Prinsip Jutawan Yang Tak Akan Gagal - Bisnes Online Sebenar

Wednesday 8 February 2017

Prinsip Jutawan Yang Tak Akan Gagal


Hidup kita hanya untuk mencari kebahagian. Manusia telah di lahirkan dengan perasaan untuk mencari kebahagian. 

Bagi manusia yang lemah, kebahagian hanya boleh di capai dengan menggunakan wang. Bagi mereka, hanya wang yang mampu memberi sepenuhnya kebahagian kepada mereka.

Sesungguhnya manusia adalah makhluk yang lemah. Tidak salah untuk mencari kekayaan jika kita percaya kekayaan mampu mengubah hidup kita selain  bantuan penuh dan kebenaran dari Yang Maha Esa.



Kejayaan bukan kepuasan tetapi adalah mengharungi kehidupan yang baik. Kehidupan yang baik merangkumi pendapatan yang baik, hubungan kekeluargaan yang baik, hubungan dengan Tuhan, hubungan dengan rakan, impian yang menjadi kenyataan dan lain-lain. 

Makna kejayaan merangkumi satu perkara yang sangat luas. Kejayaan sebenar adalah mengharungi kehidupan yang kita mahu. Semua manusia menuju ke arah destinasi tersebut.

Anda dan kejayaan

Tidakkah kejayaan sentiasa menghantui anda? 

Pencapaian akademik, kemahuan ibu bapa, kemahuan manusia sekeliling dan kemahuan diri sendiri sentiasa menghantui diri anda. Kebanyakan manusia keliru dengan kejadian dirinya. Anda tidak tahu apa yang perlu di lakukan dan hanya membiarkan arus kehidupan membawa hala tuju hidup anda. Kenapa perlu keliru kerana tujuan anda menjalani kehiduan adalah untuk diri sendiri selain menjaid khalifah di bumi.

Kebahagian adalah milik anda. Kejayaan juga adalah milik anda. Anda gagal dalam pelajaran, ibu bapa tidak suka akan tindakan anda, anda memberontak dan mahu masyarakat menghormati anda dan anda menjadi seorang yang pemarah kerana masyarakat tidak hormatkan anda. 

Kenapa anda perlu hidup untuk memenuhi keinginan orang lain? Anda mahu di pandang tinggi oleh masyarakat, kenapa? Ibu bapa tidak suka akan tindakan anda adalah bersebab. Anda perlu berfikir sama ada sebab tersebut adalah logik atau tidak.

Anda gagal dalam pelajaran dan rasa malu untuk berusaha dalam bidang lain, kenapa? Anda gagal dalam perlajaran kerana anda yang tidak mahukannya, bukannya kerana anda tidak bijak. Sejarah menunjukkan hampir separuh manusia hebat di dunia pada abad ini, tidak memperoleh keputusan akademik yang hebat ketika belajar. 

Kenapa perkara ini berlaku? Kerana mereka faham akan makna sebenar kejayaan. Jika anda menganggap kejayaan akademik tidak penting, anda adalah seorang genius kerana memahami kejayaan sebenar hidup di muka bumi ini.

Ada seorang penghidap asma dari Amerika Syarikat berjaya mendapat pingat emas di sukan olimpik di sebabkan beliau faham akan maksud kejayaan sebenar. Beliau faham bahawa asma bukanlah satu perkara yang perlu beliau risaukan kerana kejayaan adalah merangkumi perlunasan impian. Impian untuk memenangi pingat emas olimpik adalah kejayaan yang beliau impikan dari kecil manakala berhenti berenang di sebabkan asma bukanlah kejayaan sebenar bagi beliau.

Kejayaan tidak boleh di halang kecuali anda yang meletakkan sendiri halangan tersebut pada laluan anda.

Makna kejayaan bagi anda.

Prinsip seorang jutawan adalah bekerja ke arah kejayaan. Kejayaan tidak merangkumi wang semata-mata. Kejayaan merangkumi kemahuan anda sahaja, bukan orang lain, bukan masyarakat dan bukan  keadaan yang memaksa. Semua perkara untuk berlaku memerlukan usaha, namun, usaha akan datang dengan sendiri jika anda faham akan makna kejayaan sebenar.

