Nota Pintar Pemasaran Affiliate - Bisnes Online Sebenar

Tuesday 7 February 2017

Nota Pintar Pemasaran Affiliate



Pengenalan kepada pemasaran affiliate.

Apabila kita berkata mengenai perniagaan internet, salah satu perkara yang termudah dan paling lumayan untuk menjana pendapatan di internet adalah melalui pemasaran affiliate. Ini kerana untuk menjadi seorang affiliate, anda tidak perlu menjadi seseorang dan jika teknik pemasaran anda kena pada caranya, pendapatan boleh mengjangkau ribuan ringgit sebulan.


Dalam nota pintar ini, saya akan membincangkan asas kepada pemasaran affiliate dan memberi anda idea – idea bagaimana hendak menjana pendapatan melalui pemasaran affiliate. Apabila anda habis membaca ebook ini, anda boleh terus menjana pendapatan melalui affiliate tanpa ragu – ragu lagi.

Asas pemasaran affiliate.

Konsep pemasaran affiliate adalah revolusi dari perniagaan offline seperti penjual insurans, agen hartanah dan jurujual kereta iaitu anda akan di bayar berdasarkan jualan yang anda buat.Kini, konsep komisyen berdasarkan jualan turut di gunakan dalam perniagaan internet dan ia di namakan sebagai affiliate.

Perkara pertama mengenai affiliate yang anda perlu tahu adalah anda akan di bayar berdasarkan jumlah jualan yang anda buat. Perkara kedua yang anda perlu tahu pula adalah jika anda ingin memperoleh jualan yang banyak, anda perlu tahu teknik menarik trafik dengan banyaknya ke arah link affiliate anda.

Perkara ketiga dan terakhir yang anda perlu tahu sebagai affiliate adalah jika anda tidak take action, anda tidak akan berjaya membuat jualan dan secara tidak langsung anda tidak akan memperoleh komisyen. 

Berikut adalah 4 langkah yang anda perlu ambil untuk menjadi seorang affiliate marketer

1.    Baca ebook ini sehingga habis.
2.    Fokus
3.    Pilih niche
4.    Buat satu jadual dan laksanakan rancangan anda.
5.    Terima komisyen.

Affiliate ini adalah kerja yang senang. Namun, ada juga yang gagal di sebabkan mereka terlalu banyak membaca sehingga overloaded fikiran mereka dengan maklumat. Akibatnya, mereka tidak tahu bagaimana hendak bermula. Nasihat saya pada anda, adalah ambik satu teknik promosi dan kekalkan teknik tersebut sehingga anda berjaya.

Laman affiliate antarabangsa.

Untuk buat duit melalui affiliate, anda perlu ada produk untuk di promosikan. Berikut adalah laman web yang menawarkan produk untuk di promosikan anda sebagai affiliate.

·        Clickbank.com
·        Shareasale.com
·        Cj.com
·        Linkshare.com
·        Amazon.com
·        Ebaypartnernetwork.com
·        Pepperjamnetwork.com
·        Datafeedr.com
·        Paydotcom.com
Untuk produk tempatan anda boleh mencari produk affiliate di wangcyber.com.

Panduan Research produk.

Sebelum anda boleh menjana pendapatan, anda perlu ada produk untuk di promosikan. Kebiasaanya, pakar affiliate akan memilih niche tertentu dan terus melakukan research untuk mencari produk yang hot dalam niche tersebut. Mereka biasanya menggunakan

·        Amazon best sellers
·        Pulse.ebay.com
·        Terapeak.com

untuk mencari produk yang hot dalam niche tersebut. Di amazon best sellers, anda dapat lihat produk yang banyak jualannya di mana produk tersebut memang mempunyai permintaan yang sangat banyak. Di ebay pulse pula menunjukkan produk yang banyak di perhatikan oleh pembeli ebay. Di sana, anda lihat bilangan bid dan jenis produk berdasarkan kategori niche anda.

