Teknik Mencari Mood Dalam Penulisan Ebook - Bisnes Online Sebenar

Wednesday 8 February 2017

Teknik Mencari Mood Dalam Penulisan Ebook


Produk digital yang berkualiti terletak pada maklumat yang di jual. Berbaloi atau tidak membeli produk digital bergantung kepada kekemasan dan ketepatan maklumat yang ada di dalam produk tersebut. Kadangkala, kita terlalu memberi fokus pada surat jualan, minisite, ecover, emel follow up sehinggakan kita terlupa kepada produk itu sendiri.


Sedangkan, apa yang kita akan jual adalah produk digital itu sendiri. Jadi, fokus anda perlulah pada kandungan di dalam ebook itu sendiri. Teknik penulisan perlulah sentiasa kemas dan tepat dengan tujuan anda menulis ebook. Namun, untuk menghasilkan penulisan yang baik, bukanlah mudah.

Fokus adalah perlu ketika menulis. Fokus datang dari mood yang baik. Mood yang baik mampu menenangkan minda dan ia membolehkan minda itu sendiri menjadi kreatif untuk menulis. Menulis adalah kemahiran teknikal. Ini bermakna ia perlu di asah untuk di tajamkan kemahirannya.

Untuk memudahkan anda menulis ebook yang baik kualitinya, saya senaraikan tiga cara untuk menenangkan fikiran dan mencari mood ketika menulis.


Rehat dan cari ketenangan.


Ketika kita sedang rancak menulis, tiba-tiba kita mempunyai satu perasaan yang menghalang kita dari terus menulis. Perasaan tersebut adalah kita rasa seperti, kita tidak membuat kajian yang sepenuhnya mengenai topik yang ingin di tulis. Anda rasakan anda perlu membaca lebih 100 buah buku untuk membantu anda menulis dengan lebih baik.

Namun, sebenarnya apa yang berlaku bukanlah di sebabkan anda tidak membuat kajian yang mencukupi tetapi minda anda seperti sangkut untuk meneruskan penulisan. Jika anda berada dalam keadaan begini, saya cadangkan anda untuk berehat sementara.

Selepas merehatkan diri, anda perlu tenangkan diri. Ingat kembali, apa tujuan anda menulis ebook. Adakah untuk membantu orang menyelesaikan masalah? Jadi, fokus pada keinginan untuk membantu orang lain dan teruskan penulisan. Jika anda seperti kekeringan idea, anda boleh berehat dan rujuk kembali pada bahan kajian anda.

Menulis bukanlah seperti mengambil peperiksaan, anda boleh rujuk kembali bahan kajian anda tanpa melakukan kesalahan apa-apa. Jika anda rujuk dan masih tidak dapat cari jalan penyelesaian. Anda tenangkan diri dan berehat sebentar. Selepas segala diri anda tenang, sambung kembali aktiviti menulis anda.

Elakkan dari memaksa diri anda untuk menulis dengan terlalu cepat sehingga memberi tekanan kepada diri anda sendiri. Menulis adalah satu seni, ambil masa untuk memberi yang terbaik kepada pembaca ebook anda. Tulis dalam keadaan mood terbaik anda.


Fikir berlawanan.


Fikir berlawanan dari sepatutnya. Jika anda kematian idea, cuba jadi seorang manusia yang sekreatif mungkin. Contohnya, cawan di gunakan untuk meminum, kreatifkan minda anda dengan memikirkan kegunaan cawan untuk tujuan selain minum.

Ketika anda menulis, pastikan minda anda selalu berputar. Jangan menulis dengan ayat yang terlalu straight. Cuba spin ayat tulisan anda di samping menyampaikan maksud yang tepat. Cari jalan yang terbaik untuk menyampaikan sesuatu.


Terapkan personaliti.


Jika anda tiada mood untuk memulakan penulisan, cuba terapkan sedikit personaliti untuk mencari mood. Katakan anda ingin jadi kaya dan anda mahu menjana pendapatan melalui jualan ebook, anda terapkan keinginan dan angan-angan anda itu di dalam minda.

Berkata dalam hati, anda menulis untuk jadi kaya berkali. Ambil mood dari khayalan anda itu dan mulakan penulisan dengan segera. Di samping angan-angan, anda juga boleh mengambil mood dengan mendengar lagu kegemaran anda. Muzik sentiasa boleh memberi rangsangan kepada minda kita.

No comments:

@templatesyard