Kejayaan tidak boleh di paksa tetapi perlu di tarik.

Konsep kejayaan adalah senang, ia perlu di tarik. Usaha akan datang dengan sendiri dalam jiwa anda jika anda faham dengan jelas konsep kejayaan bagi diri anda. Namun, usaha tidak semestinya membuahkan hasil kerana ia bergantung kepada kebenaran Yang Maha Esa. 

Untuk itu, prinsip jutawan kedua adalah kejayaan perlu di tarik bukan di paksa.
Konsepnya sangat senang, anda tidak boleh memaksa diri anda untuk bersembahyang jika anda memang tidak menghormati tujuannya. Sejak dahulu, manusia faham bahawa sembahyang lima waktu bukanlah tangunggjawab, bukanlah satu paksaan tetapi adalah keperluan untuk hidup. Umat Islam perlu sembahyang untuk hidup. Ia berkaitan dengan asal usul kehidupan kita sendiri. Siapa yang memberi kita segala-galanya jika tidak Allah S.W.T.

Apakah yang di maksudkan dengan keperluan.

Keperluan adalah sesuatu yang kita mesti ada untuk maju ke hadapan. Berbalik kepada prinsip jutawan, apa yang kita mesti ada untuk menjadi seorang jutawan? Ilmu, kemahiran berkomunikasi, teknik, dan semua kemahiran diri perlu di pertingkatkan untuk menjadikan diri anda berada dalam keadaan menarik kejayaan menjadi seorang jutawan.

Belajar, belajar dan belajar lagi bukan berusaha, berusaha, berusaha. Seorang saintis terpaksa mengharungi kegagalan seribu eksperimen sebelum berjaya membuahkan hasil. Apabila di ajukan soalan bagaimana dia berjaya? Jawapan beliau adalah seperti berikut,‘ Saya hanya berusaha sekali tetapi saya belajar seribu kali‘. Untuk menarik kekayaan, anda perlu belajar, bukannya memanjangkan masa berusaha dengan tindakan yang sama.

Adaptasikan diri.

Seorang jutawan berada dalam satu dimensi lain. Dimensi lain bermakna cara hidup, cara fikir , cara tindakan adalah berbeza sekali dengan  manusia biasa. Prinsip jutawan ketiga adalah kita perlu sentiasa adaptasikan diri dengan suasana baru dan keadaan. Jika kesusahanlah yang perlu anda hadapi, adaptasikan diri anda dalam kesusahan tersebut.

Dunia perniagaan adalah sesuatu yang berbeza dari dunia yang sentiasa kita lalui setiap hari. Adaptasikan diri dalam dunia perniagaan. Dunia perniagaan mempunyai bahasa tersendiri dan jika anda tersilap langkah, anda mungkin akan sesat dalam dunia tersebut.
Dunia perniagaan dan dunia keluarga adalah sesuatu yang berbeza. 

Seorang ahli perniagaan akan menghadapi masalah jika menyamakan dunia perniagaan dengan dunia keluarga. Keluarga memerlukan adaptasi yang berlainan dari dunia perniagaan.

Jutawan yang berjaya selalunya berupaya membezakan dunia-dunia yang mereka hadapi. Ketika pulang ke kampung, anda akan masuk dalam dunia keluarga ibu dan bapa anda. Ketika di rumah anda sendiri, anda berada dalam dunia anda, jika sudah berkeluarga, anda berada dalam dunia keluarga anda. Jangan campur adukkan dunia-dunia anda.

Dunia perniagaan

Dunia perniagaan adalah dunia aktiviti perniagaan anda. Adaptasi diri anda sepenuhnya dalam dunia ini dengan memperlajari lenggok bahasa, konsep menjual, selok-belok perniagaan dan segala ilmu yang perlu. Satu motivasi bagi anda untuk terus mara dalam perniagaan adalah proses adaptasi ini. Yang menariknya, anda tidak perlu bertanya kepada orang lain, cukup sahaja tiru dan adaptasi teknik mereka dengan gaya anda sendiri.

