Rahsia Sebenar Kekayaan dan Kemewahan - Bisnes Online Sebenar

Wednesday 8 February 2017

Rahsia Sebenar Kekayaan dan Kemewahan


Semua manusia berhak untuk menikmati kemewahan hidup di dunia ini. Sesungguhnya nikmat Allah S.W.T di dunia adalah tiada hadnya. 

Jika anda merasakan sesuatu perkara ada hadnya, anda silap kerana sesuatu perkara itu tiada hadnya kecuali telah di tetapkan oleh Allah S.W.T seperti lelaki hanya di benarkan untuk berkahwin dengan 4 wanita.

Kemewahan hidup adalah tiada had dan anda semua manusia boleh mencapainya. Kita bercakap mengenai kemewahan, tetapi apakah maksud sebenar kemewahan? 

Kemewahan bermaksud semua yang anda mahu boleh di tunaikan. Kemewahan merangkumi segala aspek kehidupan anda. 

Anda malas untuk memandu, anda boleh serahkan beban ini kepada pemandu anda. Anda mahu makanan sedap, anda boleh membelinya dari tukang masak terhebat. 

Perasaan kemewahan di dunia adalah sama dengan ganjaran di syurga, yang menjadi perbezaannya adalah nikmat di syurga sudah tentulah berlipat kali ganda dari di dunia.

Apabila anda memulakan perniagaan, jangan limitkan pemikiran anda dengan andaian untuk cepat kaya. Jika satu produk ada potensi yang tinggi, jangan malu untuk bersaing dengan penjual sedia ada. 

Kemewahan tiada had. Misal kata peniaga yang memonopoli produk tersebut memperoleh sejuta ringgit keuntungan. Anda juga boleh mendapatnya. Kemewahan tiada had bermaksud pemberian rezeki dari Allah S.W.T adalah tiada hadnya. Anda tidak perlu gusar akan pendapatan anda kerana seperti yang saya sentiasa ulang-ulang, kemewahan adalah tiada had. 

Penjualan software Microsoft oleh Bill Gates tidak menghalang beribu-ribu syarikat yang lain untuk memperoleh keuntungan yang banyak. Kemunculan pemain-pemain boleh sepak bertaraf bintang di liga perdana Inggeris tidak pernah menghalang pemain baru untuk muncul. Monopoli sukan badminton oleh negara China tidak pernah menghalang pemain baru dari negara lain untuk menunjukkan potensi mereka.

Semua manusia ada peluang dan ruang masing-masing untuk memperoleh kemewahan di dunia ini. Sekarang, mari kita bongkar dengan lebih lanjut bagaimana anda boleh memperoleh kemewahan di dunia ini. Sebelum itu kenapa anda perlu percaya pada saya? 

Sebelum saya menulis ebook ringkas ini, saya telah mengkaji lebih 100 buku kekayaan di dunia ini dan ini adalah kesimpulan yang dapat saya simpulkan. Selamat membaca.

Sebelum itu, dalam syarikat Microsoft sendiri terdapat lebih 100 orang jutawan dan jumlahnya semakin meningkat setiap tahun. Ada rasa kemewahan itu ada had? Terpulang pada anda. 

Terakhir, elakkan perasaan dengki kerana semua kemewahan cukup untuk semua manusia. Berdasarkan kajian dan pemerhatian semasa, lebih 90% dari rakyat Malaysia mempunyai dilema akan kemewahan ini. Saya harap anda bukanlah salah seorang darinya.

Kuasa Imaginasi Manusia.

Seorang pengkaji minda pernah berkata ‘anda tidak akan dapat jika anda tidak pernah nampak’. Imaginasi sentiasa menjadi realiti sama ada secara langsung atau tidak langsung. Pernahkah anda terbayang akan lafaz ‘Dua Khalimah Syahadah’ yang anda lafaz setiap hari. Anda mengaku Allah sebagai tuhan anda dan anda juga mengaku bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah S.W.T.

Sekali sahaja, ketika anda lafazkan ungkapan tersebut, anda memang benar-benar memaksudkannya. Anda mengaku bahawa Allah adalah tuhan anda maka anda telah mengisytiharkan diri anda untuk mematuhi semua arahan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya. Anda juga mengaku bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah S.W.T, maka anda perlu melakukan apa yang di sarankan oleh Baginda tanpa ragu-ragu.

Inilah rahsia terbesar agama Islam yang hampir semua manusia mengabaikannya sekarang. Tidak perlu anda bertanya akan maksud Islam atau ilmu yang di miliki oleh wali-wali Allah, semuanya berbalik kepada kalimah tersebut.

