7 Strategi Pemasaran Gerilla - Bisnes Online Sebenar

Tuesday 7 February 2017

7 Strategi Pemasaran Gerilla


Pengenalan pemasaran gerilla atau Gerilla Marketing.

Gerilla Marketing di asaskan oleh Jay Conrad Levinson. Konsep gerilla marketing adalah melakukan pemasaran dengan bajet yang rendah tetapi mampu memberi keuntungan yang sangat memberangsangkan. Idea pemasaran gerilla tercetus apabila Jay mengadakan kelas mengenai copywriting pada hujung minggu di satu universiti.

Di sebabkan pengalamannya yang agak meluas, dia menjadi tempat rujukan bagi pelajar – pelajar yang berminat untuk menubuhkan perniagaan mereka sendiri. Pada satu hari, salah seorang dari pelajarnya bertanya padanya sama ada dia boleh beri cara bagaimana hendak memulakan perniagaan dengan modal yang sedikit.

Di sebabkan jay tidak pernah menulis berkenaan tajuk tersebut, dia berjanji akan memberi cadangan buku rujukan untuk di rujuk oleh pelajarnya. Dia kemudiannya mencari buku berkenaan tajuk tersebut di merata – rata perpustakaan dan kedai buku. Namun, tiada satu buku pun yang bertepatan dengan tajuk yang pelajarnya mahu.

Oleh sebab dia sudah berjanji pada pelajarnya bahawa dia ingin membantu mereka, dia nekad untuk menulis sendiri panduan mengenainya sebagai rujukan  untuk pelajar – pelajarnya. Dari sini, terhasillah konsep gerilla marketing. Gerilla marketing sangat berkesan. Ramai usahawan tidak tahu mengenai pemasaran, hanya mengikut sahaja apa yang di ajar oleh gerilla marketing ini dan akhirnya perniagaan mereka maju dengan pesat beserta dengan keuntungan yang sangat luar biasa.

Rahsia terbesar pemasaran.

Rahsia pemasaran yang paling hebat adalah bermula dengan menulis strategi pemasaran dan mengikut rancangan yang di tulis.’Create a plan and stick to it’. Rancangan pemasaran hanya di ubah jika terdapat keperluan. Contoh paling tepat adalah peristiwa kewujudan Gerilla Marketing itu sendiri.

Pada awalnya Jay ingin memenuhi kehendak pelajarnya sebagai mematuhi strategi pemasarannya iaitu memberi servis yang terbaik pada pelanggannya. Namun di sebabkan dia tidak berjaya menemui buku yang sesuai, dia menukar strategi pemasarannya berdasarkan keperluan iaitu menulis buku mengenai tajuk yang di minta oleh pelajarnya.

Hasil tulisan bukunya, dia telah di panggil untuk mengadakan seminar di seluruh negara Amerika. Di sebabkan dia nekad untuk mengikut strategi pemasaran yang dia rancang pada awalnya, dia akhirnya menemui satu keperluan untuk di jadikan sebagai produk terbarunya di samping memberi servis terbaik pada anak muridnya.

Buku yang pada awalnya di tulis untuk memenuhi permintaan 100 pelajarnya, telah meletup di pasaran di mana ia telah di alih bahasa kepada 43 bahasa. Hasil nekad dia untuk mengikut strategi pemasaran yang dirancang telah membuka peluang yang sangat besar pada dirinya.

Asas pemasaran yang anda perlu tahu.

Asas pemasaran yang anda perlu tahu adalah tujuan pemasaran bukannya hendak menjual barang tetapi untuk memberitahu kewujudan perniagaan dan produk anda. Anda tidak boleh memaksa pelanggan untuk membeli barang dari anda. Perasaan ingin membeli datang dari hati mereka sendiri.

Contohnya, anda ingin menjual hanphone terbaru keluaran syarikat anda. Dengan ini, anda beriklan di televisyen mengenai handphone anda. Ramai orang menonton iklan anda dan mereka tahu bahawa syarikat anda sudah mengeluarkan handphone jenis sekian – sekain. Namun, bukannya semua akan membeli. Hanya sebilangan yang terpikat sahaja yang akan membeli.