Perubahan dalaman lebih penting dari perubahan luaran.

Bangunan syarikat yang cantik tidak semestinya menghasilkan keputusan yang menakjubkan. Prinsip keempat jutawan adalah mementingkan perubahan dalaman. 

Perhatikan situasi di bawah:-

Abu adalah seorang pekerja makan gaji di salah salah sebuah syarikat penerbitan dan beliau sentiasa merungut mengenai gajinya. Beliau merasakan gajinya tidak setimpal dengan tugasnya. Hasil pemberontakan, beliau sentiasa bekerja dengan separuh hati sahaja.

Tindakan ini adalah tidak wajar kerana syarikat penerbitan tersebut sebenarnya mampu membayarnya dengan lebih lagi. Ini terbukti pada hierraki syarikat yang Abu bekerja terdapat beberapa lagi pangkat berada di atas kedudukannya. Ini menunjukkan bahawa syarikat tempat Abu bekerja mampu membayar gaji yang lebih banyak dari gaji abu kepada pekerjanya.

Persoalannya kenapa mereka tidak membayar gaji yang banyak kepada Abu? Jawapannya, Abu tidak layak. Perubahan dalaman merangkumi falsafah hidup anda. Pekerjaan yang di anggap susah oleh anda sebenarnya di anggap senang oleh orang lain. Anda tidak boleh merungut.

Untuk mengejar impian menjadi seorang jutawan, anda tidak boleh merungut. Anda tidak boleh menyalahkan kerajaan kerana tidak memberi pinjaman kepada anda, anda tidak menyalahkan prosedur yang salah, anda tidak boleh menyalahkan sesiapa, anda tidak boleh malas, anda tidak boleh menyalahkan beban yang anda tanggung, anda tidak menyalahkan cuaca dan yang paling penting anda tidak menyalahkan takdir.

Anda perlu berubah. Perubahan dalaman adalah terbaik, ubah bagaimana anda melihat masalah. Seperti Abu yang inginkan gaji yang lebih, beliau tidak boleh pergi ke pejabat bosnya dan meminta,’ Saya nak gaji lebih.’ Ini bukan syarikat bapak dia untuk Abu bertindak sebegitu.

Lihat diri anda, sanggupkah anda untuk bekerja bermati-matian untuk menggandakan pendapatan anda. Tanya diri anda, sanggupkah? Ubah dalaman anda dahulu kemudian barulah anda mengubah luaran.

Apakah falsafah hidup anda?

Hidup anda tidak akan berubah selagi anda tidak menetapkan falsafah dalam hidup anda. Anda ingin jadi kaya dan memiliki kewangan yang kukuh. Tetapkan falsafah mengenai kewangan yang kukuh. Apa yang anda anggap mengenai kebebasan kewangan. Bagi mereka yang tidak faham akan falsafah, falsafah adalah ketetapan dalam sesuatu.

Contohnya falsafah mengenai kewangan yang kukuh, apa yang perlu anda lakukan untuk menjadi seorang yang mempunyai kewangan yang kukuh? Bagi saya kewangan yang kukuh bermakna saya tidak mempunyai hutang. Dalam saya mengejar keadaan kewangan yang kukuh, saya  meletakkan persepsi saya perlu melunaskan semua hutang untuk memastikan saya berada dalam situasi kewangan yang kukuh.

Falsafah dan matlamat adalah berbeza. Falsafah lebih kepada persepsi anda. Ubah dalaman anda melalui ketetapan falsafah dalam hidup anda. Kita perlu hadapi falsafah yang di tetapkan bukannya falsafah yang datang menghadapi kita. Ubah diri anda perlahan-lahan. Benarkan perubahan berlaku pada minda anda.

Sentiasa mengawal kehidupan anda.

Anda boleh berada dalam kawalan manusia lain atau berada dalam kawalan sendiri. Prinsip jutawan kelima adalah mengawal sendiri kehidupan anda. Ada sejenis manusia yang suka mengalirkan tanggungjawab kepada manusia yang lain. Mereka suka mencipta peluang. 

