya.
Contoh ayat: “Perkara
pertama yang anda perlu lakukan sebelum menikmati pemberian percuma ini
ialah..”
Strategi “Sedia Maklum”
Strategi ini akan memberitahu prospek anda tentang
fakta yang menyokong produk anda. Anda seharusnya menggunakan fakta yang
diketahui ramai dan umum. Ianya boleh menjadi lebih ‘berkuasa’ kerana fakta
tersebut sudahpun diterima oleh prospek anda sebelum ini dan mereka
mempercayainya.
Contoh ayat:
“Semua sudah sedia maklum bahawa makanan yang mengandungi lemak yang tinggi
sangat memudaratkan, sebab itulah produk kami merupakan produk bebas lemak..”
Strategi “Fungsi Yang Sama”
Melalui strategi ini, anda memaklumkan bahawa produk
anda sama fungsi dan piawaian seperti produk lain dipasaran namun harganya
lebih murah. Anda boleh memberitahu mereka bahawa anda faham ramai yang kurang
mampu mendapatkan produk sedemikian namun sekarang mereka boleh mendapatkan
produk yang sama fungsinya pada harga terendah (semestinya produk anda).
Contoh ayat:
“Kini anda boleh mendapatkan mesin urut yang sama kualitinya dan sama fungsinya
seperti mesin urut berjenama tetapi pada harga yang jauh lebih rendah..”
Strategi “Senaraikan”
Anda menggesa prospek anda untuk melakukan sedikit
tindakan fizikal, berbanding dengan hanya membaca sahaja. Ia sebenarnya, secara
tidak langsung menanamkan minat terhadap produk anda.
Contoh ayat:
“Ambil masa 1 minit berharga anda, dan senaraikan matlamat anda untuk bulan
ini..”
Strategi “Kadang Kala”
Strategi ini memberitahu prospek anda bahawa ada
masanya keadaan berubah dan bagaimana produk anda boleh membantu mereka sesuai
dengan keadaan semasa. Orang ramai akan berminat dengan produk anda seandainya
produk anda boleh memudahkan keadaan, lebih murah, lebih pantas dan sebagainya.
Contoh ayat: “Kadang
kala, kita perlu menyesuaikan diet harian kita dengan keadaan setempat dan
sebab itulah produk kami dicipta agar anda boleh menggunakannya dimana – mana
serta bila – bila masa sahaja..”
Strategi “Tiada Aduan”
Melalui strategi ini, anda memberitahu prospek anda
bahawa dengan menggunakan produk anda mereka tidak lagi menjadi mangsa aduan
orang ramai. Ramai orang sangat mengambil serius tentang aduan mengenai mereka.
Contoh ayat:
“Kini anda tidak perlu risau kerana tiada lagi aduan mengenai bau badan yang
kurang enak dengan menggunakan produk kami..”
Strategi “Setiap Hari”
Nyatakan kepada prospek anda tentang informasi yang
setiap hari mereka lihat atau baca bagi menyokong produk anda. Ianya
kemungkinan satu topik hangat yang sedang dibincangkan diperingkat dunia
ataupun dikalangan niche anda. Anda berikan mereka fakta dan buktikan ianya
benar, serta beritahu mereka bahawa mereka akan ketinggalan sekiranya tidak
memiliki produk anda.
Contoh ayat:
“Setiap hari anda mendengar bahawa pentingnya penjagaan alam sekitar agar hidup
lebih selesa dan jika anda mendapatkan produk kami, anda telahpun menyumbang ke
arah alam sekitar yang lebih bersih..”
Strategi “Mereka Tidak tahu”
Kaedah ini memberitahu prospek anda bahawa mereka akan
mempunyai kelebihan berbanding pakar jika mereka mendapatkan produk anda.
Ayat contoh:
“Ramai pakar yang tidak tahu mengenai teknik ini dan jika anda mendapatkan
ebook ini, anda akan memiliki banyak kelebihan berbanding mereka..”