Melalui maklumat yang anda lihat, anda boleh agak jenis produk yang hot di pasaran. Jadi, peluang anda untuk menjana pendapatan yang banyak adalah tinggi kerana anda mempromosi produk yang mempunyai permintaan yang banyak.

Nota pintar memilih produk di clickbank.

Clickbank.com adalah salah satu website yang menawarkan beribu – ribu produk kepada affiliate untuk di promosikan. Di sebabkan sana terdapat beribu – ribu produk, saya tidak mahu anda tersalah langkah memilih produk yang silap. Jadi, dalam nota pintar ini saya akan beritahu teknik memilih produk di clickbank.

Ada tiga website yang anda boleh gunakan sebagai panduan memilih produk untuk di promosi.

1.    Clickbank marketplace di clickbank.com
2.    Cbtrends.com
3.    Cbengine.com

Di clickbank marketplace anda boleh mencari produk mengikut niche yang anda mahu. Selain itu, di marketplace juga anda berbagai maklumat seperti nilai harga produk, nilai komisyen dan nilai gravity sesuatu produk. Anda juga dapat melihat ranking mengikut prestasi produk.

Dengan ini, anda tahu produk mana yang sedang hot di pasaran. Bagi anda yang masih baru, eloklah anda memilih produk yang mempunyai graviti sederhana iaitu 50 hingga 120 sahaja. Jika lebih, persaingan adalah sangat tinggi dan peluang untuk anda mendapatkan jualan adalah sangat rendah.

Di Cbtrends, maklumat yang anda akan peroleh sama sahaja seperti clickbank marketplace. Namun, maklumat yang anda perlu di susun dengan lebih teratur di sini.

Di CB engine, anda boleh melihat produk dan mengetahui maklumat produk – produk yang bakal di lancarkan nanti. Selain, terdapat banyak lagi maklumat yang anda boleh dapat di sini.

Walaupun produk tersebut terbukti panas di pasaran, anda jangan abaikan satu lagi faktor pemilihan produk iaitu kualiti. Cara terpantas untuk memperoleh komisyen yang banyak di internet adalah mempromosi produk yang berualiti dan mempunyai permintaan yang banyak.

Untuk melihat sama ada sesuatu produk itu berkualiti atau tidak. Anda boleh cuba teknik berikut:

- Membaca review dari pengguna – pengguna produk tersebut di internet.
- Membeli produk tersebut dan mencuba sendiri produk tersebut.
- Buka website produk dan lihat sama ada kandungan website seperti surat jualan mampu memikat anda untuk membeli produk tersebut.
- Hantar emel pada pemilik website untuk melihat prestasi perkhidmatan untuk produk tersebut. Jika perkhidmatan berkualiti, produk yang mereka jual juga berkualiti.
- Fikir sama ada penyelesaian yang di beri oleh produk terseut adalah logik kepada masalah orang ramai. Jika penyelesaiannya logik, lebih ramai orang akan membeli.

Teknik menarik traffik ke website anda.

Pemasaran video.

Sekarang, pemasaran video semakin mendapat tempat di internet. Ini kerana video boleh berada dalam keadaan viral lebih cepat dari teknik pemasaran yang lain. 

Berikut adalah beberapa tools yang anda perlu bagi pemasaran video:

·        Mikrofon
·        Camtasia studio.
·        Jing
·        Web Cam
·        Sony Movie Studio
·        Movie Studio

Apa yang patut anda videokan bagi teknik pemasaran melalui video.

·        Testimoni produk
·        Review produk
·        Tutorial berkaitan dengan produk.
·        Slideshow powerpoint berkaitan dengan produk.

Jangan lupa untuk masukkan nama domain website anda di dalam setiap video. Pastikan nama video anda berkaitan dengan keyword produk anda dan pastikan juga anda letakkan link url bagi website anda di bahagian maklumat video.

Pemasaran pay per click.

Pay per click bermaksud anda perlu bayar setiap kali ada prospek pelanggan click pada iklan anda. Perkhidmatan pay per click yang paling besar adalah google adwords.