Bilangan mereka yang membeli juga tidak 100 peratus datang dari penonton di televisyen, ia mungkin di beli oleh mereka yang tidak pernah langsung menonton iklan anda di televisyen. Ia terjadi kerana mereka yang menonton iklan tersebut menyebarkan pada pihak ketiga. Jadi, konsep sebenar pemasaran adalah memberitahu.

Dari 100 orang yang melihat iklan anda, hanya 10 peratus sahaja yang akan ambil tahu manakala yang akan membeli adalah seorang atau tiada langsung. Namun, 10 peratus yang ambil tahu ini akan menyebarkan pada pihak ketiga di mana ia memberi kelebihan pada produk anda.

Tujuh Langkah Keramat.

Tujuh langkah keramat  adalah antara teknik pemasaran yang paling berkesan di dunia. Berikut adalah tujuh langkah keramat

1.   Tentukan kaedah pemasaran dan tindakan yang akan di ambil pelanggan untuk membeli produk anda.
2.   Tentukan faedah utama produk anda yang mampu memberi pesaingan yang kompetitif pada pesaing anda yang lain.
3.   Tentukan target pasaran bagi produk anda.
4.   Senaraikan senjata pemasaran yang bakal anda gunakan.
5.   Tentukan niche produk anda.
6.   Tulis identiti syarikat anda.
7.   Bajet bagi pemasaran anda.

Langkah pertama : Kaedah pemasaran.

Langkah pertama dalam pemasaran gerilla anda adalah anda tentukan kaedah pemasaran bagi produk anda dan tentukan juga kaedah bagaimana pelanggan hendak  membeli produk dari anda.

Apakah kaedah pemasaran bagi produk anda?

Kaedah pemasaran di tentukan melalui kaedah bagaimana pelanggan hendak membeli produk dari anda. Adakah anda mahu pelanggan membeli secara online, secara runcit, secara jualan langsung, melalui telefon atau datang ke kedai anda secara terus?

Jika anda mahu pelanggan mahu membeli secara runcit, kaedah pemasaran anda lebih kepada memasarkan produk anda pada usahawan runcit supaya mereka menerima produk anda untuk di jual di kedai mereka.

Jika anda mahu pelanggan anda membeli secara online atau datang ke kedai, kaedah pemasaran anda terdiri dari teknik online dan offline di mana kedua-duanya akan di lakukan serentak.

Tentukan bagaimana anda hendak menjual produk anda. Dari situ tentukan pula kaedah pemasaran bagi produk anda. Kaedah pemasaran penting supaya anda boleh fokus di mana dan bagaimana anda hendak melakukan pemasaran.

Katakan anda ingin membuka kedai photostat dan cara pelanggan hendak membeli perkhidmatan anda adalah dengan datang ke kedai  anda. Dari sini, fokus pemasaran anda adalah untuk membawa pelanggan datang ke kedai anda.

Langkah kedua : Tentukan faedah utama bagi produk anda.

Langkah kedua dalam pemasaran gerilla adalah menentukan faedah utama bagi produk anda. Ciri – ciri produk dan faedah adalah berlainan. Ciri – ciri adalah spefikasi dan fungsi produk anda manakala faedah adalah apa yang pelanggan mampu peroleh dari produk yang anda jual.

Anda perlu cari satu feadah utama yang mampu membuatkan pelanggan teruja untuk memilikinya. Kebanyakan penjual kereta tidak bersaing dari segi kualiti kereta yang mereka jual, sebaliknya mereka bersaing dari cara pembayaran. Oleh itu, anda dapat lihat jurujual kereta yang berjaya selalunya di sebabkan mereka mampu memberi apa yang pelanggan mahu iaitu skim pembayaran mudah.

Katakan anda lapar dan mahu makan makanan dengan segera. Di sebabkan anda mahu segera, hati anda lebih cenderung  ke arah kedai makanan segera seperti McD atau KFC di mana anda akan terus memperoleh makanan selepas membuat pesanan. Restoran makanan segera memberi apa yang pelanggan mahu iaitu makanan segera. Faedah utama bagi makanan segera adalah segara, selepas itu, barulah mereka bersaing ddari segi kesedapan.