Sebenarnya, imaginasi adalah cara terpantas untuk memperoleh sesuatu. Dengan menerbitkan imaginasi tersendiri mengenai kuasa Allah S.W.T, anda akan mula tunduk pada kuasa-Nya sedikit demi sedikit. Kuasa imaginasi dan kemewahan memang berkait rapat antara satu sama lain.

Sebelum anda membina sebuah perniagaan atau pekerjaan, anda pasti terbayang akan keuntungan yang bakal anda dapat. Namun, bayangan tersebut mulai hilang sedikit demi sedikit apabila anda menghadapi halangan atau rintangan. Anda telah terlupa akan bayangan janji yang anda lakukan. Imaginasi adalah perjanjian antara roh anda dengan semua anggota badan yang anda ada.

Pada permulaan, ketika anda terbayang akan kemewahan yang bakal anda miliki ketika memulakan perniagaan tersebut, anda telah melakukan perjanjian dengan anggota badan anda dari otak sehinggal sekecil satu sel bahawa jika mereka bekerja dan mengikut arahan dari anda, mereka akan memperoleh kemewahan. Katakan anda putus asa dan tidak berusaha, perniagaan anda gagal dan tiada kemewahan seperti yang di janjikan. Badan anda akan mula mengkhianati anda. Jangan salahkan mereka kerana anda yang memungkiri janji yang anda lafazkan.

Kebanyakan jutawan di seluruh dunia setiap hari berimaginasi bahawa perniagaan mereka akan lancar dan rezeki pasti akan turun dari langit untuk memberi mereka kemewahan. Orang yang berniaga secara jujur dan bermula dari bawah pasti faham akan konsep rezeki.

Oleh itu, mereka jarang merungut jika perniagaan mereka tidak berjaya. Mereka percaya bahawa ia bukan kerana Tuhan tidak memberi mereka rezeki tetapi Tuhan menangguh rezeki yang bakal turun kepada mereka atas sebab-sebab tertentu. Setiap mereka akan terus berimaginasi bahawa perniagaan mereka akan terus maju dan di limpahi rahmat dari-Nya. Jangan terkejut, jutawan Yahudi pun berfikiran sebegitu.

Ted Turner, seorang jutawan dari Amerika yang di katakan memiliki 1% dari kekayaan Amerika pernah berkata dalam sebuah rancangan bual bicara bahawa beliau sentiasa berimaginasi ‚‘Setiap tahun saya akan bekerja sehingga saya berjaya mendapat satu billion dollar, tetapi saya hanya akan ambil masa selama 15 hari dan 1 billion akan tiba di tangan saya‘.

Lihat, bagaimana kuasa imaginasi telah membangunkan kuasa terpendam di dalam anggota badannya. Perjanjian tersebut sangat kuat kerana beliau memang benar-benar maksudkannya. Oleh itu, tidak hairan jika anggota badan beliau sanggup bekerja bersama-sama dengan beliau.

Banyak lagi kisah yang boleh di bangkitkan mengenai kuasa imaginasi. Napoleon , panglima perang dari Perancis, sentiasa berimaginasi sebelum berperang. Beliau berimaginasi mengenai suasana peperangan dan bagaimana hendak memenanginya. Hasilnya, kemenangan sentiasa berpihak padanya.

Dalam Islam sendiri, ada banyak kisah yang boleh dibangkitkan mengenai kuasa imaginasi. Sebab itu penting untuk anda memahami apa yang anda baca ketika sembahyang dan sebagainya. Ada seorang hamba Allah yang saya telah lupa namanya berdoa dengan ayat Seribu Dinar untuk menyelamatkannya dari ribut taufan di laut. Hasilnya, beliau selamat kerana ketika berdoa, dia memang maksudkannya. Beliau beriman pada ayat tersebut, hasilnya doanya di perkenankan oleh Allah S.W.T.

Kuasa imaginasi manusia sangat kuat. Saya pasti anda pernah mendengar mantera-mantera yang di ucapkan oleh pengamal tenaga batin. Anda ingat ia syirik, namun ia tidak kerana mantera seperti memanggil angin :

Angin, aku mahu kuasamu.
Tiuplah ke arah ku.

Adalah semata-mata kata penguat. Anda pasti percaya akan kuasa minda separa sedar yang setakat ini di kesan tiada had akan penggunaanya. Mantera tersebut di gunakan untuk menguatkan imaginasi yang di hasilkan oleh minda anda. Apabila anda menyebut angin, aku mahu kuasanya, satu imej angin berpusar-pusar terbentuk dalam minda anda. Apabila anda melafazkan tiuplah ke arah ku, satu imej angin sedang meniup ke arah anda akan muncul.

Jika anda benar-benar maksudkannya, saya percaya angin akan muncul dan sedang bergerak ke arah anda. Kuasa imaginasi memang kuat. Gunakannya sebaik mungkin. Selamat tinggal kemiskinan, selamat datang kekayaan. Ungkapan tersebut mungkin akan memberi satu lembaran baru dalam kehidupan anda. Sekarang mari kita masuk ke bab baru untuk membongkar rahsia kemewahan iaitu Berfikir seperti seorang Billionnaire.

Berfikir seperti seorang billionnaire

Bagaimana hendak menipu seseorang? Bagi saya senang sahaja untuk menipu seseorang, berfikir seperti orang yang kita ingin tipu. Seorang polis dapat menewaskan penjenayah jika dia mula berfikir seperti penjenayah tersebut. Persoalannya, adakah mudah untuk anda menyelami pemikiran manusia lain? Adakah mudah untuk mengetahui apa yang bermain di fikiran manusia lain?

Jawapannya, tidak. Kita tidak akan sesekali mengetahui apa yang manusia lain berfikir kecuali dengan kehendak Allah S.W.T. Namun, kita boleh mengetahuinya melalui idea. Setiap kata yang di lontarkan, setiap tindakan yang di lakukan dan setiap emosi yang di luahkan menunjukkan apa yang anda fikirkan.

Tahukah anda, minda seorang penipu di penuhi dengan pengkalan data ciri-ciri yang saya katakan di atas. Mereka sangat mahir menipu di sebabkan mereka dapat membaca apa yang anda fikir melalui pergerakan,cara percakapan dan tindak balas anda. Cara anda ketawa dan sebagainya telah menunjukkan siapa sebenarnya diri anda. Mereka tidak tahu perkara sebenar yang anda fikir tapi mereka mendapat idea bagaimana anda berfikir.

Oleh kerana hampir kesemua rakyat Malaysia adalah manusia yang sentiasa menolak kebenaran dan mempunyai ego yang tinggi, rata-rata dari kita senang untuk di tipu dan di perdaya. Sejak kecil saya mempunyai kemahiran untuk mengetahui apa manusia lain fikir melaluii tindakan mereka. Hampir separuh dari tekaan saya tepat dan peratusannya kian meningkat.

Hampir 90% dari penduduk Malaysia yang saya jumpa menunjukkan simptom untuk menolak kebenaran. Mereka menipu untuk melindungi diri, melindungi maruah rakan-rakan, keluarga atau teman wanita. Satu perkara yang perlu anda ingat dan saya percaya anda juga melakukannya, ayat pertama yang terpacul dari mulut anda, lebih 90% adalah menipu. Kenapa ini berlaku? kerana kita hidup di zaman penuh yang penuh dengan penipuan dan kekejaman.

Sekarang, manusia hidup untuk menipu. Mereka menipu mereka adalah mukmim sejati, mereka menipu untuk berniaga, mereka menipu untuk berbelanja dan mereka berbangga untuk menjadi penipu, contohnya rakan saya di kelas dahulu sangat berbangga jika beliau berjaya mendapat markah yang tinggi dalam peperiksaan dengan meniru, di mana maruahnya sebagai seorang manusia, bagi saya, beliau adalah seorang pengecut. Maka, ia amatlah mudah untuk menipu. Jangan salahkan diri jika di tipu kerana anda juga seorang penipu.

Ia adalah proses yang sangat senang untuk berfikir seperti seorang billionnair, anda cuma perlu mendapat idea bagaimana mereka melakukannya? Warren Buffet dan Bill Gates sangat tepat dalam tindakan mereka. Saya tidak cakap, anda perlu meniru bulat-bulat kelakuan mereka, anda cuma perlu mendapatkan idea bagaimana mereka melakukannya. Ia sama ketika anda mencari atau memperlajari konsep perlajaran Fizik, Matematik dan Kimia.

Dengan mencari konsep, anda akan tahu apa yang di fikirkan oleh manusia lain. Bill Gates adalah seorang yang sangat bijak dan beliau adalah seorang billionnair. Konsepnya, jika anda pandai anda boleh menjadi seorang jutawan. Maka, anda perlu dan sentiasa menuntut ilmu. Buffet memperlajari cara untuk jual beli saham melalui pembelajaran sendiri dan menuntut dari beberapa orang guru. Konsepnya, jika anda sanggup bertanya soalan kepada manusia lain jika tidak tahu, anda akan jadi kaya.

Pencapaian Buffet mengatasi semua gurunya dalam perlaburan. Konsepnya, anda tidak perlu menuntut dari yang terhebat tapi anda hanya perlu menuntut dari mereka yang tahu sahaja. Sebab itu, saya suka membaca buku kekayaan dari jutawan yang  melakukan aktiviti motivasi dan kursus kekayaan kerana mereka sebenarnya telah berjumpa dengan ramai manusia dan kesimpulan mereka selalunya tepat.

Banyak lagi perkara yang anda boleh dapat dari kelakukan mereka. Ini adalah rahsia kemewahan. Anda tidak perlu mencari banyak konsep sebelum melakukan tindakan, cukup hanya mencari satu konsep, kemudian lakukannya sehingga anda puas.

Terdapat banyak konsep di dunia untuk menjadi kaya, namun, anda tidak boleh gopoh untuk mencapainya. Semua kunci kekayaan di pegang oleh Allah S.W.T. Kita hanya boleh membukanya jika di benarkan oleh-Nya. Sekarang anda tahu kenapa segala tindakan Buffet dan Putera Khalid sentiasa di perhatikan oleh pemain saham.

4 Kunci Kemewahan

Sebelum itu, saya ada gariskan untuk membuka kunci kemewahan, anda perlu meminta kebenaran dari Allah S.W.T ( konsep tawakal yanng manusia abaikan tetapi di amalkan oleh semua kafir), namun anda perlu mempunyai syarat-syarat tertentu sebelum anda layak untuk meminta kebenaran dari-Nya. Bersedialah untuk menyerap 4  kunci ke arah kemewahan.

Kunci Pertama : Semuanya berbalik kepada kemahuan anda.

Kenapa anda ingin mewah ? 
Sudah tentu untuk keselesaan diri sendiri. Jangan bohong pada diri sendiri mengatakan bahawa anda menjadi mewah adalah untuk membantu ibu bapa dan sebagainya. Semua manusia yang mencari kekayaan adalah untuk diri sendiri. Sama ada anda melakukannya untuk memenuhi tanggungjawab menanggung keluarga atau membalas budi ibu bapa, anda memang lakukannya untuk diri sendiri.

Apabila kita meletakkan tanggungjawab bahawa dengan melakukan sesuatu untuk diri sendiri, anda mula menerbitkan perasaan dalam diri anda untuk lebih berusaha. Peduli apa orang lain, hidup saya perlu di urus dahulu. Kebanyakan manusia tidak kaya-kaya di sebabkan mereka terbelenggu dengan dilemma ini, kenapa saya perlu mencari wang ?

Mereka bekerja dari pukul 8 hingga 5 petang, kemudian pulang ke rumah memikirkan kenapa saya bekerja ? Takde ke cara yang lebih senang untuk jadi kaya ? ada juga yang berfikir seperti,’ Alhamdullilah, berjaya juga aku habiskan pekerjaan hari ini.’ Semua pemikiran di atas adalah berbalik pada diri sendiri. Buffet bercerai dengan isteri pertamanya, tetapi beliau tetap kaya kerana beliau bekerja untuk dirinya sendiri bukannya orang lain.

Kunci pertama ke arah kemewahan adalah anda melakukan semua pekerjaan adalah untuk diri sendiri. Saya tahu ada di antara anda yang ingin membangkang bahawa setiap perbuatan adalah kerana Allah S.W.T bukannya kerana diri sendiri. Saya harap anda faham perbezaan antara niat dan perbuatan. Apa yang saya tekankan adalah segala perbuatan yang anda lakukan adalah untuk diri sendiri, bukanlah untuk manusia lain.

Kunci Kedua : Perjanjian dengan alam.

Kenapa kebanyakan jutawan sentiasa memberitahu kita semua akan kepentingan untuk menjimatkan wang kita walaupun mereka sebenarnya mengharapkan kita untuk berbelanja lebih supaya mereka lebih kaya? Jawapan yang tepat adalah mereka telah melakukan perjanjian dengan alam. Perjanjian tersebut adalah keseimbangan alam.

Anda pasti sedar kebanyakan perkara yang naik dengan cepat akan jatuh dengan lajunya. Alam tidak akan membenarkan sesuatu perkara berlaku dengan pantas dan meninggalkan mereka. Jika ini berlaku, dengan pantas alam akan cuba memberhentikan anda. Ia terjadi pada semua manusia. Saya mendapat sejuta ringgit dalam masa sehari menerusi penjualan tanah, dalam masa 5 bulan wang saya sudah tiada. Ia hilang tanpa di kesan.

Saya cuba untuk melabur dengan bijak tetapi wang tersebut hilang begitu sahaja tanpa di kesan. Bagi mereka yang memerhati dari tepi memarahi saya kerana tidak melabur di dalam ASB. Bagaimana saya ingin melabur sedangkan seluruh alam sedang memperdayakan saya. Alam telah memperdayakan saya untuk tidak melihat perlaburan dalam ASb adalah tidak bijak.  Senang untuk berkata tetapi sangat sukar untuk menanggung.

Peringatan untuk anda, jangan lakukan sesuatu yang boleh mencabar alam dan jangan sesekali memandang rendah akan kekuasaan alam. Namun, semuanya adalah berbalik kuasa Allah S.W.T. Kita hanya merancang, Tuhanlah yang akan menentukannya.

