Panduan 101 Produk Informasi - Bisnes Online Sebenar

Tuesday 7 February 2017

Panduan 101 Produk Informasi


Produk informasi adalah salah satu cara yang paling menarik untuk memperoleh keuntungan, trafik dan kredibiliti. 


Berikut adalah jenis produk informasi yang boleh anda dapat di pasaran:

·        Ebook
·        Ezine
·        Newsletters
·        Laporan
·        Kajian survey
·        Tutorial
·        Kursus video
·        Temubual
·        Dan bermacam-macam lagi

Di dalam laporan ini anda akan memperoleh:

·        Keuntungan menggunakan produk informasi
·        Kelebihan membina informasi produk
·        Bagaimana hendak mencipta produk yang berkualit tinggi.
·        Kriteria yang menjadikan produk informasi itu berjaya
·        Bagaimana hendak mewujudkan topik dalam produk informasi.
·        Bagaimana hendak meletakkan harga pada produk informasi anda.

Bagaimana hendak menggunakan produk informasi bagi melancarkan perniagaan anda?

Terdapat dua kegunaan bagi produk informasi iaitu sama ada jual atau beri percuma. Jika anda jual, anda akan memperoleh wang. 

Produk informasi di beri percuma untuk:

·        Memperoleh nama dan alamat emel seseorang.
·        Sebagai insentif kepada seseorang untuk membeli produk dari anda.
·    Sebagai salah satu pemasaran viral di mana dalam ebook tersebut terdapat link ke website anda sebagai rujukan.
·        Meningkatkan kredibiliti anda dalam niche anda.
·        Membina hubungan dengan pelanggan anda.

Produk informasi di beri percuma supaya senang untuk anda menjual. Itu adalah konsep yang anda perlu faham.

Kelebihan produk informasi online.

Berikut adalah kelebihan bagi produk informasi:

1. Modal rendah
Anda tidak perlu ada beribu –ribu ringgit untuk memulakan perniagaan informasi. Anda hanya perlu ada domain dan host sebagai tapak kedai anda. Modal pula adalah pada mulanya sahaja kerana kos produktiviti adalah tersangat kurang.
        
2. Servis yang senang
Anda hanya perlu menghubungi emel pembeli untuk memberi informasi tambahan atau menjawab permasalahan mereka.
        
3. Kos kerja yang kurang
Anda tidak perlu ada pekerja yang ramai untuk memastikan perjalanan perniagaan anda selamat dan lancar.

Dua halangan yang menghalang anda dari menulis dan bagaimana hendak mengatasinya.

Berikut adalah dua halangan yang sentiasa menghantui anda dari terus menulis

Tidak tahu hendak tulis apa?

1. Kebanyakan mereka yang mengetahui potensi perniagaan informasi menolak untuk menulis  kerana alasan mereka tidak tahu hendak menulis mengenai apa. Kadang – kadang mereka memiliki idea yang hebat tetapi mereka tidak tahu bagaimana hendak mempertejemahkan idea mereka itu.

2. Cara untuk mengatasi masalah ini adalah mula menulis matlamat kenapa anda hendak menulis ebook itu. Apa yang anda hendak ajar pada pembaca atau pembeli ebook anda? Apakah maklumat yang anda ingin jual pada umum?

3. Konsep produk informasi senang sahaja iaitu anda ingin menjual maklumat. Jadi anda tulis apa yang anda hendak jual. Jika anda hendak jual maklumat mengenai cara membeli tanah, anda tulis segala maklumat yang anda tahu.
        
4. Selepas menulis maklumat yang anda tahu, anda berikan review kepada beberapa orang dan minta pendapat dari mereka. Tanya mereka apa kekurangan di dalam maklumat tersebut dan perbaikinya kemudian.

Tidak cukup masa untuk menulis.
    
1. Kadang – kadang mereka memberi alasan mereka tidak ada masa untuk menulis. Informasi bukanlah perlu di tulis panjang lebar. Cukup sahaja di tulis sehingga maklumat sampai pada si pembaca.
        
2. Sebelum anda menulis, anda agih – agihkan bab dan kandungan di dalam produk anda. Setiap hari anda luangkan masa sejam untuk menulis atau menulis satu bab sehari.
        
3. Anda bukan tidak ada masa tetapi anda hanya perlu pandai menguruskan masa.

Checklist kualiti produk.

Sebelum anda mula menulis sesuatu produk, idea anda perlulah memenuhi kriteria di bawah:

1. Adakah informasi anda berkualiti?
Jika maklumat yang anda tulis boleh di dapati secara percuma, ia hanya akan menrendahkan nilai kualiti anda sahaja.

2. Adakah orang memerlukan produk anda?
Jika maklumat yang anda ada adalah eksklusif, baguslah. Namun, ia tidak bermakna jika maklumat yang anda ada itu tidak ada permintaan. Siasat dahulu sama ada informasi yang anda ada itu mempunyai permintaan atau tidak apabila anda mula menjual.

3. Adakah produk anda mempunyai persamaan dengan produk yang ada di pasaran?
Syarat yang paling utama untuk anda ikut adalah keaslian produk anda. Jika idea anda sama dengan penulis lain, ia akan merencatkan jualan produk anda nanti. Pastikan keaslian produk anda sebelum anda mula menulis. Jikalau topik yang sama di bincang berulang – ulang kali, ia akan membosankan pengguna. Anda perlu masukkan idea yang lebih bernas dalam produk anda berbanding produk sedia ada. Jadikan produk anda unik.