Anda perlu cari satu tema atau faedah utama dalam produk anda. Dengan menggunakan faedah ini, anda akan melakukan serangan gerilla terhadap pasaran.

Cara hendak mencari faedah utama bagi produk anda adalah mencari apa yang bakal pelanggan anda nikmati selepas menggunakan produk anda. Katakan anda menjual ebook, apa yang mampu pelanggan dapat dengan menggunakan informasi dalam ebook anda selepas mereka membeli produk anda. Cari satu faedah utama dan gunakan ia sebagai tema pemasaran anda.

Jika anda menjual perkhidmatan pula, anda perlu jelaskan faedah yang bakal pelanggan miliki jika mereka menggunakan perkhidmatan anda. Contohnya anda menjual perkhidmatan menarik kereta yang rosak, anda boleh promosikan faedah anda iaitu 24 jam perkhidmatan sehari.

Anda perlu pilih satu faedah yang bakal memberi tanggapan positif dari pengguna.

Langkah ketiga : Target pasaran produk anda.

Kepada siapa anda ingin menjual produk anda? Adakah pada orang ramai atau golongan tertentu sahaja? Anda perlu tentukan target pasaran bagi produk anda.

Kedai photostat contohnya. Target pasaran bagi kedai ini sudah pasti golongan yang suka menggunakan perkhidmatan photostat seperti pelajar dan guru. Target utamanya sudah pasti universiti, kolej-kolej dan sekolah. Dengan fokus pada target pasaran iaitu pelajar dan guru, strategi pemasaran anda akan lebih tersusun nanti.

Tentukan target pasaran bagi produk anda dengan mengambil kira siapa golongan paling banyak akan menggunakan produk anda.

Langkah Keempat :  Senaraikan senjata pemasaran yang bakal anda gunakan.

Senjata pemasaran adalah senjata yang bakal anda gunakan dalam pemasaran gerilla anda. 

Berikut adalah senarai 200 senjata pemasaran gerilla yang saya dapat kumpulkan.

