Jana 100
hingga 1000 USD melalui review
Terdapat berbagai
cara untuk menjana pendapatan melalui blog, antaranya
Menjual ruang pengiklanan.
Ada bermacam-macam jenis ruang pengiklanan yang anda
boleh jual, antaranya banner, iklan teks atau pop-ups. Pendapatan anda bergantung kepada sejauh mana
bilangan pelawat yang datang ke laman web anda. Ada di kalangan blogger yang
blog mereka menjangkau pelawat lebih 5 angka sehari berjaya mendapat pendapatan lebih 5 angka sebulan
dengan hanya menjual ruang pengiklanan.
Untuk blog yang memiliki topik kritikal seperti
kewangan, ada pihak sanggup membeli ruang iklan pada harga 100,000 USD sebulan
untuk meletakkan iklan mereka. Jadi,
jika anda anggap blog adalah perkara yang membazir, baik anda fikirkan ia semula
keran ia memang mampu beri keuntungan yang lumayan kepada anda.
Melakukan
post berbayar.
Perkara kedua yang anda boleh lakukan untuk menjana
pendapatan melalui blog adalah menyediakan perkhidmatan melakukan post
berbayar. Untuk perkhidmatan ini, anda boleh bermula pada bila-bila masa
sahaja. Ia juga bergantung kepada bilangan pelawat yang anda ada. Untuk
permulaan, mungkin anda hanya menerima bayaran satu angka sahaja.
Namun, jika blog anda sudah estasblish dan terkenal,
sudah tentuk 5 angka untuk setiap post adalah tidak mustahil. Untuk pengetahuan
anda, ebook ini akan memberitahu 25 laman web untuk anda jana pendapatan
melalui perkhidmatan post berbayar ini. Saya harap anda akan mendapat manfaat
darinya nanti.
Lakukan
promosi untuk produk affiliate ataupun produk sendiri.
Anda juga boleh melakukan promosi untuk produk sendiri
atau produk affiliate. Namun, keuntungan tetap bergantung kepada berapa ramai
pelawat blog anda. Semakin ramai orang yang melawat blog anda, semakin tinggi
peluang untuk produk anda di beli oleh ramai orang.
Bina
dan jual blog.
Blog juga boleh di ibaratkan sebagai tanah di alam
nyata. Katakan anda membeli tanah yang kosong, kemudian anda bangunkan tanah
tersebut sehingga tanah tersebut subur dengan tanaman atau di penuhi
pembangunan lain seperti rumah atau bangunan dan ketika ini, anda jual tanah
anda. Sudah tentu harga tanah anda akan melambung tinggi.
Anda lakukan perkara yang sama untuk blog anda. Anda
bina blog anda dan apabila blog anda mula terkenal, anda jual sahaja blog
tersebut untuk membina pendapatan segera. Jika blog yang anda bina menjana
pendapatan RM 100 untuk satu bulan, anda boleh jual sehingga RM 600 untuk blog
tersebut.
Walau apa sahaja yang anda lakukan untuk menjana
pendapatan melalui blog, blog tetap adalah antara perniagaan yang paling kukuh
di dalam internet. Memiliki blog bermakna anda mempunyai sebidang tanah di alam
nyata dan tanah tidak akan menghampakan anda.
Senarai laman web untuk jana wang.
B5
Media
Cara
pembayaran: Bayaran bergantung
kepada kerja yang anda dapat.
Review: B5 media adalah rangkaian blog yang besar di
internet. Mereka menerima hampir 10 juta page view setiap bulan dan lebih
sejuta pelawat unik setiap bulan.
Anda bertuah jika di terima untuk menyertai B5 media
dan melakukan pekerjaan untuk mereka kerana mereka adalah antara rangkaian
pengiklan yang terbaik berada di internet. Mereka agak cerewet untuk menerima
penyertaan blog baru dan hanya memilih mereka yang benar-benar kreatif sahaja.
Blog
advertising Store.
Cara pembayaran :
Anda di bayar dengan mengikut harga yang di tetapkan pengiklan.
Review
: Blog advertising store memberi peluang kepada pengiklan untuk memilih blog
mana yang sesuai untuk mereka meletakkan review mereka. Ia berfungsi seperti
ini, pihak pengiklan ada produk, servis atau laman web untuk mereka lakukan
promosi. Kemudian mereka akan iklankan di blog advertising store. Tugas anda
adalah memohon kepada pengiklan untuk menjadi reviewer.
Ketika
anda melakukan permohonan, pihak pengiklan kadang-kadang mahu anda menulis pra
post dan berapa bayaran yang anda mahu tawarkan. Jadi, anda perlu bersedia dari
awal. Pastikan blog anda mempunyai kaitan dengan topik yang ingin di review
untuk meningkatkan peluang anda di pilih.
Blog
to profit.
Cara pembayaran:
Per post.
Review: Blog to profit
mensyaratkan anda untuk memiliki blog yang berusia sekurang-kurangnya dua bulan
dan melakukan post setiap 2 minggu sekali sekurang-kurangnya.
Pekerjaan akan di beri sebaik sahaja anda di terima
oleh rangkain mereka. Post yang anda lakukan di sini tidak bersifat pengiklanan
atau jualan, ia lebih kepada post biasa sahaja. Bayaran akan di lakukan setiap
dua minggu ke dalam akaun paypal anda.
BlogHer
Ads
Cara pembayaran:
Tidak pasti tetapi mungkin berdasarkan prestasi anda.
Review: Rangkainan ini
memberi fokus pada blog yang di tulis oleh wanita atau blog yang mempunyai
bilangan pembaca wanita yang banyak. Rangkain ini mendapat sambutan yang
menggalakkan kerana ia di lawat lebih 15 juta pelawat pada setiap bulan. Jadi,
ada banyak kerja untuk anda.
Rangkaian
ini di reka dengan membenarkan pihak pengiklan untuk memilih blog mana yang
mereka berkenan untuk di siarkan iklan oleh mereka. Cara pembayaran, saya tidak
pasti tetapi ia mungkin berdasarkan prestasi blog anda.
Blogitive
Cara pembayaran:
Setiap post.
Review: Blogitive adalah
rangkaian yang membayar bloggers untuk setiap post yang mereka lakukan. Anda memperoleh wang dengan menyiarkan post pendapat
mengenai sesuatu. Tiada langsung post berkenaan dengan iklan dan jualan.
Anda juga boleh menggunakan perkhidmatan ghost writer
yang di sediakan oleh pihak blogitive untuk menulis post blog anda. Jadi, anda
boleh tumpukan perhatian lebih untuk promosi blog anda.
Blogsvertise.
Cara
pembayaran: setiap tugas yang
anda dapat.
Review: Blogsvertise memberi tugas kepada ahlinya bergantung
kepada kehendak pihak pengiklan. Biasanya blogsvertise tidak memberi tugas
untuk post artikel promosi atau seangkatan dengannya kerana pihak pengiklan
selalunya mencari backlinks untuk website mereka.
Anda tidak berhak untuk melakukan rundingan dengan
pihak pengiklan kerana blogsvertise telah menetapkan harga untuk blog anda.
Anda akan di bayar 4 hingga 25 dollar untuk setiap post yang anda lakukan.
Bright
hub
Cara pembayaran:
anda akan dibayar 10 USD dahulu dan di tambah lagi jika prestasi bagus.
Link untuk permohonan:
Review: bright hub memberi
fokus pada blog yang bercerita mengenai teknologi. Anda akan di bayar 10 USD
untuk setiap post dan akan di tambah jika trafik di blog anda bertambah.
Buy
Blog Reviews
Cara pembayaran: di
bayar untuk setiap post.
Review: Di sini, anda akan
di bayar untuk setiap review yang anda lakukan. Anda akan di bayar setiap 1st
dan 15th setiap bulan menerusi paypal. Anda berbagai topik untuk
anda pilih.
Creative
weblogging
Cara pembayaran:
Per post dan per page view.
Review: Mereka membayar
kepada blogger untuk setiap post yang di publish. Untuk anda memohon di sini,
anda perlu sekurang-kurangnya memiliki 50,000 page views sebulan. Lagi banyak
trafik yang anda dapat tarik, lagi banyak bayaran yang anda akan dapat.
Families.com
Cara pembayaran :
4 USD untuk setiap post dan mungkin meningkat.
Review : Di sini, mereka
mahu anda menulis di laman web mereka. Mereka akan host blog anda di server mereka. Ia
seperti social website. Tetapi, untuk anda di terima masuk ke network ini agak
sukar kerana mereka akan melakukan temuduga melalui emel. Pastikan perwatakan
anda sentiasa menarik.
Glam Media
Cara
pembayaran: bergantung kepada
situasi.
Link
untuk permohonan:
Review: Glam Media adalah salah satu rangkaian pengiklanan
yang telah menerima lebih 50 juta USD perlaburan dari pihak pengiklan. Untuk
lebih lanjut anda boleh lawat laman web di bawah untuk mengetahui lebih lanjut
mengenai glam media ini.
Link Post
Cara
pembayaran: Anda akan di bayar
untuk setiap post.
Review: Link post adalah sebahagian dari linkworth tetapi ia
lebih kepada pay per post di mana ia sesuai untuk anda sebagai blogger. Link
post membayar 70% dari nilai yang di bayar oleh pihak pengiklan kepada mereka
untuk setiap post yang anda lakukan.
Loud
Launch
Cara pembayaran:
bergantung kepada iklan yang anda dapat.
Review: Di sini, mereka
memberi bermacam-macam tawaran kepada anda sebagai blogger untuk menjana wang. Anda akan di bayar untuk melakukan press release, post
berbayar atau artikel umum. Anda berhak untuk memilih mana-mana
tawaran yang anda mahu.
Pay
per post
Cara
pembayaran: bergantung kepada
bilangan perkataan.
Review: Di sini, anda yang tentukan harga untuk perkhidmatan
anda. Anda bebas untuk meletakkan nilai harga berdasarkan perkataaan. Pihak
pengiklan akan memilih anda sekirannya mereke berminat dengan tawaran anda.
Pay U 2 blog
Cara pembayaran :
Setiap assignment.
Review: Di sini, anda akan
di bayar untuk setiap post yang anda lakukan di blog anda. Syarikat mereka
masih baru dan mereka seperti memilih untuk sesuatu blog itu di terima
permohonan mereka. Mereka
mensyaratkan blog anda untuk berusia lebih 3 bulan untuk di terima masuk.
Review
Me
Cara pembayaran:
Setiap review yang anda lakukan.
Link untuk permohonan:
Review: Anda akan di bayar
antara 20 hingga 200 USD untuk setiap review yang anda lakukan. Anda juga di
beri pilihan untuk menyatakan berapa bayaran untuk setiap review yang anda
lakukan. Sudah semestinya bayaran agak tinggi untuk blog yang kukuh.
Six
Apart
Cara pembayaran:
Pilihan anda.
Review: Syarikat ini agak
besar seperti glam media dan sudah tentu ada banyak pilihan di sini untuk anda
jana wang. Blog anda di syaratkan untuk berusia sekurang-kurangnya dua bulan
sebelum boleh memohon.
Smorty
Cara pembayaran:
Setiap post ataupun setiap click.
Review: Di sini anda akan
di bayar mengikut post dan ada application untuk anda di bayar mengikut
bilangan click. Di sini juga ada program pertukaran post. Jika anda menulis mengenai 100 blog yang lain. 100
blog yang lain itu juga akan menulis mengenai anda.
Social
Spark
Cara pembayaran :
bergantung kepada tawaran.
Review: Social Spark adalah
salah satu lagi rangkaian pengiklanan yang menawarkan peluang untuk blogger
menjana wang menerusi CPA offer, pay per post dan sewaan blog.
Di
sini, pengiklan di benarkan untuk menyewa blog anda pada hari-hari tertentu dan
anda perlu menulis apa yang mereka hendak anda tulis.
Sponsored
Reviews
Cara pembayaran :
Setiap review ( 5 – 1000 USD)
Review: Di sini, pihak
rangkaian memberi peluang kepada pengiklan untuk mencari blogger seperti anda
untuk melakukan review mengenai apa sahaja yang mereka mahu. Anda akan di bayar
untuk setiap review.
Di
sini, anda perlu bersaing dengan lebih jitu kerana hampir 23000 bloggers
berdaftar dengan laman web ini tetapi pihak pengiklan juga ramai mencari
blogger di sini. Jadi, anda tidak perlu risau mengenai persaingan kerana jika
blog anda bagus, anda pasti akan di pilih.
Today
Cara pembayaran:
Berdasarkan prestasi.
Review: Ia sama seperti
families kerana blog anda di host di sana. Namun, anda juga di bayar untuk
setiap review yang anda tulis jika ada tawaran di tawarkan. Jika tidak, anda
hanya berkongsi keuntungan syarikat sahaja.
Weblogs
Inc
Cara pembayaran :
tidak jelas
Review: syarikat ini
biasanya menerima pelanggan dari golongan korporat. Jadi anda boleh
ramalkan berapa bayaran yang anda bakal terima jika blog anda mampu untuk di
daftarkan di rangkain ini.
Permohonan
sungguh mudah kerana anda hanya perlu minat pada subjek yang anda tulis dan
anda di minta untuk menulis 3 samples blog post untuk mereka menilai.
Wise
Bread
Cara pembayaran:
Berdasarkan prestasi.
Review: Di
sini, ia lebih fokus pada blog yang mempunyai niche kewangan. Untuk permohonan,
anda perlu emel pada pihak mereka. Anda akan di minta untuk menulis beberapa artikel sebelum di terima
masuk.
Penutup
Jika
anda perhatikan pada laman-laman web di atas, terdapat beratus-ratus malah
beribu-ribu peluang untuk anda menjana wang dari blog menerusi teknik review
sahaja. Semakin terkenal dan kukuh blog anda, semakin tinggi bayaran yang anda
bakal terima dari pihak pengiklan.
Jika
anda serius untuk jana pendapatan melalui blogging, anda perlu sediakan blog
anda pada tahap terbaik. Antaranya adalah
1. Mempunyai
PR yang bagus
2. Terletak
di kedudukan utama dalam enjin carian.
3. Mempunyai
content yang bagus.
4. Dan
sudah tentu blog anda perlu ada pengikut yang ramai.
4
ramuan di atas sudah menjamin anda untuk menerima habuan sehingga 1000 USD
sehari jika kena pada caranya. Perkara terakhir yang saya ingin sampaikan, jika
anda tidak mampu untuk tulis, upah sahaja penulis bebas untuk lakukannya kerana
tugas usahawan sebenar adalah menyuruh.
No comments: