Rahsia Bonus Produk Affiliate - Bisnes Online Sebenar

Wednesday 8 February 2017

Rahsia Bonus Produk Affiliate


Adakah anda seorang affiliater ? Jika ya, bagaimana dengan jumlah jualan anda ? Bagaimana pula dengan prestasi anda ketika menyertai cabaran affiliate ? Sampai bila anda perlu memberi peluang kepada otai-otai untuk memenangi setiap cabaran? Sampai bila?

Untuk memperoleh jualan melalui affiliate memang kadangkala sukar Kadang-kadang boleh dapat 10 jualan dalam sehari, kadangkala tiada satu jualan pun yang terhasil. Ketika ada cabaran pula, anda sudah kehabisan idea untuk melawan bonus dari otai-otai affiliate.

Adakah cukup dengan hanya satu jualan atau beberapa jualan sahaja setiap hari sedangkan otai-otai affiliate menjana puluhan jualan pada setiap hari. Anda juga boleh menjana ribuan ringgit melalui affiliate jika anda ada idea. Untuk menjadi seorang super affiliate, anda perlu menjadi seorang SUPER IDEA iaitu memiliki idea-idea ganas.

Untuk melawan otai-otai affiliate, saya senaraikan 30 idea luar biasa untuk anda tawan pembeli untuk membeli produk dari anda. Anda boleh satu-satu idea atau gabungkan beberapa idea untuk menangkap jualan menerusi link affiliate anda. Goodluck dan selamat maju jaya!!!

Teknik pertama: Komisyen rebat.

Teknik pertama untuk menangkap jualan melalui affiliate adalah melalui pemberian rebat kepada pembeli melalui link affiliate anda. Ada dua cara untuk memberi rebat iaitu wang tunai dan pembelian produk.

Rebat wang tunai.

Beri sahaja rebat tunai kepada pembeli jika mereka membeli dari anda. Ini adalah teknik paling senang untuk anda praktikkan. Beri rebat kadangkala boleh memikat mereka yang kurang berkemampuan untuk membeli dari anda.

Rebat produk

Jika komisyen yang anda terima adalah mahal dan banyak, selain rebat wang tunai, anda boleh beri rebat dalam bentuk produk. Anda beli beberapa produk yang ada kaitan dengan produk yang anda jual kemudia berikan ia pada pembeli dari link affiliate anda.

Teknik Kedua : Pemberian produk.

Beri tawaran produk percuma jika ada yang membeli dari link affliate anda. Produk percuma itu boleh jadi produk anda sendiri, produk yang bakal anda terbitkan, produk PLR, produk yang ada RR atau MRR atau apa sahaja produk yang anda dapat fikirkan.

Anda juga boleh berjv dengan beberapa orang dan gabungkan produk untuk di jadikan sebagai bonus.

Teknik Ketiga : Produk lalu.

Di sini, anda perlu pujuk pemilik produk yang anda ingin promosikan itu untuk membenarkan anda memberi produk mereka yang lama sebagai bonus jika pembeli membeli dari link affliate anda. Jika pujuk tidak berkesan, anda tawarkan beliau sejumlah wang untuk hak pengedaran.

Katakan pada beliau, tiada apa yang hendak di rugikan kerana anda gunakan produk beliau untuk promosi produk terbaru beliau.

Teknik Keempat : Soal Jawab Pakar.

Buat satu set soalan dan beri pada pakar-pakar dalam bidang yang sama dengan produk yang anda promosikan. Katakan pada pakar-pakar tersebut, mereka berpeluang untuk menjual diri di dalam temubual itu. Sebagai balasannya, anda dapat jawapan dari mereka berkenaan dengan soalan yang di hantar.

Gunakan maklumat di dalam temubual mereka untuk di jadikan bonus bagi pembeli dari link affliate anda.

Teknik Kelima : Diskaun untuk produk yang anda promosikan.

Minta pemilik untuk menyediakan diskaun khas bagi pembeli dari link anda. Diskaun tersebut di tolak dari komisyen anda.

Teknik Keenam: Komisyen yang tinggi.

Pujuk si pemilik produk untuk beri peluang pada pelanggan anda memperoleh komisyen affiliate yang lebih tinggi dari biasa jika mereka membeli dari link affliate anda. Tawaran ini akan menjadikan anda lain dari yang lain dan mungkin otai affliate juga akan membeli dari link anda.

Teknik Ketujuh : Pengiklanan percuma.

Tawarkan pada pembeli iklan percuma di blog anda atau ebook anda atau di page download ebook anda atau di mana sahaja yang anda rasa menarik untuk di tawarkan. Jika anda ada list, tawarkan pada mereka untuk blast pengiklanan mereka pada mailing list anda.

Teknik Kelapan: Workshop untuk produk.

Tawarkan coaching percuma sampai pandai mengenai produk yang anda jual pada pembeli dari link affiliate anda. Anda boleh lakukan ia melalui telefon, YM, face to face atau apa sahaja yang anda mampu.

Teknik Kesembilan: Resell Right

Berikan pada pelanggan anda produk resell right yang di buat khusus untuk produk yang anda ingin jual. Anda juga boleh bekerjasama dengan pemilik produk untuk beri peluang pada pembeli dari link anda untuk beli resell right produk yang anda promosikan itu.

Untuk pengetahuan anda. produk berbentuk digital sangat mudah di telan zaman dan pemberian lesen resell right adalah peluang si pemilik produk untuk  menjana pendapatan maksimum. Pujuk pemilik produk dengan menggunakan point di atas.

Teknik Kesepuluh: Tiket percuma.

Anjurkan satu seminar untuk pembeli dari link affiliate anda mengenai kepakaran anda atau apa sahaja yang anda boleh sampaikan. Anda juga boleh anjurkan pertemuan antara anda dan pembeli dari link affiliate untuk membentuk satu kumpulan atau apa sahaja aktiviti yang anda dapat fikirkan.

Teknik Kesebelas: Coaching.

Apa yang anda pakar? Berikan tawaran pada pembeli dari link affliate coaching atau khidmat nasihat percuma mengenai kepakaran anda. Anda tidak perlu beritahu mereka anda adalah newbie, tetapi yakin dengan kepakaran anda kerana kemahiran boleh di belajar.

Jika anda seorang pelajar cemerlang, mungkin anda boleh beri nasihat mengenai teknik belajar untuk pembeli dari link affliate.

Teknik Kedua Belas: Beri Kupon

Beri kupon untuk pembeli dari link affliate anda. Kupon tersebut boleh jadi produk yang bakal anda lancarkan. Berikan kupon sebanyak RM 100 dan katakan pada mereka, mereka boleh gunakan ia untuk apa sahaja produk yang anda ada termasuklah pengiklanan di blog anda.

Teknik Ketiga Belas: Produk akan datang.

Tawarkan pada pembeli untuk menerima produk yang bakal anda siapkan. Katakan anda sedang menyiapkan satu produk yang hebat dan anda tidak dapat hebahkan pada orang ramai lagi. Yakinkan pembeli bahawa produk yang bakal anda keluarkan ini adalah sangat bagus. Beri maklumat penuh pada mereka yang berminat sahaja.

Teknik Keempat Belas: produk percuma

Buat perjanjian dengan pembeli untuk mereka menerima semua produk anda secara percuma untuk setahun. Dalam tempoh setahun, anda pasti akan mengeluarkan beberapa produk. Jadi, gunakan ia sebagai senjata untuk memikat pelanggan. Janjikan pada mereka untuk menerima produk yang bakal anda siapkan secara percuma untuk setahun.

Teknik Kelima Belas: Jv dalam menjual produk

Beri tawaran pada pembeli untuk anda berjv dengan mereka dalam proses membentuk produk. Katakan anda akan menerima idea mereka dan akan menerbitkan produk mereka bersama-sama dengan anda. Jika anda mahir menulis, anda mungkin akan tolong mereka untuk menulis. Jika tidak, anda boleh berkongsi proses pembentukan dengan mencipta minisite atau bahagian teknikal yang lain.

Teknik Keenam Belas: Bonus anda.

Beri tawaran untuk si pembeli untuk menggunakan bonus anda untuk mereka promosi produk yang sedang anda promosikan itu. Katakan bonus anda bernama A, anda benarkan pembeli dari link affliate anda untuk menggunakan A ketika mereka melakukan promosi produk yang sama dengan anda.

Teknik Ketujuh Belas: Domain percuma

Anda daftar link affliate untuk mana-mana syarikat domain dan tawarkan pembeli dari link affiliate anda satu domain percuma untuk tahun pertama. Suruh mereka beli dari link affiliate anda dan anda akan beri mereka rebat penuh selepas itu. Di samping anda dapat jualan untuk produk itu, anda juga akan dapat komisyen untuk domain tersebut di masa akan datang.

Teknik Kelapan Belas: Membership percuma.

Bentuk satu kumpulan atau group mastermind yang istimewa. Katakan anda sedang promosi produk berkenaan dengan cinta. Tawarkan pada pembeli dari link affiliate anda untuk menerima ayat-ayat cinta masuk kedalam emel mereka setiap hari selama 3 bulan. Selepas itu terpulang pada anda untuk kenakan bayaran atau tidak.

Teknik Kesembilan belas: Format Istimewa.