Mereka mencipta pekerjaan, mereka mencipa bidang perniagaan baru, mereka mencipta fenomena kemudian mereka mengalirkna tanggungjawab tersebut kepada manusia lain. Mereka balik ke rumah dan mengharapkan manusia lain melakukan tanggungjawab yang sepatutnya mereka pikul.

Bagaimana hendak mengawal kehidupan sendiri?

Saya percaya anda pasti tertanya-tanya bagaimana anda hendak mengawal kehidupan anda sendiri? Jawapannya adalah berani mengambil tanggungjawab. Jika anda tidak berani untuk mengambil tanggungjawab, anda akan sentiasa membiarkan diri anda berada dalam perancangan manusia lain. Cipta perniagaan, cipta peluang pekerjaan atau cipta apa sahaja yang ada mampu. Begini, anda tidak akan berada dalam perancangan manusia lain lagi.

Sentiasa meneruskan hidup.

Prinsip jutawan keenam adalah sentiasa meneruskan kehidupan anda. Perbezaan ketara antara seorang yang biasa dengan manusia luar biasa adalah manusia luar biasa sentiasa meneruskan kehidupannya. Jangan biarkan kehidupan anda tergantung. Anda perlu mengembangkan kehidupan anda.

Seorang jutawan dari Amerika Syarikat yang berpendapatan 8 juta setahun di temubual oleh stesen televisyen di sana. Perbualannya adalah seperti berikut:-

Wartawan : Semasa anda belum bergelar jutawan, apakah perkerjaan pertama anda?
Jutawan     : Seorang penjaga bangunan.
Wartawan : Kenapa anda bekerja sebagai penjaga bangunan sedangkan kelayakan anda lebih tinggi dari kelayakan seorang penjaga bangunan. Anda boleh mencari pekerjaan yang lebih baik.
Jutawan     : Saya perlukan makanan untuk hidup ketika itu.

Lihat, konsepnya sangat mudah, sentiasa teruskan kehidpan. Sebagai permulaan, beliau bekerja sebagai seorang penjaga bangunan, kemudian selepas 5 tahun, beliau bergelar seorang jutawan. Walau apa sahaja yang berlaku, anda perlu teruskan kehidupan anda.

Peraturannya sangat mudah, pertama teruskan hidup, kedua jadikan impian anda kenyataan. Anda perlu sedar, di dunia ini tiada apa yang akan berlaku melainkan anda memulakan sesuatu. Teruskan hidup anda. Anda tidak perlu untuk suka akan perkara yang anda lakukan. Anda hanya perlu suka pada peluang yang datang pada anda. Peluang untuk meneruskan kehidupan.

Anda perlu ingat, tidak penting di mana kita bermula tetapi yang lebih penting adalah di mana kita tamatkannya. Di mana anda selepas 5 tahun adalah penting dari di mana anda bermula lima tahun yang lepas. Tangga kejayaan adalah hak semua manusia. Siapa peduli di mana anda bermula, walaupun anda bermula dari bawah, yang hanya anda perlu kisah adalah anda ada hak untuk menaiki tangga tersebut.

Gunakan setiap peluang kehidupan yang ada, laburkan masa rehat anda untuk belajar,tingkatkan kemahiran untuk menuju kejayaan. Proses ini akan berlangsung dengan laju. Anda mungkin tidak akan sedar akan masa yang berlalu. Proses ini jugalah yang berlaku pada hampir semua jutawan di dunia. Mereka bermula dari bawah walaupun keluarga mereka kaya raya.

Disiplin lawan penyesalan.

Jim Rohn, seorang ahli motivasi terkenal, pernah berkata,’ Berat disiplin adalah sekati tetapi berat untuk penyesalan adalah setan.’ Sungguh dalam kata-katanya. Prinsip jutawan seterusnya adalah lebih mendisiplinkan diri dari terpaksa berhadapan dengan penyesalan.