Perjanjian dengan alam meliputi tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi. Allah S.W.T tidak menurunkan kita di muka bumi hanya untuk kita mengkucar-kacirkan bumi ini. Muhasabah diri anda sepenuhnya. Lakukan sesuatu yang memberi satu faedah kepada bumi. Oleh itu, anda dapat lihat kebanyakan jutawan di dunia berniaga menerusi perniagaan yang memberi manfaat pada alam. Alam meliputi manusia dan semua yang benda yang ada di dalamnya.

Kunci ketiga : Tunduk ke bawah.

Berapa lama anda ingin hidup di atas? Berapa  lama anda ingin pandang ke atas sahaja? Anda perlu tunduk setiap hari untuk memastikan kemewahan berada pada pihak anda. Keegoan dan perasaan sombong sentiasa menghantui diri kita, tiada cara lain untuk mengelaknya selain tunduk pada kuasa yang lebih kuat. Bagi umat Islam, sudah tentu kita akan tunduk pada kuasa Allah S.W.T.

Jika anda perhatikan ramai manusia yang hebat sekarang terlalu bongkak untuk mendengar suara dari bawah, apa yang mereka nampak hanyalah kehebatan diri sendiri. Mereka memang hebat tetapi akan menjadi lebih hebat jika mereka mendengar suara dari bawah dengan lebih kerap.

Sembahyang lima waktu memerlukan kita untuk sujud sebanyak 34 kali dan rukuk sebanyak 17 kali. Pernahkah kita ketika ini, kita tunduk dengan membawa sekali keegooan, kesombongan, hati dan jiwa kita ke bawah. Apabila sujud, luruh sudah semua keegoan kita. Kita akui ada kuasa yang lebih hebat dari diri kita. Jika anda tidak pernah, eloklah anda memulakkannya sekarang. Ramai manusia lupa, tapi Allah S.W.T tidak pernah melupakan kita.

Apabila saya mengeluarkan kenyataan ini, semua manusia sombong di sekeliling saya mula kepanasan. Mereka mengatakan bahawa mereka tidak pernah melakukannya tetapi hidup mereka bahagia sahaja di limpahi kemewahan. Bagi saya, semua perkara yang terjadi merujuk pada kuasa tuhan dan yang paling penting  anda mahu kemewahan anda di berkati atau tidak? adakah anda mahu kemewahan anda di jaga oleh iblis atau Tuhan? Semuanya terpulang pada anda.

Sekali anda tunduk, kemewahan akan datang dengan sendiri pada anda. Saya bukanlah seorang yang pandai dalam selok-belok agama, tetapi kebanyakan kajian saya menjurus ke arahnya. Ada seorang ahli perniagaan yang saya kenal, beliau selalu mengamalkan surah Al-Fatihah sebagai ayat pelaris perniagaannya. Satu hari, saya tanya apa faedah membaca ayat tersebut? Beliau menceritakan bagaimana pelanggan dari Sabah telah menelefon beliau untuk mengambeli stok darinya.

Yang mengejutnya, beliau tidak pernah pun pergi ke sana. Apabila di tanya bagaimana pelanggan tersebut memperoleh nombor beliau, pelanggan tersebut mengatakan satu sampul surat lengkap dengan nombor telefon dan profil perniagaan beliau telah tiba di pejabatnya. Beliau merasa terkejut kerana beliau hanya mengepos surat tersebut pada sekitar negeri di semenanjung sahaja. Sebab itu saya simpulkan bahawa untuk menarik kemewahan datang, anda perlu sentiasa tunduk dan harta anda pasti di berkati.

Kunci Keempat: Memang rezeki anda.

Kunci keempat tersangat mudah, semua rezeki telah di tetapkan oleh Allah S.W.T dan adalah hak-Nya untuk memberinya kepada sesiapa yang Dia mahu. Jangan di kejar gunung, kerana gunung tidak akan bergerak. Begitu juga dengan rezeki, kalau itu memang hak anda, ia tidak akan lari.

Anda perlu bertenang untuk menikmati kemewahan. Anda tidak boleh terlalu gopoh mengejar kemewahan. Anda pasti tidak suka jika anda di desak, begitu juga dengan kemewahan. Hanya Tuhan sahaja yang mengetaui sama ada sesuatu itu hak anda atau tidak, anda cuma boleh berdoa dan meminta pentunjuk-Nya.

Memang tidak di nafikan, perjalanan menuju ke arah kemewahan memang tidak tenang. Anda perlu berperang dan bersaing dengan manusia lain. Namun, matlamat tidak menghalalkan cara. Anda pilih sama ada anda mahu gunakan senjata dari syurga atau neraka.