1.   Rancangan pemasaran
2.   Kalendar pemasaran
3.   Identiti
4.   Kad perniagaan
5.   Alat tulis.
6.   Surat peribadi
7.   Pemasaran telefon
8.   Talian bebas tol
9.   Nombor telefon untuk pertanyaan.
10. Yellow pages
11. Poskad
12. Penghias poskad.
13. Classified ads.
14. Pra order
15. Iklan percuma di kedai.
16. Circular and flies.
17. Papan kenyataan.
18. Iklan di wayang
19. Papan tanda kedai di tepi jalan.
20. Banner
21. Window display
22. Inside signs.
23. Poster
24. Canvassing
25. Door hangers
26. Tempat tekan butang lif
27. Testimoni
28. Jualan backend
29. Surat rekomendasi
30.  Attendance at trade shows
31. Pengiklanan
32. Direct mail
33. Iklan di surat khabar.
34. Iklan di radio
35. Iklan di majalah.
36. Bilboards
37. Iklan di televisyen.
38. Komputer
39. Printer atau Mesin Faks.
40. Ruang chat.
41. Forums
42. Internet bulletin boards
43. Senarai emel
44. Emel secara peribadi.
45. Signature emel.
46. Canned emel
47. Bulk emel
48. Audio and video postcards
49. Nama domain
50. Website
51. Landing page
52. A merchant account
53. A shopping cart
54. Autoresponders
55. Search engine ranking.
56. Brochures elektronik.
57. RSS feeds
58. Blogs
59. Podcasting
60. A personal ezine
61. Ads in other ezine
62. Ebooks.
63. Content provision
64. Webinars
65. Joint ventures
66. Word of mouth
67. Viral marketing
68. Ebay and other auction sites
69. Click analyzers
70. Pay per click Ads
71. Search engine keywords
72. Google adwords
73. Sponsored links
74. Reciprocal link exchanges
75. Banner exchanges
76. Web converson rates
77. Knowledge of your market
78. Research studies
79. Specific customer data.
80. Case studies
81. Kongsi
82. Brochures
83. Katalogs
84. Direktori perniagaan.
85. Public service announcement
86. A newsletter.
87. Speeches
88. Free consultations
89. Demostrasi percuma
90. Seminar percuma
91.  Artikel
92. Columns
93. Menulis buku.
94. Publishing on demand
95. Workshops
96. Teleseminar
97. Infomercials.
98. Pembelajaran berterusan
99. Marketing insight
100.Diri sendri
101.Kebolehan untuk take action
102.Beri perhatian dengan teliti.
103.Fokus
104.Kelajuan
105.Bersemangat.
106.Berani bersaing
107.Agresif
108.Neatness
109.Keyakinan diri.
110.Murah hati
111.Fleksible
112.Kesabaran
113.Sensitif
114.Minat yang mendalam.
115.Melayan pelanggan dengan sopan di telefon.
116.Jujur
117.Senang dalam proses urusniaga.
118.Adapting a noble character.
119.Extra value
120.Value story
121.Spying
122.Referral program
123.Upgrade opportunity
124.Harga
125.Selection
126.Servis
127.Quality
128.Efficiency
129.Reputasi
130.Kredibiliti
131.Financing availability.
132.Credit card acceptance
133.Days of operation
134.Hours of operation
135.Lokasi
136.Headline
137.Copywriting.
138.Writing ability
139.Tema
140.A memo
141.A name
142.Inteligent positioning
143.Brand name awareness
144.A proper view of marketing
145.Subliminal marketing
146.Being a TV talk show
147.Being a radio talk show.
148.Product placement.
149.Branded entertainment
150.Marketing on hold
151.A tracking plan.
152.Follow up
153.Lead buying
154.Baking or crafts ability
155.Jaminan
156.Pertandingan
157.Free trial
158.Kupon
159.Reprints
160.Flip charts
161. Audio visual aids
162.Gift certificates
163.Luxury box.
164.A name tag at event.
165.Special events
166.A tradeshow booth
167.Free directory listing
168.Club and associations
169.Communitiy involvement.
170.Buzz.
171.Word of mouse
172.Barter
173.Fusion marketing
174.Public relations
175.Service
176.Hadiah
177.Competitive advantage
178.Senarai faedah.
179.Satisfied customers
180.A call to action
181.Limited time offer
182.A sense of urgency
183.Your core story
184.Senarai pelanggan.
185.Media contact
186.Pemasaran affiliate.
187.Professional titles
188.Networking
189.Use of downtime
190.Sales training
191.Stories
192.Your teaching ability
193.How you say Hello
194.Circle of influence
195.SMS
196.Target pasaran
197.Employee attire
198.Diary tahunan
199.Pemasaran gerilla yang tersusun.
200.Wajah anda.

Senarai senjata pemasaran gerilla ini saya ambil dari gmarketing.com.

Senjata pemasaran gerilla adalah lebih berkesan jika ia datang dari minda anda sendiri. Anda lebih tahu bagaimana hendak mempromosikan produk anda berbanding orang lain. Gerak hati adalah senjata yang terbaik. Dari gerak hati anda sendiri,  senaraikan senjata pemasaran yang anda akan guna dalam teknik pemasaran anda. Anda tahu bajet yang anda ada, jadi tugas memilih senjata pemasaran lebih sesuai untuk di tulis anda sendiri.

Jika anda masih tidak faham apa itu senjata pemasaran, ia adalah alat yang anda bakal gunakan ketika memasarkan produk anda. Alat tersebut boleh jadi medium, perasaan diri sendiri, semangat, teknik promosi. Pendek kata, ia di anggap sebagai senjata pemasaran jika ia boleh meningkatkan peluang produk anda untuk terjual lebih banyak.

Katakan anda ingin promosi ebook, senjata pemasaran yang anda mungkin gunakan adalah seperti berikut.

1.   Website
2.   Nama domain
3.   JV
4.   Pemasaran affiliate.
5.   SEO
6.   Senarai emel
7.   Pay per click
8.   Copywriting yang baik.
9.   Ecover dan desgin minisite.
10. Banner.

Senaraikan sampai habis senjata yang anda rasa perlu berdasarkan pengalaman dan gerak hati anda untuk di gunakan dalam pemasaran.