Ungkapan di atas adalah satu kebenaran. Abu di diagnos kencing manis di sebabkan pengambilan gula berlebihan. Kesian, ia terjadi bukanlah di sebabkan keturunan tetapi di sebabkan masalah disiplin. Kita selalu memandang rendah akan pengambilan gula berlebihan dalam makanan kita, sedangkan kita tahu bahawa pengambilan gula berlebihan akan menyebabkan kita menghidap penyakit kencing manis.

Katakan Abu mendisiplinkan diri sejak dahulu lagi. Setiap hari Abu akan mendisiplinkan diri untuk hanya mengambil gula sebanyak sekian-sekian. Hasilnya, seumur hidup beliau bebas dari kencing manis. Jika tidak, Abu terpaksa bergelut dengan penyakit tersebut separuh dari hayatnya. Tiada jalan untuk berpatah balik jika anda tidak mendisiplinkan diri dari awal kerana masa tidak boleh di undur.

Begitu juga dengan gigi anda. Jika setiap hari anda menghisap rokok, anda tidak boleh menganggap gigi anda akan sihat seumur hidup. Mungkin anda akan mendapat penyakit kanser. Jika anda tidak mendisiplinkan diri sekarang, apa yang bakal anda dapat adalah penyesalan. Hidup ini terlalu singkat untuk anda habiskannya dengan penyesalan.

Jangan paksa diri untuk disiplin

Seorang jutawan tidak akan memaksa dirinya sendiri kerana kejayaan sebenar bukanlah sebegitu. Anda perlu jadikan disiplin tersebut sebagai salah satu cara hidup anda. 

Sembahyang lima waktu contohnya, anda tidak boleh memaksa diri anda untuk sembahyang jika anda tidak menerimanya sebagai salah satu dari corak hidup anda.

Tingkatkan keyakinan diri anda dengan menerapkan disiplin dalam kehidupan anda satu persatu. Jika setiap hari anda berhasrat untuk bangun pada pukul 5 pagi, anda perlu melatih diri anda untuk bangun dengan selesa pada pukul 5 pagi tersebut. Amat rugi anda memaksa diri anda untuk bangun pada pukul 5 jika seawal jam lapan anda akan mengantuk.

Sentiasa melunaskan cita-cita.

Prinsip seterusnya adalah sentiasa melunaskan cita-cita. Setiap jutawan bercita-cita untuk menjadi seseorang yang unik iaitu lain dari yang lain. Namun, bagaimana hendak nampak cahaya dalam proses mengejar cita-cita anda?

Cahaya cita-cita.

Proses angan-angan dan cita-cita berkait rapat antara satu sama lain. Anda akan hanya terus berangan-angan jika tiada tindakan dari pihak anda. Angan-angan hanya akan bertukar menjadi cita-cita jika anda memulakan sesuatu. Ketika kecil, ramai kanak-kanak menetapkan cita-cita untuk menjadi seorang doktor tetapi apabila besar mereka menjadi manusia yang lain.

Sebenarnya, kanak-kanak tersebut keliru antara angan-angan dan cita-cita. Cahaya cita-cita anda akan terpancar apabila anda memulakan sesuatu untuk mencapainya. Tindakan pertama dan berterusan memastikan cita-cita anda semakin hampir bergerak ke arah anda.

Seorang jurujual yang tidak pernah berjaya menjual seumur hidupnya, tiba-tiba berjaya menjual. Beliau berfikir, jika satu barang sudah terjual, ini bermakna beliau hanya perlu mengulangi proses yang sama untuk menjual barang seterusnya. Apabila barang sudah habis di jual, beliau mula berfikir bahawa beliau memang ada bakat dan seharusnya menjadi seorang yang hebat.

Nampak, cahaya cita-cita akan berkembang setiap kali anda melakukan tindakan untuk membolehkan anda mencapai cita-cita tersebut. Jika anda bercita-cita untuk mengembangkan bisnes anda kepada 1000 orang, mulakan dengan perlahan-lahan. 