 Kalau dari neraka anda boleh mengutip senjata yang terhebat tersebut di tepi-tepi jalan sahaja. Kalau dari syurga, anda perlu memohon untuk menuntut senjata tersebut walaupun senjata yang paling lemah. Namun, senjati yang paling tajam dari neraka tidak mampu menembusi senjata yang paling lemah dari syurga. Tanya diri anda, adakah anda mahu jadi bacul menyerang mereka yang tidak bersenjata atau seorang yang berani memegang senjata dari syurga.

Keempat-empat senjata ini sebenarnya hanyalah cebisan sahaja dari kunci kemewahan. Walaubagaimanapun, anda akan mula merasai kemewahan apabila bermula sahaja anda mengamalkan salah satu kunci di atas.

Teknik ajaib untuk mendapatkan apa yang kita mahu.

Pernahkah anda mengimpikan untuk memperoleh kuasa seperti Aladdin. Petik jari sahaja, jinnya akan menunaikan segala kemahuan yang beliau mahukan. Kita juga boleh tetapi kita perlu mengusai kuasa penyerahan iaitu berserah sepenuhnya pada Allah S.W.T.

Seorang jutawan dari Amerika yang menjalankan perniagaan memberi kursus motivasi untuk badan-badan korporat dan pekerja-pekerja syarikat, telah jatuh bankrap di sebabkan kejatuhan ekonomi di Amerika. Beliau hanya ada 35 sen sahaja. Dengan 35 sen tersebut, tiada apa yang boleh di belikan untuk anak dan isterinya.

Dengan langkah longlai beliau masuk ke dalam gereja dan berdoa di dalamnya. Dengan hati yang bersih dan mengharap, beliau menyerahkan duit terkahir pada gereja tersebut sambil berkata,‘Saya serahkan kehidupan saya sepenuhnya kepada Awak selepas ini.‘

Di ceritakan, perasaan lelaki tersebut ketika itu tersangat lega kerana beliau menganggap segala tanggungjawab telah di lepaskan kepada kuasa yang lebih besar. Keluar sahaja dari gereja, seorang lelaki tiba-tiba menegurnya dan memperlawanya untuk memberi ceramah di pejabatnya. Lelaki tersebut memberi kepadanya 400 dollar sebagai wang pendahuluan. Akhirnya lelaki tersebut berjaya membeli makanan untuk keluarga serta membayar semua bil tertunggak. Sungguh aneh jika anda memikirkan bagaimana 35 sen boleh bertukar menjadi 400 dollar.

Ada kisah yang lebih menarik untuk di ceritakan, namun saya terpanggil untuk menceritakan kisah di atas di sebabkan ia terjadi pada mereka yang bukan Islam. Kuasa penyerahan adalah kuasa aladdin anda. Kita selalu memberi derma, namun adakah ia penyerahan mutlak. Kita selalu berusaha, namun adakah kita pernah berserah kepada-Nya.

Jangan cuba lakukan sesuatu untuk mencabar kuasa-Nya. Kita beri rasuah untuk mendapatkan projek, kita gunakan penipuan untuk mendapat apa yang kita mahu, kita gunakan teknik paksaan untuk memaksa perkara yang kita mahu datang dengan sendiri ke arah kita. Satu pertanyaan pada anda, adakah berbaloi untuk anda lakukan semua perkara di atas semata-mata untuk menunaikan hasrat nafsu kita.

Kenapa anda perlu bersusah payah untuk menipu, memberi rahsuah dan memaksa untuk mendapatkan apa yang kita mahu sedangkan kita di ajar untuk melakukan tugas mudah sahaja iaitu berserah. Kita berusaha, kita berserah. Semua jutawan yang mengamalkannya, mereka kekal sebagai jutawan malah lebih kaya lagi. Mereka adalah jutawan kelas pertama kerana mereka cerdik.

Manusia boleh menjadi bijak dengan belajar, namun, manusia tidak boleh menjadi cerdik jika mereka tidak berani menggunakan jalan mudah.

Anda berusaha siang dan malam untuk memajukan perniagaan anda, anda berusaha siang dan malam belajar untuk mengambil peperiksaan, anda juga berusaha siang dan malam untuk memajukan kehidupan anda. Namun, adalah lebih cerdik untuk anda berserah kepada-Nya selepas penat berusaha.

Kuasa penyerahan harus di lakukan dengan hati yang ikhlas. Saya pasti ada yang terfikir kenapa saya tidak menggunakan Hadis atau ayat Al-Quran untuk menguatkan hujah saya? 

Jawapannya, saya adalah manusia yang hina, siapalah saya untuk merungkai semua ayat di atas. Saya lebih suka menjadikan Hadis dan Al-Quran asas untuk berfikir dari cuba untuk memahami dengan menggunakan akal fikiran sendiri apa yang di sampaikan oleh Allah S.W.T. 