Laman web adwords terletak di http://adwords.google.com

Anda boleh daftar akaun adword dengan click pada start now button dan isi semua maklumat di dalamnya. Adwords sangat mudah untuk di gunakan. Jika anda tidak tahu bagaimana hendak melakukan kajian keyword, anda boleh mengikut cadangan keyword yang di lakukan oleh adwords sendiri.

Selain keyword suggestion tool, software yang boleh membantu anda untuk kajian keyword adalah microNiche finder, Niche bot dan keyword elite serta market samurai.
Keyword yang bagus bagi beginner seperti anda adalah keyword yang kurang persaingan tetapi memiliki trafik yang tinggi.

Anda boleh guna Adwords keyword suggestion tool  untuk mencari keyword yang sesuai

https://adwords.google.com/select/keywordtoolexternal

cari keyword yang ada kaitan dengan produk anda. Kemudian cuba cari keyword yang kurang persaingan tetapi ada trafik. Walaupun trafik bagi keyword tersebut hanya 100 sehari atau 100 sebulan, anda boleh harapkan keyword tersebut. Ini kerana, kita tidak tahu dari mana jualan akan datang. Jadi, lebih elok kita memperbagaikan keyword.

Lagi perkhidmatan pay per click adalah MSN Adcenter dan Facebook

Laman web MSN Adcenter : https://adcenter.microsoft.com

Squidoo dan Hubpages.

Jika anda tidak ada  modal untuk membina website anda sendiri, anda boleh menggunakan laman web squidoo dan hubpages sebagai tapak pra jualan anda. Pra jualan adalah antara faktor yang penting dalam pemasaran. Kadangkala pelanggan tidak suka jika anda menjual secara terus dan keberangkalian mereka untuk tidak membeli jika terus di bawa ke laman web jualan adalah tinggi.

Laman web squidoo dan hubpages juga mesra pada search engine dan sangat mudah untuk kedua – dua page untuk berada dalam ranking yang baik di search engine.

Apa lagi yang anda perlu ada sebagai affiliate.

Salah satu komponen penting yang anda perlu ada sebagai affiliate adalah website. 

Website mempunyai beberapa kelebihan iaitu:

·        Anda boleh gunakan ia sebagai platform untuk mengumpul list.
·        Website memberi kredibiliti terhadap anda.
·        Memudahkan anda untuk merangka aktiviti promosi seperti menggunakan adwords di mana adwords sekarang ini sangat tegas dengan peraturan landing page mereka.
·        Menjana income tambahan seperti iklan banner.
·        Mempermudahkan anda untuk mencari trafik dari search engine.

Untuk membina website, anda perlukan dua perkara iaitu nama domain dan hosting. Nama domain adalah nama bagi website anda manakala hosting adalah tempat website anda di hostkan.

Kompone seterusnya yang anda perlu ada sebagai seorang affiliate adalah link cloaking. Link cloaking adalah cara untuk memperkemaskan link affiliate anda. Kebiasanyaan, link affiliate yang anda akan terima adalah sangat panjang dan tdak ada kredibiliti. Anda boleh pendekkan dan kemaskan ia dengan menggunakan link cloaking.

Antara laman web yang menyediakan perkhidmatan link cloaking secara percuma adalah

·        Tinyurl.com
·        Snipurl.com

Anda juga boleh gunakan redirect link di cpanel website anda.

Step by step checklist untuk jadi hero affiliate.

Dengan semua perkara yang anda belajar dalam bab – bab sebelum ini, maklumat tersebut akan saya gunakan untuk membentuk step by step hero affiliate.

1.    Pilih program affiliate yang anda ingin promosikan. Kemudian pilih 10 produk untuk anda promosikan.

2.    Lakukan keyword research dengan menggunakan google external tool. Cari sekurang – kurangnya 10 keyword bagi setiap produk. Keyword tersebut perlulah kurang persaingan tetapi mempunya trafik yang boleh tahan.