Bincang dengan pemilik produk untuk berikan kebenaran kepada anda untuk mewujudkan produk yang bakal anda promosikan itu dalam bentuk format lain seperti audio atau video. Dalam sehari dengan fokus penuh, anda sudah boleh terbitkan format istimewa ini. Anda mungkin boleh sertakan bonus dalam bentuk take action guide.

Teknik Kedua puluh: Derma

Beritahu pada pembeli bahawa anda akan dermakan sebilangan besar wang komisyen anda kepada badan kebajikan. Tunjukkan anda benar-benar ikhlas dan sertakan prosuder yang bakal anda gunakan.

Teknik Ke- Dua puluh satu: Produk fizikal.

Tukarkan bentuk pdf pada versi print dan bagi produk video, sumbatkan dalam bentuk DVD dan hantar ia pada pelanggan anda. Ada di antara pembeli lebih suka jika produk berada dalam bentuk fizikal kerana mereka dapat rasa produk tersebut. Selain itu, ada juga di antara mereka malas untuk download fail yang besar-besar.

Teknik Ke- Dua puluh dua: Produk yang tidak ada di pasaran.

Katakan anda adalah seorang penulis ebook tegar dan anda tidak pernah langsung menjual ebook berkenaan teknik menulis ebook. Jadikan kemahiran tersembunyi anda sebagai senjata untuk memikat si pembeli. Katakan anda seorang pakar cinta, anda boleh gunakan kemahiran anda itu untuk membentuk produk dan jadikan ia sebagai senjata dalam peperangan affiliate.

Teknik Ke- Dua puluh tiga: Bonus misteri.

Goda si pembeli untuk menerima bonus misteri jika mereka membeli dari link affiliate. Gunakan kata-kata manis untuk memikat pembeli. Katakan bonus misteri itu sangat hebat dan mantap. Untuk lebih menggoda, sertakan testimoni dari pemilik produk mengenai bonus misteri anda itu.

Teknik Ke- Dua puluh empat: Face to face

Teknik ini lebih kurang dengan teknik sebelum-sebelum ini tetapi teknik ini lebih memberi layanan istimewa pada si pembeli. Katakan pada si pembeli anda mempunyai satu projek yang sangat hebat dan anda mahu berkongsi dengan pembeli dari link anda sahaja. Buat satu perjumpaan face to face dan anda bentangkan mengenai projek anda.

Teknik Ke- Dua puluh Lima: Percuma OTO

Tawarkan pada pembeli untuk memiliki produk one time offer secara percuma. Sudah tentu anda perlu bincangkan dengan pemilik produk dan pada masa yang sama tolak kos one time offer itu dari komisyen anda.

Teknik Ke- Dua puluh enam: Kumpulan Bonus.

Kumpulkan sebanyak mungkin rakan-rakan dan bentuk satu kerjasama untuk pemberian bonus. Selain itu, anda juga boleh hubungan seramai mungkin otai untuk bekerjasama dengan anda. Minta mereka untuk beri produk percuma pada anda dan sebagai balasan, mereka boleh kumpul list pembeli dari link affiliate anda.

Teknik Ke- Dua puluh tujuh: Free trial.

Minta pemilik produk untuk beri versi percuma produk mereka kepada anda. Anda boleh set-up satu website untuk promosikan perkara ini. Di sini, pembeli akan subscribe dan melihat versi percuma itu. Pada masa yang sama, anda paksa mereka untuk membeli dari anda dengan menggunakan teknik-teknik yang lain.

Teknik Ke – Dua puluh lapan : Kumpulan diskaun.

Cara sebanyak mungkin produk yang ada kaitan dengan produk yang anda promosikan itu. Kemudia, hubungi pemilik produk itu dan minta mereka untuk set up diskaun buat anda. Katakan pada mereka, anda ingin promosikan satu produk dan anda mahu beri diskaun kepada produk mereka sebagai bonus.

Teknik Ke – dua puluh sembilan :  Produk yang sudah basi.

Berikan secara percuma produk lama anda atau produk orang lain yang sudah basi. Basi bukan bermakna ia tidak berkesan tetapi ia bermaksud produk yang tidak di buka jualannya lagi.

Teknik ke – tiga puluh : Bonus komuniti.

Beri bonus dalam bentuk komuniti seperti forum rahsia, yahoo group rahsia atau google group rahsia.

Kesimpulan

Terdapat banyak cara untuk anda memberi bonus namun mereka yang unik jua akan memenangi jualan. Anda jangan takut untuk bersaing dengan affliater yang lain kerana mereka juga takut pada anda. Fikir seunik mungkin. Bayangkan anda sedang berperang.

No comments:

@templatesyard