Jika anda merasakan diri anda lebih pandai, silakan. Saya adalah manusia yang lemah dan hina. Jangan pula anda hanya memandang agama pada syariat sahaja. Agama bukan peraturan tetapi adalah cara hidup.

Anda kena percaya, ketika anda penat berusaha dan ingin melakukan penyerahan pada kuasa yang lebih hebat untuk menentukan nasib anda, bahawa anda memang berhak untuk mendapatnya. Serahkan sepenuhnya keputusan pada Allah S.W.T.

Rahsia menyelesaikan masalah.

Pencarian kemewahan akan sentiasa memberi kita masalah. Walau sekuat mana atau sehebat mana kita, masalah akan sentiasa menghantui kita. Tiada masalah, tiada kehidupan. Bagaimana hendak menyelesaikan masalah yang menghantui kita dan pada masa yang sama kita boleh mengumpul kemewahan?

Hanya ada satu sahaja cara untuk menyelesaikan masalah iaitu berhadapan dengan masalah itu sendiri. Anda jangan berfikir untuk melarikan diri dari masalah, anda perlu berfikir bagaimana hendak berhadapan dengan masalah tersebut. Masalah tidak akan hilang jika anda melarikan diri, ia hanya akan hilang jika anda menyelesaikannya.

Langkah pertama: Imaginasi menghasilkan realiti.

Tidak dapat di sangkal lagi bahawa imaginasi sangat penting dalam penyelesaian masalah. Apa masalah anda? tuliskan ia di atas kertas. Kemudian hasilkan seberapa banyak idea yang paling unik, kelakar dan mustahil untuk menyelesaikan masalah anda. Anda perlu ikut cara ini kerana 5 dari 10 jutawan di seluruh dunia menggunakan mirip teknik ini untuk menyelesaikan masalah mereka.

Langkah kedua: Gunakan pemikiran waras anda untuk menghasilkan jalan.

Jalan yang anda bina menerusi pemikiran kreatif tadi anda tapis. Ambil penyelesaian yang anda nampak mudah dan kesanggupan anda untuk melakukannya. Sediakan perancangan untuk anda lakukannya.

Langkah ketiga: Selesaikan masalah anda langkah demi langkah.

Jarang ada perkara yang kita boleh lakukan serentak. Yang paling jelas perkara yang kita boleh lakukan serentak adalah buang air kecil dan buang air besar. Selain itu, jarang ada perkara boleh di lakukan serentak. Ikut perancangan yang anda telah tetapkan satu persatu. Jangan fikir untuk mengalah dan cuba untuk melompat.

Semua masalah ada penyelesainnya, jangan malu untuk berdoa pada-Nya agar di permudahkan segala permasalahan anda.

Matlamat dan idea bagaimana hendak mencapainya.

Dalam kita mengejar kemewahan, kita tidak boleh lari dari menetapkan matlamat. Apabila matlamat di tetapkan, pasti anda tercari-cari bagaimana hendak mencapainya. Seorang pakar motivasi dan pemasaran menggariskan ada 4 langkah yang boleh kita gunakan untuk membantu kita mencapai matlamat.

Pertama : Fahami apa sebenarnya kemahuan anda.

‘Saya mahu mengumpul RM10 000 untuk membeli kereta.’itu adalah niat anda ketika menetapkan matlamat pada awalnya. Kemudian apabila anda telah berjaya mencapai nilai tersebut, anda dapati anda mahu kereta yang lebih mahal dan selesa. Apa gunanya matlamat jika anda selalu mengubah-ubahnya.

Seorang yang berbadan besar dan gempal ingin menguruskan badan supaya lebih ramai gadis akan terpikat padanya ketika beliau kurus. Apabila kurus, beliau dapati bukan itu yang gadis mahukan. Matlamat anda perlu relevan dengan diri anda. Faham apa yang sebenarnya anda mahu.

Anda tidak perlu merendah diri ketika menetapkan matlamat. Kalau boleh matlamat tersebut adalah sesuatu yang benar-benar anda mahu, bukannya atas nasihat orang lain. Lagi jelas matlamat anda, lagi mudah untuk anda mencapainya.

Kedua: Tulis matlamat anda di atas kertas.

Tulis matlamat anda di atas kertas. Umpamakan ia seperti satu perjanjian keramat. Pastikan apa yang anda tulis adalah apa yang anda mahu.

Ketiga: Bayangkan kejayaan anda.

Seorang pengkaji kuasa minda pernah menggariskan bahawa jika anda tidak nampak, anda tidak akan dapat. Maksud saya adalah melihat dengan menggunakan mata dalaman. Hadirkan rasa kejayaan dalam diri anda. Jika matlamat anda adalah untuk menjadi pelajar cemerlang, anda hadirkan kejayaan menjadi pelajar cemerlang dalam diri anda.