4. Corak produk anda.
Adakah produk anda sudah lengkap dan tidak perlukan update? Adakah produk anda memerlukan update pada masa tertentu? Anda perlu pastikan corak produk anda. Apa bentuk jaminan dan customer service yang boleh anda beri pada pelanggan anda ?

Pendek kata, anda perlu fikirkan bagaimana hendak memastikan pengguna anda faham sebaik – baiknya apa yang anda tulis nanti,

Apa yang anda perlu tulis dalam ebook anda?

Untuk memudahkan anda mencari idea untuk menulis ebook anda, anda kutip sejumlah soalan yang anda rasa mempunyai banyak permintaan. Contohnya anda mahu menulis ebook berkenaan affiliate, berikut adalah soalan yang selalu di tanya oleh newbie:

-Apa itu affiliate?
-Bagaimana hendak menyertai affiliate?
-Risiko sebagai affiliate?
-Potensi bekerja sebagai affiliate?
-Bagaimana hendak jana pendapatan melalui affiliate?
-Teknik promosi yang mudah sebagai affiliate?

Berikut pula soalan yang bagi mereka yang berada dalam peringkat intermediate.

-Bagaimana hendak mempromosi produk affiliate dengan mudah?
-Teknik promosi terkini sebagai affiliate?
-Teknik mengumpul jutaan senarai emel ?
-Bagaimana hendak menjana ribuan ringgit melalui affilaite?
-Bagaimana hendak autopilotkan perniagaan affiliate?

Apa yang anda perlu lakukan adalah menjawab setiap soalan di atas. Ia semudah itu. Anda fikir satu soalan dan jawab soalan berdasarkan target pasaran anda. Katakan anda hendak menulis ebook berkenaan dengan ebay. Anda pun berfikir target pasaran anda sama ada hendak tumpukan pada newbie atau advance atau newbie dan advance serentak.

Mula – mula anda senaraikan apa yang hendak tulis. Apa kepakaran anda dalam berebay ? kemudian anda lakukan kajian pasaran iaitu cari apa yang newbie ingin tahu mengenai ebay. Cari juga mereka yang berada di peringkat intermediate ingin tahu. Jawab soalan berdasarkan kepakaran anda dan produk anda sudah lengkap.

1.     Tulis tajuk informasi anda
2.     Tulis kepakaran anda mengenai tajuk anda.
3.     Lakukan kajian pasaran
4.     Jawab setiap soalan yang berjaya anda cari.
5.     Produk anda sudah lengkap.
6.     Beri review pada mereka yang pakar.
7.     Perbaiki apa yang di tegur.

Jika anda tidak tahu bagaimana hendak menjawab soalan berdasarkan kajian pasaran, anda boleh cari maklumat tersebut melalui produk PLR, rujuk buku penulis terkenal dalam bidang tersebut, lakukan rujukan di internet, temubual pakar dan bermacam – macam lagi cara.

Kajian pasaran senang sahaja, anda masuk ke mana – mana forum yang berkaitan dengan niche anda dan anda tanya soalan pada mereka. Anda juga boleh lawat laman web di bawah:

https://adwords.google.com/select/KeywordToolExternal

Taip niche informasi anda contohnya cinta dan lihat keyword dan bilangan carian yang ada. Dari situ anda dapat tahu persoalan apa yang mendapat permintaan yang banyak di internet.

Bagaimana hendak letakkan harga pada produk informasi anda?

1.     Kualiti maklumat anda.

Tentukan tahap harga produk anda berdasarkan keunikan yang ada pada produk anda. Banding juga masa dan tenaga yang anda curahkan pada produk tersebut. Letakkan harga berdasarkan apa yang maklumat anda jual itu mampu menolong si pembaca. Langkah pertama, letakkan harga mengikut penilaian diri anda sendiri.

2.     Periksa pesaing – pesaing anda.

Periksa harga produk pesaing – pesaing anda. Jika harga pada langkah pertama adalah kurang, anda boleh tambah sedikit nilai produk anda. Jika harga pada langkah pertama adalah tinggi, anda perlu pertimbangkan untuk memurahkan sedikit harga produk anda.

3.     Jadikan diri anda pelanggan.

Bayangkan diri anda sebagai seorang pelanggan. Berdasarkan target pasaran anda, berapa wang yang anda boleh keluarkan untuk membeli produk anda sendiri.

Contoh proses meletakkan harga.

1. Berdasarkan pengorbanan diri anda dan nilai keaslian yang ada dalam produk anda, anda meletakkan harga RM 40 bagi produk anda.

2. Apabila anda memeriksa pesaing – pesaing anda, mereka menjual pada harga yang lebih murah iaitu RM 30.

3. Katakan target buku anda adalah pekerja kerajaan, anda bayangkan duit yang mereka anda berapa ringgit yang mereka sanggup keluarkan untuk membeli produk anda. Dari sini, anda tetapkan harga anda. Anda teka mereka sanggup membeli jika anda jual produk anda pada harga RM 20. Anda boleh jual produk anda pada harga RM 20 tetapi dalam bilangan yang terhad seperti 20 copy dan naikkan pada harga standard anda iaitu RM 40 selepas habis pra jualan.


Di atas hanya contoh dan semuanya bergantung pada kebijaksanaan anda menggunakan ketiga- tiga faktor yang saya senaraikan di atas untuk meletakkan harga pada bagi produk anda.

No comments:

@templatesyard