Formula Pendapatan Segera Online - Bisnes Online Sebenar

Tuesday 7 February 2017

Formula Pendapatan Segera Online


Internet adalah lubuk duit. Internet  bukanlah perniagaan trend atau sesuatu yang akan di telan zaman. Selagi ada internet, selagi itulah perniagaan internet akan wujud. Ia adalah sama dengan situasi stesyen minyak. Selagi wujud kenderaan dan loji minyak mentah, stesyen minyak tetap akan menjadi perniagaan yang relevan.

Jadi, kenapa tunggu lagi? 

Marilah sertai perniagaan yang tiada had ini sama ada secara part time atau full time. Namun, ada satu lagi perkara yang anda perlu tahu dalam perniagaan internet ini iaitu perniagaan ini mampu memberi pendapatan segera kepada anda.

Apa yang anda perlu ada adalah sambungan internet dan sedikit kemahiran, anda sudah boleh memulakan pencarian wang anda. Perniagaan yang saya maksudkan adalah buat duit melalui freelance iaitu melakukan pekerjaan untuk orang lain.

Setiap hari di Internet terdapat berpuluh ribu kerja freelance di tawarkan kepada sesiapa yang mahukannya. Apa yang anda perlu ada adalah kemahiran. 

Di sini, saya akan huraikan 3 jenis freelance utama yang ada di internet. Sebenarnya terdapat banyak lagi kerja freelance tetapi saya akan utamakan yang tiga ini dahulu.

Freelance Pertama: Articel Writing atau menulis artikel.

Di internet, pekerjaan ini adalah yang paling panas  dan saingan pula adalah sangat sengit. Namun, anda tidak perlu gusar kerana di situ ada kemahuan, di situ ada jalan. Kini semua orang ingin berblog dan menjana pendapatan darinya. Namun, tiada semua orang ada masa atau ada bakat dalam menulis.

Jadi, mereka akan mengupah orang untuk menulis bagi pihak mereka. Di sinilah anda mengambil kesempatan untuk menjana keuntungan darinya. Ada banyak jenis kerja penulisan yang boleh anda lakukan, antaranya:

Penulisan artikel.

- Penulisan blog.
- Cerita pendek.
- Lagu.
- Sajak dan puisi.
- Cerita lawak.
- Penulisan artikel akademik

Pendek kata, segala jenis pekerjaan penulisan ada di tawarkan di Internet. Apa yang perlu anda lakukan adalah mencari sahaja pekerjaan yang di tawarkan dan jana wang darinya.

Untuk setiap artikel yang di tulis anda mungkin akan di bayar sebanyak 3 USD (RM 9). Namun, apabila reputasi anda sudah meningkat dan tahap penulisan anda bertambah baik, anda mungkin akan di bayar sehingga 10 USD bagi setiap artikel. Bayangkan dalam sehari anda menulis 10 hingga 20 artikel. Tidakkah ia akan membantu anda dari segi kewangan.

Freelance Kedua : Designer untuk website.

Jika anda kreatif, anda boleh jana pendapatan menerusi design grafik atau website. Bagi satu minisite simple, anda boleh jana pendapatan sehingga 500 USD. Fuh ! lumayan bukan.

Untuk permulaan, anda mungkin hanya mampu menjana 30 hingga 50 USD bagi satu website. Namun, ia tetap lumayan. Sesungguhnya ia adalah lubuk wang segera bagi anda yang kreatif.

Freelance Ketiga : Jual website yang sudah siap.

Jual sahaja website yang sudah siap kepada pelanggan-pelanggan di:

- http://www.flippa.com
- http://www.ebay.com
- http://www.websitebroker.com

Anda reka apa-apa website yang anda selesa dan tahu. Kemudian anda jual di website di atas. Jika ada yang berminat, mereka akan beli. Jadi, tidak ada tekanan di sini. Antara website yang boleh di jual adalah:

-  Automatik blog.
- Blog yang siap sedia untuk di gunakan.
- Website jualan beserta dengan produk.
- Website reseller
- Website korporat.

Anda boleh jual website yang sudah siap ini antara 50USD hingga 200 USD bergantung sejauh mana tingginya permintaan. Semakin tinggi permintaan, semakin tinggi nilai website anda.