Langkah kelima : Tentukan niche produk anda.

Langkah kelima dalam pemasaran gerilla adalah menentukan nche produk. Niche di perlukan supaya pemasaran anda lebih targeted. Penentuan niche akan membentuk mindset dalam minda anda. Katakan anda ingin menjual majalah, anda perlu tentukan niche bagi majalah anda sama ada ia berbentuk informasi santai, akademik, hiburan atau apa sahaja niche yang anda ingin ceburi.

Kebanyakan orang keliru antara niche dan target pasaran. Target pasaran adalah kelompok orang yang anda ingin target bagi produk anda manakala niche adalah kehendak yang anda jual pada orang lain. Contohnya niche kuruskan badan adalah kehendak ingin kuruskan badan. Niche diabetis adalah kehendak maklumat diabetis.

Dengan menentukan niche bagi produk anda, anda akan lebih menumpukan kehendak pasaran yang bertepatan dengan produk anda. Jadi, aktiviti pemasaran anda akan lebih bermakna.

Tentukan niche produk anda dengan mencari kehendak utama yang anda jual melalui produk anda.

Langkah keenam : Tulis identiti bagi syarikat anda.

Apakah identiti syarikat anda?  Apa identiti bagi syarikat anda. Siapakah anda dan bagaimana dengan sikap anda sendiri. Anda perlu jujur ketika anda menulis identiti bagi syarikat anda. Apabila anda menulis dengan jujur mengenai syarikat anda, anda tahu kelemahan dan kekuatan yang ada dalam syarikat anda di mana ia akan mempengaruhi kempen pemasaran anda nanti.

Langkah ketujuh : Bajet pengiklanan.

Langkah terakhir adalah menentukan bajet pengiklanan yang anda sanggup keluarkan. Bajet yang anda akan keluarkan haruslah logik dan selari dengan senjata pemasaran yang anda pilih untuk melakukan pemasaran gerilla. Dalam pemasaran gerilla, anda harus fikir senjata yang modalnya kurang tetapi memberi impak yang besar pada jualan produk anda.

Bagaimana hendak mengaktifkan pemasaran gerilla?

Jika tiada tindakan yang di ambil, pemasaran gerilla tidak akan menjadi. Pemasaran gerilla adalah teknik pemasaran segera di mana tindakan akan di ambil sejurus selepas anda merancangnya. Ini kerana, pemasaran gerilla adalah sama konsepnya seperti serangan gerilla di mana serangan di lakukan secara tiba – tiba.

Anda tidak perlu mengambil masa yang lama untuk menyiapkan ketujuh-tujuh langkah di atas. Cukup sahaja lima hingga tujuh minit. Ambil satu kertas dan tulis jawapan bagi ketujuh – tujuh langkah di atas. Berikut adalah contoh pemasaran gerilla jika saya ingin menjual ebook kuruskan badan.

Contoh Pemasaran gerilla ----->  ebook kuruskan badan.

Ebook di jual secara online. Faedah utama produk ini adalah jaminan berat akan turun selepas beberapa hari di pratikkan.Target pasaran di tumpukan pada mereka yang ingin kuruskan badan dengan kaedah yang lebih berkesan.

Berikut adalah senjata pemasaran:

1.   Ecover
2.   Nama domain
3.   Copywriting yang menarik
4.   Testimoni
5.   Design minisite mantap
6.   Affiliate
7.   JV
8.   Senarai emel
9.   SEO
10. Pra perlancaran.
11. Forum
12. Gerenti kurus.

Niche bagi produk ini adalah kuruskan badan.  Saya mempunyai masa 4 jam sehari untuk lakukan promosi secara online. Bajet bagi pengiklanan adalah RM 300.

Di atas adalah contoh pemasaran gerilla bagi ebook saya. Saya hanya mengambii masa sebanyak lima minit sahaja untuk membentuk strategi pemasaran bagi ebook saya. Bagi senjata pemasaran, saya akan tambah di kemudian hari jika terdapat idea baru. Maklumat yang di kumpul melalui tujuh langkah ini sudah cukup untuk membentuk strategi yang mantap dalam pemasaran bagi produk anda. 

No comments:

@templatesyard