Teori hebat untuk mendapat apa yang kita mahu adalah dengan menjadikan matlamat anda kenyataan walaupun anda sendiri tidak berjaya lagi. Ada satu cerita menarik mengenai kawan saya. Beliau sangat teringin untuk pergi ke Menara berkembar petronas, malangnya beliau tidak mampu. Apa yang beliau mampu lakukan adalah meletakkan gambar menara tersebut di dindingnya.

Menariknya, hanya beberapa bulan selepas beliau melekatkan gambar menara tersebut di dinding biliknya. Beliau berjaya menjejakkan kaki ke menara tersebut di sebabkan rombongan yang di buat oleh kampungnya. Maknanya memang benar jika kita menghadirkan rasa kejayaan, kejayaan akan datang dengan sendirinya.

Langkah keempat: Gabungkan matlamat anda dengan matlamat orang lain. Lakukannya bersama-sama.

Adakah anda boleh berjalan dengan sebelah kaki? Adakah mata anda boleh berfungsi dengan baik dengan hanya satu mata sahaja. Adakah anda selesa dengan mempunyai satu tangan? Kita perlukan bantuan untuk berjaya. Syarikat Google berjaya hasil titik peluh dua orang anak muda, Bill Gates bergabung dengan rakan-rakannya untuk membangunkan perisian.

Ada banyak lagi contoh yang menunjukkan gabungan beberapa orang mampu untuk menghasilkan keputusan yang luar biasa.

Lakukan ini pada setiap pagi, kemewahan akan datang pada anda dengan sendirinya.

Lakukan ini pada setiap pagi, kemewahan akan datang pada diri anda.

Seorang pemuda bangun seawal 6 pagi, beliau ambil air sembahyang dan menunaikan solat subuh. Kemudian, beliau pergi ke dapur dan membuat sarapan untuk dirinya. Sambil termenung beliau makan sarapan yang di siapkan sendiri. Pada pukul 8, beliau telah bersiap sedia untuk bekerja. Kemudian pada pukul 5, beliau balik dan pada malamnya beliau keluar minum dengan rakan-rakan.

Berbeza dengan pemuda tersebut, seorang pemuda lagi selepas sahaja sembahyang , beliau duduk di atas kerusi dan mula menulis mengenai apa matlamatnya pada hari tersebut. Beliau senaraikan satu persatu perkara yang perlu beliau lakukan pada hari tersebut. Perbezaan antara pemuda ini dan pemuda lagi seorang adalah pemuda ini merancang hidupnya, bukan  biarkan alam yang merancang kehidupannya.

Untuk berjaya dalam mengejar kemewahan, kita perlu hidup lebih baik dari semalam. Itu teori yang sangat mudah. Setiap pagi lakukan muhasabah diri dan cuba sebaik mungkin untuk mendapat lebih dari semalam. Jika anda beruntung, anda akan dapat apa yang anda mahu.

Kemewahan akan datang pada manusia yang konsisten dan sentiasa mahu membaiki sesuatu. Setiap hari lakukan perancangan seperti ini, selamat tinggal kegagalan, selamat datang kejayaan ataupun macam ini, selamat tinggal kemiskinan, selamat datang kekayaan.

Cipta jalan ke arah kekayaan.

Bagaimana perniagaan awak? Sudah tentulah meletup. Jawapan yang ringkas tetapi kesannya sangat kuat. Napoleon Hill, seorang penulis yang hebat sentiasa memberi semangat pada dirinya dengan mengatakan perkataan berikut,’ Buku saya akan terlebih laris.’ Sebanyak 400 kali. Ia nampak seperti mantera sahaja yang saya telah sentuh sebelum ini kan?

Anda perlu sentiasa berfikiran positif kerana tiada apa yang akan sampai pada anda jika anda terus berfikiran negatif. Awak apa khabar? Saya sihat sahaja. Selain itu, anda boleh berkata dengan lebih positif.‘ Saya sihat seperti saya baru di lahirkan‘. Kata-kata yang super positif sentiasa memberi kesan yang mendalam pada diri anda.

Jalan ke arah kejayaan boleh di cipta. Iaitu dengan bersikap positif. Bersikap positif sentiasa membenarkan minda anda untuk berfikir dengan waras dan tenang. Fikiran positif akan menghasilkan minda yang positif, minda yang positif menghasilkan badan yang positif, badan yang positif akan menghasilkan tindakan yang positif, tindakan yang positif akan memperngaruhi semua orang untuk berfikiran positif.

Penutup.

Jika anda mencari rahsia kemewahan, sebahagian besarnya saya telah rungkaikan di atas. Matlamat saya hanya satu, saya menulis untuk menjadikan anda kaya. Segala kajian yang di lakukan adalah sesuatu yang sangat tepat dengan fenomena sejagat. 

Sekian terima kasih

No comments:

@templatesyard