Strategi “Perubahan”
Gunakan strategi ini dan nyatakan kepada prospek anda
bahawa apa yang mereka lakukan sekarang akan berubah. Orang ramai akan berminat
dengan produk anda jika ianya lebih baik daripada apa yang mereka ada sekarang
untuk mencapai matlamat.
Contoh ayat:
“Amaran:Bidang perniagaan internet kini sudah berubah dan anda bakal
ketinggalan kecuali anda mendapatkan produk kami..”
Strategi “Permulaan”
Dalam strategi ini, anda akan memberitahu prospek anda
bahawa mereka adalah yang pertama berpeluang memiliki produk anda. Mereka akan
menyukai sesuatu yang kelihatan rahsia dan faedah – faedah yang diperolehi
dimana mereka menjadi orang terawal memilikinya.
Contoh ayat:
“Sebagai permulaan dan yang terawal, saya nasihatkan anda agar tidak
menghebahkan teknik ini kerana ianya rahsia pemilik ebook ini..”
Strategi “Belum Lagi”
Beritahu prospek anda bahawa ada sesuatu yang penting
atau menari untuk disampaikan dibahagian akhir surat jualan anda. Anda boleh
berikan pembayangnya di awal surat jualan untuk memujuk mereka meneruskan
pembacaan surat jualan anda. Jika mereka membaca sehingga habis surat jualan
anda, ada kemungkinan mereka kan membeli.
Contoh ayat:
“Saya belum lagi bersedia membongkarkan teknik rahsia ini, tetapi anda akan
mengetahuinya nanti di akhir surat jualan ini..jadi teruskan bacaan anda dan
saya pasti anda akan teruja..”
Strategi “Pergi dan Rugi”
Kaedah ini akan memberitahu prospek anda bahawa mereka
harus bertindak sekarang, bukannya esok atau lusa. Mungkin ramai yang
menganggap itu hanyalah gimik pemasaran, tapi anda tegaskan bahawa ianya serius
dan bukan satu gimik.
Contoh ayat:
“Bertindak sekarang, kerana jika anda meninggalkan laman ini maka anda tidak
akan berpeluang menikmati tawaran ini lagi di lain hari..”
Strategi “Kejayaan Sebenar”
Beritahu prospek anda bahawa mereka memerlukan sesuatu
pemangkin atau faktor (tool) untuk mencapai keinginan mereka. Semestinya, anda
memperkenalkan produk anda sebagai pemangkin tersebut. Anda juga boleh
menyatakan bahawa ramai orang memiliki attitud yang betul tetapi tidak semuanya
memiliki ‘tool’ yang betul untuk berjaya.
Contoh ayat:
“Kejayaan sebenar seorang affiliater juga sangat bergantung kepada tool promosi
yang digunakan, maka produk kami adalah tool terbaik untuk menjadi affiliater
yang berjaya..”
Strategi “Kuota”
Anda nyatakan kepada prospek anda bahawa mereka perlu
bertindak segera dengan membuat tempahan atau belian secara terus kerana kuota
adalah terhad. Beritahu mereka, bahawa anda telah menghebahkannya kepada ramai
orang diluar sana dan kemungkinan kuota akan dipenuhi dengan cepat. Dengan ini,
prospek anda akan merasa bahawa mereka bukanlah orang terawal yang menerima
informasi tersebut.
Contoh ayat:
“Kuota yang saya tetapkan amatlah terhad, dan sebelum ini saya telah hebahkan
kepada semua orang diluar sana sebelum anda menerima emel pemberitahuan ini..”
Strategi “Tiada Rekod”
Sesuai untuk anda yang menganjurkan seminar percuma,
nyatakan kepada prospek anda bahawa anda tidak akan merekodkan seminar anda
samada dalam bentuk audio atau video. Jika mereka tidak menghadirinya, mereka
tidak akan tahu isi kandungan seminar anda. Boleh juga jika anda menyatakan
bahawa rekod video atau audio anda menjadi produk berbayar nanti. Pastinya,
mereka yang tidak mahu mengeluarkan kos akan menghadiri seminar anda.
Contoh ayat:
“Anda tidak akan melihat atau mendengar lagi seminar ini kerana seminar percuma
ini tidak akan direkodkan dalam bentuk video mahupun audio..”