Jika setiap hari anda melakukan 10 panggilan, dalam masa 100 hari anda akan berjaya melunaskan cita-cita anda. Bayangkan antara 1000 orang tersebut, separuh darinya adalah berkualiti, perniagaan anda akan berkembang dengan sendirinya. 10 panggilan sehari anda nampak seperti sikit tetapi selepas beberapa tahun, anda akan lihat hasilnya.
Ia amat mudah untuk di lakukan tetapi lebih mudah untuk kita tidak lakukannya.

Tetapkan matlamat yang sentiasa boleh di capai.

Dalam perniagaan, proses berterusan adalah penting. Jika anda pasti boleh memperoleh keuntungan 10 ribu sebulan kenapa perlu mengejar keuntungan 10 juta dalam setahun di mana keuntungan tersebut belum lagi pasti. Tetapkan matlamat berdasarkan kesanggupan dan kemampuan anda untuk melakukannya.

Jika anda ingin membaca 100 buah buku untuk mendalami perniagaan anda, pastikan matlamat tersebut boleh anda capai. TIdak perlu anda memaksa diri anda untuk membaca buku tersebut sedangkan minda anda berada pada bahagian lain. Tulis senarai buku yang anda ingin baca di atas kertas. Apabila masa lapang, anda membacanya. Tidak kisah anda habiskan 5 tahun untuk melunaskan matlamat anda. Ia bukan masalah masa tetapi masalah kesanggupan.

Proses pencapaian matlamat

Proses pencapaian matlamat selalunya berkaitan dengan psikologi anda. Jika semangat anda tidak kuat, anda akan terpesong. Oleh itu, sebelum menetapkan matlamat, pastikan anda berfikir dahulu. Jika anda ingin menghasilkan sejuta dalam sebulan, anda perlu memikirkan cara untuk menghasilkan 10 ringgi dalam sebulan dahulu. 

Beginilah ia berfungsi. Anda tidak boleh pergi ke tingkat atas tanpa menaiki tangga. Walaupun anda mempunyai kuasa terbang, anda tetap terbang dari bawah. Walaupun anda mempunyai kuasa telipot, anda tetap bermula dari bawah.

Matlamat dan tindakan perlu seiring. Jika anda menetapkan matlamat untuk menghapuskan hutang dalam tahun ini, janganlah pula anda membuat hutang baru. Selalunya masalah perlunasan matlamat ini berlaku pada mereka yang ingin menguruskan badan. Setiap hari mereka berazam untuk menguruskan badan tetapi pada yang sama, mereka tetap mengambil bilangan kalori yang sama banyaknya setiap hari.

Sentiasa murah dengan sumbangan.

Prinsip jutawan seterusnya adalah murah dengan sumbangan. Sumbangan tidak termasuk pada wang semata-mata, anda juga boleh menyumbangkan idea. Saya pasti anda sentiasa membaca biografi jutawan-jutawan hebat di dunia, ia adalah salah satu dari cara mereka menyumbangkan idea mereka. Begitu juga dengan ceramah-ceramah. Anda jangan memandang rendah mereka seperti, ‘ Ala, dia kaya pun sebab buat ceramah.’ Pernahkah anda terfikir bahawa apa yang akan terjadi jika mereka tidak memberi ceramah? Mereka tetap akan kaya kerana mereka ada ilmu.

Sebenarnya mereka sedang mempraktikkan prinsip jutawan iaitu sentiasa murah dengan sumbangan. Anda perlu ajar diri anda untuk sentiasa murah dengan sumbangan. Anda tidak perlu menunggu sehingga wang anda berjuta-juta untuk memberi sumbangan pertama. Mulakan dengan sumbangan kecil dahulu.

Latih diri untuk memberi sumbangan.

Di jimrohn.com, ada nasihat mudah bagaimana hendak melatih diri memberi sumbangan. Dari wang seringgit-seringgit, anda bahagikan ia pada  70, 10, 10, 10. 70 sen di gunakan untuk perbelanjaan anda, 10 sen pertama untuk di simpan dalam akaun aktif, 10 sen kedua untuk di simpan dalam akaun pasif manakala 10 ketiga adalah untuk di dermakan pada masjid atau mana-mana tempat yang sesuai untuk di beri sumbangan.