Freelance Keempat : Buat duit dengan programming.

Anda tahu programming? 

Jika tidak tahu, anda boleh belajar kerana ia adalah lubuk wang segera yang bagus untuk di ceburi. Kini, usahawan internet lebih suka untuk mengupah orang lain untuk melakukan kerja remeh temeh seperti programming website dan lain-lain kerana mereka lebih suka fokus untuk melakukan promosi.

Jadi, adalah tugas anda untuk mengebas duit mereka ini. Pasang blog, setting script, integrasi sistem dan penulisan program software, semuanya memerlukan anda yang mahir dalam programming. Anda mungkin akan di bayar mengikut jam atau mengikut kerja yang anda terima.

Freelance Kelima : Apa sahaja servis.

Apa sahaja servis yang anda mampu beri anda boleh jual servis anda itu. Antara servis yang anda boleh jalankan adalah:

- Mengambil upah promosi produk di forum-forum.
- Mengambil upah melakukan tugas SEO seperti submit site ke sosial bookmark.
- Mengambil upah mendownload video dari youtube, letak watermark dan upload ke kembali ke youtube.
- Mengambil upah melakukan keyword research.
- Mengambil upah download movie.
- Mengambil upah beli barang dari pasar raya dan hantar ke rumah pembeli.
- Mengambil upah menjadi latar suara di video.

Pendek kata, apa sahaja yang anda mampu sumbangkan, anda boleh jana pendapatan darinya. Contoh terbaik ada di:

http://www.fiver.com

Di Fiver terdapat banyak perkhidmatan pelik yang di cadangkan. Mungkin anda boleh tiru dari perkhidmatan di sana.

Tempat untuk cari kerja.

Berikut adalah tempat-tempat yang anda boleh tawarkan perkhidmatan freelance anda.

http://www.elance.com
http://www.getafreelancer.com
http://www.rentacoder.com
http://www.odesk.com 
http://www.fiver.com
http://www.ebay.com

Ada banyak lagi tempat untuk anda cari kerja tetapi enam laman web di atas adalah antara laman web yang ada permintaan yang banyak. Selain laman web seperti di atas, anda juga boleh cari kerja di forum-forum. 

Berikut adalah senarai forum utama di internet yang anda boleh gunakan untuk menjana pendapatan darinya :

http://www.warriorforum.com
http://www.digitalpoint.com
http://www.sitepoint.com
http://www.wangcyber.com
Tips tambahan untuk jana pendapatan dari freelance.

Berikut adalah tips-tips penting untuk jana pendapatan dari Freelance

1. Fokus- fokus pada kerja anda, jangan buang masa untuk melihat emel dan bersosial di laman sosial terlalu kerap sehingga menangguh-nangguhkan kerja.

2. Sentiasa berhubung dengan pelanggan – sentiasa update kerja anda dengan pelanggan anda. Pelanggan mungkin tidak kisah jika anda lewat sedikit menyiapkan kerja kerana anda selalu berhubungan dengan mereka. Selain itu, anda juga perlu berhati-hati jika pelanggan lari dari anda dan tidak melakukan pembayaran hasil kerja yang anda buat.

3. Sentiasa buatkan yang terbaik untuk setiap kerja yang anda dapat. Sentiasa over deliver kerja yang anda dapat untuk menarik perhatian pelanggan. Cara ini untuk memikat mereka untuk mengupah anda secara berulang-ulang.

4. Anda berhak untuk tolak pelanggan – jika ada di antara pelanggan yang agak cerewet dan permintaan yang sentiasa berubah-ubah sehingga tidak logik serta kadangkala memarahi anda walaupun anda telah buatkan yang terbaik, anda berhak untuk memecat mereka. Jangan takut rosak reputasi jika anda ada sebab yang kukuh untuk tidak menghabiskan kerja mereka.

5. Jalankan pekerjaan pada harga yang rendah dahulu untuk membina kredibilit, testimoni dan mengasah bakat anda.

Penutup

Anda tentukan sendiri jadual anda, anda juga tentukan sendiri upah yang anda hendak. Jangan jadi takut untuk berjaya dan jangan terlalu berani untuk gagal, jadi manusia yang normal untuk melakukan perkara luar biasa. 

Selamat mencuba!

No comments:

@templatesyard