3.    Kemudian setiap link affiliate produk yang anda ingin promosikan, anda kemaskan menggunakan link cloaking.

4.    Susun setiap maklumat dalam folder yang kemas. Satu folder bagi setiap produk.

5.    Fikir strategi bagaimana hendak promosikan produk anda. 

Ada beberapa cara untuk promosikan produk affiliate anda antaranya:

·        Trafik, website, produk affiliate.
·        Pay per click, produk affiliate.
·        Pemasaran video, produk affiliate
·        Pemasaran artikel, produk affiliate.
·        Bina blog bagi setiap produk dan promosikan blog
·        Dan lain – lain.

6.    Melaksanakan strategi menarik trafik.

7.    Sign up akaun pay per click seperti google adword, yahoo publiher, facebook dan MSN adcenter. Promosikan website anda dengan menggunakan keyword yang anda telah kaji sebelum ini.

8.    Menggunakan strategi video marketing bagi promosi produk affiliate atau blog anda sendiri. Video anda tidak perlu panjang, cukup sahaja 1 minit. Jika anda tidak tahu bagaimana hendak menggunakan camtasia, anda boleh rujuk di youtube cara penggunaannya.

9.    Upload video dengan menggunakan tubemogul.com . Di sana anda boleh upload ke banyak website video sharing secara percuma. Satu lagi website yang sama seperti tubemogul adalah trafficgeyser.

10. Menggunakan strategi pemasaran artikel. Gunakan keyword yang anca cari pada awal langkah untuk menulis artikel berkenaannya. Melalui pemasaran artikel anda boleh tarik trafik ke website anda.

11. Bagi setiap keyword, anda tulis 10 artikel dan upload kan ia ke artikel direktori. Bagi ezinearticles.com, artikel anda perlu unik dan nasihat saya anda tulis tambahan 10 lagi artikel untuk di upload ke direktori tersebut. Ini kerana, trafik dari ezine adalah sangat berkualiti dan banyak. Untuk lebih banyak pendedahan, anda perlu juga upload artikel ke direktori yang lain.

Berikut adalah antara artikel direktori yang ada

·        Ezinearticles.com
·        Articlesbase.com
·        Buzzle.com
·        Searchwarp.com
·        Goarticles.com
·        Articlealley.com
·        Articledasboard.com
·        Articlesnatch.com
·        Ideamarketers.com
·        Webpronews.com
·        Amzines.com
·        Articlegarden.com
·        Isnare.com
·        Articlemaniac.com
·        365articles.com
·        Articlebuzz.com
·        Articlepool.com

12. Bina squidoo lenses dan hubpages bagi setiap keyword bagi produk anda. kedua – dua website ini mempunyai peminat yang ramai dan trafik adalah tinggi. Selain itu, engin carian menyukai maklumat yang datang dari kedua – dua website ini.

13. Sign up autoresponder untuk pemasaran melalui senarai emel. Di blog anda, sediakan satu ruang menawarkan produk percuma sebagai memikat bakal pelanggan untuk subscribe senarai emel anda. Senarai emel penting kerana tidak semua trafik yang datang ke website anda akan terus membeli produk yang anda promosikan.

Ada juga yang ingin melihat – lihat dahulu. Selalunya mereka akan subscribe mailing list untuk melihat sama ada produk yang anda promosikan itu sesuai dengan kehendak mereka atau tidak.
Ada dua syarikat autoresponder yang berkualiti iaitu aweber.com dan getresponse.com

14. Cari trafik di web 2.0 social network. Cara terbaik untuk promosi produk affiliate adalah memperbagaikan teknik promosi. Jadi, anda boleh cuba promosikan produk anda di sosial bookmarking. Sosial bookmarking membolehkan anda untuk bookmark website yang menarik perhatian anda secara online. Anda boleh berkongsi website dan maklumat kesukaan anda dengan pengguna website yang lain.

Antara sosial bookmarking yang popular adalah digg.com propeller.com, stumbleupon.com, linkedin.com, del.iciou.us dan orkut.com.

15. Cari trafik dengan bersosial di internet. Antara lama sosial yang terkenal adalah newsvine.com, facebook.com, twitter.com, myspace.com, plenty of fish, xanga.com dan Ryze.com

No comments:

@templatesyard