Walaupun nilai 10 sen tersebut kecil, ia tetap membantu. Jika anda beragama Islam, anda pasti tahu akan kuasa memberi. Setiap nilai yang di beri secara ikhlas akan di balikkan berkali-kali ganda  dari nilai yang di beri. Sumbangan tidak terhad pada kewangan sahaja, ia juga merangkumi masa, idea, tenaga dan apa sahaja yang anda sedia untuk korbankan.

Peka terhadap setiap tindakan dan di dahului dengan perancangan.

Pernahkah anda melihat kontraktor membina rumah tanpa melihat pada pelan yang di lukis oleh arkitek. Jangan mulakan sesuatu jika anda tidak mahu melihat keputusannya. Ia bersifat logik, jika anda tidak tahu kenapa anda hendak lakukannya. Prinsip seorang jutawan adalah sentiasa peka akan sesuatu tindakan dan perlukan perancangan yang rapi untuk memastikan ia berfungsi.

Hanyutkan minda anda dengan masa hadapan. Oleh itu, perancangan yang merangkumi objektif, tindakan dan hasil yang di jangka perlu di rancang. Minda seorang jutawan sentiasa penuh dengan perancangan, perancangan dan perancangan. 

Selain itu, minda seorang jutawan mampu melihat seminit ke hadapan, seminggu ke hadapan, sebulan ke hadapan, malah ada sebilangan jutawan boleh melihat sehingga berpuluh-puluh tahun ke hadapan. Mereka inilah golongan genius dan manusia masa hadapan.

Kuasa melihat ke hadapan boleh di latih. Peka terhadap persekitaran, perancangan yang meliputi kuasa yang maha Esa, keadaan sekeliling dan tindakan yang tepat memperngaruhi minda anda untuk melihat ke hadapan. Sebab itu saya sentiasa mengatakan seorang jutawan berada dalam dunia yang lain. Dunia yang terasing dari manusia biasa. Manusia biasa tidak dapat melihat apa yang mereka lihat.

Latih diri untuk pandang kehadapan

Semua manusia mempunyai kebolehan ini, namun jarang-jarang manusia mempraktikkanya. Kita sentiasa mahu menjadi seorang yang hebat, yang pertama dan di pandang mulia oleh manusia lain. Kuncinya adalah menjadikan diri kita sebagaimana yang kita mahu.

Ada satu falsafah menarik untuk kita renungkan.‘Jika anda sudah menjadi seorang jutawan, beri sahaja wang tersebut kepada orang lain kerana wang sudah tidak penting jika anda sudah bergelar jutawan‘. 

Lihat, apa yang anda telah dan akan jadi adalah penting. Pandang kehadapan bermaksud mendapatkan apa yang anda mahu. Anda mahu jadi yang pertama, anda mahu jadi yang terkaya dan sebagainya.

Saya percaya anda pasti tidak faham akan tindakan sesetengah jutawan yang tidak mementingkan kewangan. Ini kerana mereka faham akan makna kejayaan sebenar. 

Seorang suami menceraikan isterinya yang cantik dan kita pula yang heboh memikirkan kerugian sang suami tersebut. Isteri yang cantik tidak penting tetapi yang lebih penting, lelaki tersebut telah memperisterikan perempuan yang cantik. Ketidaksefahaman menyebabkan mereka berpisah.

Penutup

Sekian sahaja prinsip-prinsip yang di amalkan oleh seorang manusia bergelar jutawan. Menjadi jutawan tidak sukar. Namun, yang menjadi dilemma kepada kita semua adalah prinsip. 

Anda tidak ada prinsip jutawan, bagaimana hendak menjadikan diri anda seorang jutawan? Renung-renungkan. Atur kembali hidup anda.

1 comment:

  1. What is the difference between casino games and slots?
    Slot games are the most popular poormansguidetocasinogambling.com types of casino games, https://septcasino.com/review/merit-casino/ and aprcasino the majority are slots. https://deccasino.com/review/merit-casino/ and the most commonly www.jtmhub.com played slot games.

    ReplyDelete

@templatesyard