6 Langkah Mencipta Produk Digital - Bisnes Online Sebenar

Tuesday 7 February 2017

6 Langkah Mencipta Produk Digital


Menghasilkan produk digital adalah sangat mudah. Anda boleh tulis apa sahaja yang anda mahu berdasarkan apa sahaja permintaan yang ada. Produk digital  boleh jadi berkaitan komputer, software, peralatan rumah atau apa sahaja yang ada di sekeliling anda termasuklah cara membina reban ayam.

Untuk memudahkan anda membina produk digital, saya telah menyediakan enam langkah yang anda boleh ikut untuk menghasilkan produk digital anda sendiri. Enam langkah berikut adalah

Pilih satu tajuk di dalam niche anda.

Seperti biasa, langkah pertama dalam penghasilan produk digital adalah pemilihan tajuk. Cari satu tajuk yang agak kontroversi di dalam niche anda dan mempunyai banyak permintaan. Contohnya di dalam niche kewangan, anda boleh tulis tujuh cara memaksa diri sendiri untuk menyimpan wang.

Niche pendidikan pula, anda boleh tulis 7 cara belajar bahasa Inggeris. Tidak kiralah apa tajuk yang anda pilih, ia perlulah mempunyai permintaan yang banyak. Ini kerana permintaan yang banyak boleh memberi keuntungan segera kepada anda.

Buat kajian 7 tip mengenai topik anda.

Selepas memilih tajuk, tanpa berlengah, anda cari tujuh tip yang berkaitan dengan topik anda. Katakan anda memilih topik tujuh cara memberitahu anak perempuan mengenai haid. Anda buat carian di Internet untuk cari maklumat mengenainya. Anda juga boleh bertanyakan pada mereka yang pakar.

Selain itu, anda boleh lakukan kajian di perpustakaan. Selepas anda menyiapkan tujuh tip tersebut, anda perlulah menulis rumusan bagi setiap tip atau panduan.

Bagi setiap tip anda tulis 50 patah perkataan mengenai topik tersebut.

Tujuh tip yang anda cari itu, anda perlu tulis rumusan mengenai topik tersebut sekurang-kurangnya 50 patah perkataan. Anda perlu teruskan kajian mengenai topik yang anda pilih itu berdasarkan tujuh tip yang anda dapat cari. Bagi setiap tip pula, dengan menggunakan ayat sendiri, anda perlu tulis rumusan mengenainya.

Bagi setiap tip, jadikan ia sebagai satu bab.

Proses seterusnya adalah melakukan kajian lebih mendalami bagi setiap tip atau panduan. Bentuk tujuh bab berdasarkan satu tip. Tulis segala maklumat penting yang ada bagi setiap tip dan bentuk setiap tip menjadi satu bab yang lengkap dengan maklumat.

Buat video bagi setiap tips.

Langkah ini adalah pilihan. Kadangkala pembeli malas hendak membaca ebook dan mereka lebih senang untuk menonton video. Anda boleh cipta video berbentuk slide yang di sertakan dengan suara untuk menghuraikan segala maklumat yang ada di dalam ebook anda. Setiap tip, anda buat satu video.

Gabungkan ebook dan video menjadi produk digital.

Ebook yang siap di tulis dan video yang siap di rakam di gabungkan untuk di jadikan produk digital. Tentukan harga bagi produk anda dan ia sedia untuk di  jual kepada orang ramai.

No comments:

@templatesyard