Strategi “Yuran Keahlian”
Nyatakan bahawa anda selalunya mengenakan yuran untuk
produk atau laman keahlian anda. Namun, untuk prospek anda nyatakan bahawa
yuran telahpun anda mansuhkan dan ianya kini percuma. Ini akan membuatkan
prospek anda berasa sangat gembira dengan kemudahan yang anda sediakan. Jika
mereka gembira, mudahlah untuk anda mempromosikan produk.
Contoh ayat:
“Kami memansuhkan sepenuhnya yuran keahlian untuk anda dan menambahkan lagi
bonus yang bernilai RM..”
Strategi “Ingin Berbicara”
Dengan mengajak prospek anda berbicara, ianya nampak
lebih peribadi walaupun hanya melalui emel. Ramai orang lebih senang membaca
emel yang bersifat peribadi berbanding emel secara rambang. Selain itu, dengan
teknologi yang semakin canggih anda mungkin boleh mengajak mereka chat melalui
YM atau Skype.
Contoh ayat:
“Saya ingin berbicara dengan anda sebentar, semoga perbincangan kita ini mampu
menyelesaikan masalah anda..”
Strategi “Jual dan Untung”
Beritahu prospek anda bahawa mereka akan menikmati
komisen yang istimewa jika mereka mencapai target anda. Ia akan membantu
memberikan motivasi buat mereka untuk mempromosikan produk anda secara besar –
besaran.
Contoh ayat:
“Dapatkan jualan seminimum 50 jualan, dan anda akan diberikan bonus hebat
bernilai RM1000..”
Strategi “Laman Keahlian
Isitimewa”
Sesuai bagi yang mempromosikan affiliate, umumkan
kepada prospek anda bahawa anda akan memberikan sesuatu yang istimewa jika
mereka membeli melalui link affiliate anda. Jika anda memiliki laman keahlian,
berikan sesuatu yang sukar untuk dilepaskan atau boleh memberi penjimatan
kepada mereka.
Contoh ayat:
“Anda berpeluang mendapat keahlian secara percuma selama 6 bulan sekiranya anda
membeli melalui link affiliate saya..”
Strategi “Sudahkah Anda
Memiliki”
Kaedah ini memberitahu pelanggan atau prospek anda
bahawa mereka memerlukan sedikit motivasi dan panduan untuk menggunakan produk
anda. Anda boleh tawarkan khidmat perunding secara percuma atau bayaran minimum
agar mereka boleh memanfaatkan produk anda sepenuhnya. Dengan ini, ia
menggalakkan mereka untuk mendapatkan lagi produk anda dimasa hadapan.
Contoh ayat:
“Sudahkah anda memiliki produk kami namun belum menggunakannya, jangan risau
kerana saya akan tunjukkan bagaimana produk ini akan membantu anda
sepenuhnya..”
Strategi “Baru dan Murah”
Beritahu prospek anda bahawa produk anda merupakan
produk yang terbaru dipasaran namun harganya sangat murah. Beritahu bahawa,
ramai juga menjualnya diluar sana namun harganya berlipat kali ganda dan
nyatakan juga bahawa anda membantu menjimatkan pelaburan mereka.
Contoh ayat:
“Inilah produk terbaru di pasaran dan saya tawarkannya pada harga terendah
berbanding di tempat lain..”
Strategi “Adakah Anda
Bersedia?”
Strategi ini memberitahu prospek anda bahawa anda akan
melancarkan produk terbaru anda. Notis pra pelancaran akan menyemarakkan lagi
minat mereka terhadap produk anda. Namun, jangan berikan kesemua info mengenai
produk anda, sebaliknya biarkan mereka membayangkannya sendiri.
Contoh ayat:
“Adakah anda bersedia pada Ahad ini dimana satu lagi revolusi perniagaan
internet akan muncul..”
Strategi “Terima Kasih”
Dengan kaedah ini, anda mengucapkan terima kasih
kepada semua pelanggan dan prospek anda. Secara tidak langsung, ia membayangkan
bahawa perniagaan anda disokong oleh ribuan prospek dan pelanggan di luar sana.
Ini boleh menambahkan reputasi dan juga kredibiliti anda sebagai penjual.
Contoh ayat:
“Saya amat terharu dan mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan
termasuklah para subscribers yang menyokong pelancaran produk ini..”
Strategi “Ceritakan Kepada
Saya”
Dengan kaedah ini, anda meminta agar pelanggan anda
memberikan testimonial kejayaan mereka sepanjang menggunakan produk atau
mendapatkan khidmat nasihat anda. Anda boleh benarkan mereka meletakkan link
mereka diakhir testimonial dan tujuannya agar mereka mendapat publisiti juga.
Hebahkan testimonial mereka di laman web, blog atau kumpulkannya di dalam sebuat
repot atau ebook.
Contoh ayat: “Bolehkah
anda kongsikan kisah kejayaan anda semenjak menggunakan produk kami..”
Strategi “Bahagian ke – 2”
Strategi ini akan memberitahu prospek anda untuk
membaca bahagian ke-2 mesej anda walaupun mereka belum lagi membaca bahagian
pertama mesej anda untuk mengetahui keseluruhan mesej yang anda ingin
sampaikan. Ini membantu mereka yang tidak membaca mesej anda untuk berasa
teruja kerana ianya seolah – olah satu misteri bagi mereka. Anda boleh letakkan
salinan mesej pertama anda diakhir mesej ke – 2 anda sebagai rujukan.
Contoh ayat:
“Inilah mesej bahagian ke -2, sambungan dari mesej pertama dimana segala
penyelesaian terhadap masalah kewangan anda akan ditunjukkan satu persatu..”
Strategi “Statistik”
Strategi ini akan menerangkan prospek anda tentang
statistik yang terkini mengenai produk anda. Anda nyatakan bahawa ianya sangat
penting tak mahu mereka terlepas peluang untuk memperbaiki kehidupan mereka.
Dengan ini, anda kelihatan ikhlas mahu membantu mereka.
Contoh ayat:
“Statistik saya yang terkini menunjukkan hanya 30% pelawat sahaja membaca info
ini sehingga habis dan saya tidak mahu anda mengabaikan info ini demi kebaikan
anda..”
Strategi “Menyimpan Rahsia”
Dengan teknik ini, anda memberitahu prospek anda bahawa
anda telah menyimpan rahsia tentang produk anda seorang diri sahaja untuk
sekian lama. Beritahu mereka bahawa ianya adalah produk yang sangat mengujakan,
dan anda bersedia untuk melancarkannya serta anda tidak boleh menyimpan rahsia
tersebut seorang diri lagi. Jadi, mereka akan ingin tahu apakah yang
menyebabkan produk anda begitu bernilai sehingga anda sanggup merahsiakannya
sekian lama.
Contoh ayat:
“Sudah sekian lama saya menyimpan rahsia ini seorang diri, namun akhirnya saya
sedia berkongsi dengan anda melalui produk..”
Strategi “Pernahkah Anda
Dengar”
Strategi ini memberitahu prospek anda bahawa jika
mereka tidak membaca mesej anda sekarang, mereka tidak akan menemuinya lagi
dimasa hadapan. Semestinya orang ramai sangat menggemari informasi terbaru dan
produk yang boleh mengubah hidup mereka.
Contoh ayat:
“Pernahkah anda mendengar tentang kelebihan produk ini, atau anda tidak akan
menemukannya lagi jika anda meninggalkan web ini sekarang..”
Strategi “Salah Cetak”
Dalam strategi ini, anda beritahu prospek anda bahawa
kenyataan tentang produk anda mungkin nampak sukar dipercayai namun ianya benar
dan terbukti. Mungkin sesetengah orang menganggap ianya terlalu mustahil dan
ada kesilapan dalam penulisan surat jualan. Nyatakan dengan tegas bahawa ianya
bukan kesilapan dari segi penulisan tetapi ianya benar.
Contoh ayat:
“Ini bukan salah cetak, tetapi apa yang anda baca adalah benar belaka..”
Strategi “Lebih Panjang”
Sesuai untuk anda yang memiliki laman keahlian,
umumkan kepada prospek anda bahawa mereka akan menikmati tawaran yang lebih
menjimatkan sekiranya memilih untuk menjadi ahli jangka panjang. Contohnya
yuran bulanan anda ialah RM20 tetapi yuran tahunan pula hanya RM100, jadi
mereka dapat berjimat RM20. Ataupun, jika mereka ‘upgrade’ keahlian kepada 1
tahun di lain masa , mereka akan membayar RM110. Kaedah ini akan menimbulkan
rasa ingin bertindak cepat dikalangan pospek anda.
Contoh ayat:
“Daftar keahlian setahun sekarang dan nikmati penjimatan RM20 berbanding
menjadi ahli biasa yang membayar yuran bulanan..”
Strategi “Pelancaran Rasmi”
Strategi ini akan mengumumkan bilakah anda akan
melancarkan produk anda, dan ini akan membantu prospek anda bersedia untuk
membeli. Ini akan memberikan ruang kepada prospek anda untuk mula mengumpul wang
dan dana yang berkaitan. Jika anda menyediakan program affiliate, ini
memudahkan para affiliater anda melakukan pra promosi. Ingatkan mereka, bahawa
akan menghantar emel ketika pelancaran nanti.
Contoh ayat: “3
hari lagi untuk pelancaran rasmi produk..”
Strategi “Saya Teruja”
Anda maklumkan kepada prospek anda bahawa anda teruja
dengan jualan produk terhad anda yang sangat laris namun masih tinggal beberapa
unit lagi untuk dihabiskan. Bagi mereka yang takut terlepas peluang, semestinya
mereka akan membuat keputusan dengan segera.
Contoh ayat:
“Saya agak teruja dengan jualan produk yang sangat laris, namun kini hanya
tinggal 3 unit sahaja tinggal sebelum saya tutup jualannya..”
Strategi “Hubungi Saya”
Beritahu prospek anda untuk menghubungi anda kerana
mesej yang anda ingin sampaikan amat penting. Jadi, mereka akan menganggap
jemputan anda amat penting dan bermanfaat.
Contoh ayat:
“Sila hubungi saya untuk maklumat penting ini..”
Strategi “Jika Anda Seperti Saya”
Strategi ini ialah anda memberitahu propsek anda
bahawa anda juga sama seperti mereka dalam usaha memperbaiki kehidupan. Jadi,
nyatakan betapa produk anda boleh membantu mereka dengan mudah tanpa perlu
bekerja keras.
Contoh ayat:
“Jika anda seperti saya, malas dan letih untuk ke gim bagi menguruskan badan,
inilah produk terbaik yang akan membantu anda..”
Strategi
“O.T.O”
Beritahu prospek anda di laman pertama web anda,
bahawa anda menyediakan tawaran terhad / O.T.O (one time offer) dilaman yang
kedua.
Contoh ayat:
“Anda boleh semak di laman kedua tentang tawaran terhad yang kami sediakan..”
Strategi “Tidak Mempercayai”
Nyatakan kepada prospek anda bahawa anda juga pada
mulanya tidak mempercayai bahawa produk anda memberikan hasil positif, sama
seperti mereka yang kali pertama melihatnya. Ini akan menghapuskan
ketidakpercayaan mereka terhadap produk anda kerana anda sudahpun
menyatakannnya sebelum ini dan mereka mahu membuktikan yang anda tidak benar.
Contoh ayat:
“Saya juga tidak mempercayainya dahulu, sama seperti anda yang pertama kali
melihatnya sehinggalah akaun bank saya mula dipenuhi wang setiap hari..”
Strategi “Pendekkan Waktu”
Katakan kepada prospek anda ianya mungkin mengambil
masa berbulan – bulan untuk mencapai matlamat mereka jika mereka melakukannya
bersendirian. Ramai orang suka menjimatkan masa dan gemar memilih idea yang
memudahkan.
Contoh ayat: “Jika
anda melakukannya seorang diri anda mungkin mengambil masa sehingga 6 bulan,
namun produk saya mampu menjadikannya 6 hari sahaja..”
No comments: