Rahsia Pemasaran Artikel - Bisnes Online Sebenar

Wednesday 8 February 2017

Rahsia Pemasaran Artikel

Pada permulaan saya berkecimpung dalam perniagaan internet, saya berperasaan sedikit keliru berkenaan pemasaran artikel. Saya keliru disebabkan persoalan-persoalan seperti ini:

 Apakah faedahnya jika saya pasarkan artikel yang ditulis? 
Tulis dan pasarkan. Hmm.. Boleh buat duit ke?
 Adakah teknik ini berkesan untuk perniagaan saya?

Tetapi, setelah mencecah hampir lima bulan saya berniaga di internet ini. 
Saya mula memahami dan mendapat jawapan kepada soalan-soalan di atas.


Pada pendapat saya, teknik pemasaran artikel adalah sangat efektif dan terbaik dalam menjana traffik ke laman web atau blog sesiapa pun. Sebab itulah kebanyakan usahawan internet yang baru memulakan perniagaan internet memilih teknik ini dalam mendapatkan traffik.

Saya mengatakan sedemikian kerana apabila anda publish sesebuah artikel berkenaan sesuatu topik, para pembaca yang membaca artikel anda pasti akan berkunjung ke laman web atau blog anda untuk mengetahui topik yang dibincangkan dengan lebih lanjut.

Pada masa yang sama juga, para pembaca akan menilai dan percaya si penulis adalah seorang pakar terhadap topik yang diutarakan. Tidak kiralah penulis tersebut menulis dan publish artikel ke direktori artikel, mahupun di majalah-majalah atau suratkhabar. Pembaca pasti akan berfikiran sedemikian.  

Kesannya, jika anda selitkan link laman jualan dalam artikel yang ditulis itu, dan jika pembaca berkunjung ke sana, saya percaya mereka pasti akan membuat belian di sana. Sudah tentu mereka akan membeli sesebuah produk yang anda promosikan kerana mereka kini sudah mempercayai anda!

Apabila berlakunya kunjungan pembaca-pembaca tersebut ke laman jualan anda, secara langsungnya anda berjaya mendapatkan traffik. Bukankah ini yang anda mahukan? Mendapatkan traffik yang banyak ke laman jualan supaya anda dapat menjana keuntungan.

Jika hal ini tidak berlaku kepada anda lagi, berusahalah untuk menulis artikel yang menyakinkan dan mampu membuatkan pembaca anda terpegun.

Melalui penulisan artikel juga, anda bukan sahaja dapat menarik traffik ke laman web atau blog anda semata-mata. Tetapi, anda juga boleh menulis artikel untuk:

1. Mempromosikan link affiliate bagi sesuatu produk.
2. Memperkayakan isi kandungan laman web atau blog dengan artikel berkualiti untuk menarik pembaca klik pada link adsense anda.
3. Mencipta sebuah e-book dengan meng’e-book’kan artikel-artikel berkualiti yang berkaitan.

Dengan membaca artikel, pembaca bukan sahaja percaya kepada anda, tetapi anda juga telah berjaya menonjolkan diri anda sebagai seorang yang hebat dan berpengetahuan tinggi. Bahkan, anda bakal berjaya menjenamakan diri anda seperti usahawan internet yang lain.

Selain daripada itu, dengan membuat pemasaran artikel, anda juga dapat memperbaiki kedudukan laman web atau blog anda di enjin carian. Kuncinya, anda perlu menulis sebanyak mungkin artikel yang berinformasi dan berkualiti.

Syaratnya pula, anda perlu selitkan link laman web atau blog anda dalam artikel tersebut untuk membina backlink. Apabila terdapat pembaca yang berminat dengan tulisan anda, mereka pasti akan mengambil artikel anda itu dan meletakkanya di laman web atau blog mereka pula.

Kemudian, apabila enjin carian mengemaskini data-data yang bertaburan di internet, dan apabila mereka menjumpai banyak link-link ke laman web atau blog anda. Enjin carian akan menganugerahkan laman web atau blog anda itu di kedudukan teratas bagi sesetengah kata kunci.

Hal ini penting supaya peluang untuk anda mendapat traffik yang tinggi pada setiap hari semakin mudah. Jika anda berbincang dengan mana-mana usahawan internet pun, mereka pasti mengatakan bahawa mendapatkan kedudukan tertinggi di enjin carian adalah penting.

Oleh itu, saya akan bincangkan berkenaan pemasaran artikel yang berkesan dalam mendapatkan traffik ke laman web atau blog anda. Selepas ini, saya akan gantikan istilah laman web atau blog kepada laman jualan. Saya ingin lebih fokus kepada jualan produk dari mempromosikan laman web atau blog anda.

Saya yakin, belum ramai usahawan internet yang tahu keberkesanan teknik ini 
Jadi, sediakan nota kecil anda untuk menyenaraikan beberapa perkara penting tentang pemasaran artikel.


Tujuh Teori Asas Penulisan Artikel

Saya mengajak anda untuk turut menggunakan pemasaran artikel sebagai medium pemasaran perniagaan anda. Tambahan pula, ia adalah percuma. Anda tidak perlu keluarkan satu sen pun dalam meluaskan perniagaan anda. Itupun, jika anda sendiri menulis artikel yang berkaitan.

Oleh itu, saya ingin menambah sedikit tips-tips yang tidak saya bongkarkan dalam ’10 Tips Penulisan Artikel’. Di bawah adalah tips tambahan bagi tujuh asas dalam penulisan artikel:

1. Tujuan

 Anda perlu tetapkan tujuan atau objektif dalam menulis sesebuah artikel. Untuk menjadikan objektif artikel anda tidak tersasar, binalah peta minda supaya penulisan anda lebih berobjektif. Ya.. Peta minda sememangnya membantu dalam menulis dengan berobjektif.

Semasa menulis artikel, pasti anda akan kerap merujuk kepada peta minda yang telah dirangka. Apabila anda banyak merujuk kepada peta minda itu, secara tidak sedar, minda anda akan sentiasa ingin menulis berkenaan hal-hal yang telah dirangka.

Tanpa tujuan yang jelas, anda akan dinilai sebagai tidak pakar, amatur, tidak ikhlas dan hanya pentingkan diri sendiri.

2. Idea

Secara kasar, dalam menulis artikel, idea yang perlu dimasukkan adalah:

• Kehendak pembaca melalui kajian yang dibuat.
• Memberi jalan penyelesaian.
• Beritahu perkara wajib yang perlu mereka ketahui.
• Bongkarkan rahsia yang tidak pernah mereka tahu dan berikan rahsia yang betul-betul membantu mereka untuk berjaya.

Selepas itu, untuk memantapkan lagi idea-idea anda, gunakan kata kunci yang segar, hangat dan dicari-cari oleh para pembaca. Buat sedikit kajian di Google Adwords Keyword Tool atau Free Keywords.

Jika anda ingin menulis artikel berkaitan buat duit di internet, masukkan kata kunci yang difikirkan sesuai seperti ‘perniagaan internet’ atau ‘pendapatan internet’ dalam kotak analisis yang disediakan oleh tool di atas.

Kemudian, lihat hasil analisis sama ada kata kunci tersebut mendapat hit yang tinggi atau tidak. Jika kata kunci yang dipilih mendapat hit yang tinggi, gunakanlah kata kunci tersebut semaksimumnya dalam isi artikel anda kelak. Masukkan kata kunci tersebut dalam:

• Tajuk artikel.
• Ayat pertama artikel anda.
• Setiap 100-150 patah perkataan yang ditulis.
• Ayat terakhir artikel anda.
• Anchor text atau link ke laman jualan anda.

Tetapi, jangan diletakkan terlalu banyak kata kunci ke dalam artikel anda. Ini kerana, enjin carian akan menyampah dengan artikel tersebut dan menendang keluar artikel anda dari senarai mereka.

p/s: Jika anda begitu kering idea dan malas mencarinya, buatlah satu temuramah dengan usahawan internet pilihan anda. Dapatkan idea daripada mereka dan jadikan hasil temuramah itu sebagai artikel anda.

3. Tajuk

Saya katakan tajuk adalah perkara paling penting dalam penulisan artikel. Tajuklah yang menentukan sama ada artikel anda akan dibaca atau tidak. Untuk mengetahui sama ada tajuk yang dipilih berkesan atau tidak, tanya diri anda sendiri dan rakan terdekat.

Jika tajuk yang dipilih tidak juga memberi kesan kepada emosi pembaca, anda harus menukar tajuk artikel menjadi lebih spesifik. Tulis tajuk anda sespesifik yang mungkin. Contoh: ‘Buat Duit Di Internet’ kepada ‘Buat Duit Sebanyak RM 999 Sehari Melalui Internet’.

Tambahkan nombor dalam tajuk artikel supaya ia kelihatan spesifik seperti ‘7 Cara Buat Duit…’ atau ‘5 Teknik Buat Duit…’ atau ‘RM 500 Sehari Dengan Internet…’ dan banyak lagi yang difikirkan sesuai.

Dengan membuat tajuk yang spesifik, pembaca pasti akan tertarik dan teruja untuk membaca keseluruhan artikel anda. Melalui tajuk yang dibaca, pembaca tahu mereka akan mendapat satu informasi yang sangat bernilai hanya dengan membaca artikel anda.

Untuk mendapatkan tajuk yang spesifik, senaraikan seberapa banyak tajuk untuk sesuatu artikel terlebih dahulu. Kemudian, anda pilihlah tajuk yang terbaik dari kalangan tajuk tersebut.

4. Pengenalan Artikel

Tajuk artikel adalah janji-janji anda kepada pembaca. Manakala, pengenalan artikel adalah ayat yang perlu ditulis untuk menunjukkan anda bakal tunaikan janji-janji anda itu.

Dalam erti kata lain, objektif pengenalan adalah bagi memastikan pembaca telah membuat pilihan yang bijak dan tepat untuk membaca artikel anda. Objektif pengenalan juga adalah untuk memberitahu bahawa terdapat informasi yang dicari dalam isi artikel yang bakal dibaca oleh pembaca.

Jika pengenalan anda tersasar dari tajuk artikel, bila-bila masa sahaja pembaca akan meninggalkan tulisan anda itu. Oleh yang demikian, susun dan tulislah pengenalan anda sebaik yang mungkin dalam memberi jawapan kepada tajuk artikel.

Salah satu kaedah yang baik dalam memulakan pengenalan adalah dengan memberi pembaca satu soalan cepu emas ataupun fakta yang berkaitan. Soalan cepu emas atau fakta itu mestilah sesuatu yang dapat menarik lagi perhatian para pembaca.

Contohnya: ‘Mahukah anda percaya jika saya katakan bahawa buat duit di internet adalah suatu kerja yang sangat mudah?’ atau ‘Baru-baru ini, saya telah dikejutkan dengan dari pihak Google bahawa saya berjaya meraih USD 500 melalui iklan adsense’.

Tetapi, jangan pula lupa untuk masukkan kata kunci dalam ayat pengenalan. Supaya enjin carian mudah mengesan bahawa terdapat perhubungan antara tajuk dan pengenalan.

5. Isi Artikel

Seperti yang diberitahu dalam e-book ’10 Tips Penulisan Artikel’, isi artikel adalah segala-galanya dalam penulisan artikel. Sentiasa sematkan dalam minda anda bahawa ‘content is king’.

Untuk memastikan pembaca mudah membaca artikel anda, tuliskan ayat yang pendek-pendek dan jadikan setiap perenggan seringkas yang mungkin tetapi padat dengan informasi.

Gunakanlah nombor atau titik dalam penerangan topik yang dibincangkan. Dengan berbuat demikian, mata pembaca tidak akan melilau dalam mencari informasi penting. Mata mereka juga akan lebih relaks dalam menghabiskan bacaan yang dibuat.

Adakah anda dapat merasa perbezaan antara penulisan saya terhadap e-book ini dan e-book ’10 Tips Penulisan Artikel’? Dalam e-book ini, saya kerap menggunakan perenggan supaya anda merasakan lebih mudah untuk membaca 

6. Penutup Artikel

Dua perkara wajib yang perlu anda masukkan dalam penutup artikel yang berkesan adalah:

• Buat rumusan atau kesimpulan tentang faedah atau keuntungan yang pembaca dapat setelah habis membaca artikel anda.
• Berikan satu arahan kepada pembaca supaya bertindak.
• Pastikan juga anda tulis dengan membuat pembaca merasa bimbang dengan sesuatu perkara. Kemudian, berikan jalan penyelesaian dengan meminta mereka mengunjungi laman jualan untuk membeli produk yang telah anda siapkan.

Untuk mengarah pembaca supaya membaca artikel anda hingga ke perenggan penutup, tulis artikel anda seperti membuat satu surat jualan untuk sesuatu produk. Wujudkan satu tekanan supaya pembaca membaca dan akhirnya membuat tindakan seperti yang dicadangkan.

7. Sumber Artikel

Sejurus pembaca selesai membaca artikel anda, temukan mereka dengan sumber artikel yang telah dibaca. Jika anda ingin publish sesuatu artikel ke direktori artikel, pihak direktori artikel akan meminta anda untuk mengisi resource box yang disediakan.

Resource box inilah anda perlu isikan dengan nama, laman jualan dan arahan bertindak. Sebab itulah saya meminta anda menyediakan satu penutup artikel yang berkesan. Jika anda menulis penutup dengan tidak menyatakan keuntungan yang diperolehi, besar kemungkinan pembaca tidak mengikut arahan yang anda berikan.

Saya ambil contoh tajuk artikel ’5 Cara Buat Duit Di Internet’. Saya akan tulis informasi dalam resource box seperti ini; Penulis adalah seorang usahawan yang bertapak di www.lamanjualan.com, oleh itu, jika anda serius untuk menjana pendapatan dari internet, sila layari www.lamanjualan.com.

Bagi saya, tidak kisahlah dinyatakan nama penulis terlebih dahulu ataupun laman jualan anda. Apa yang penting? Letakkan link laman jualan anda supaya pembaca mengambil tindakan dan jualan turut berlaku di sana. Seperkara lagi, gunakan ayat ‘maut’ dalam memberi arahan supaya pembaca tidak menolak arahan yang diberikan.

Penggunaan Private Label Rights Artikel

Saya ingin berterus terang kepada anda. Saya sangat suka dan cinta kepada semua produk dan artikel yang berlesenkan Private Label Rights (PLR). Adakah anda tahu apakah maksud PLR?

Private Label Rights atau PLR adalah sebuah lesen yang dikeluarkan oleh pencipta bagi sesuatu produk ataupun artikel. Lesen PLR tersebut memberi 100% hak kepada pembeli untuk menjadikan produk atau artikel yang dibeli menjadi milik mereka sepenuhnya.

Sebab itulah saya sangat suka dan cinta kepada produk atau artikel PLR. Dengan produk PLR, saya boleh:

1. Jual semula produk tersebut dan mengaut keuntungan sepenuhnya.
2. Saya boleh jual produk berkenaan dengan memberikan lesen Resell Rights (RR) atau Master Resell Rights (MRR) sahaja.
3. Saya boleh letakkan nama saya sebagai pencipta produk tersebut.
4. Saya boleh cerai-ceraikan produk tersebut menjadi artikel untuk isi laman web atau blog saya.
5. Dan bermacam-macam lagi yang boleh anda lakukan dengan produk PLR ini.

Manakala, dengan artikel PLR, saya boleh:

1. Jual semula di forum-forum atau membina laman jualan sendiri.
2. Saya boleh letakkan nama saya sebagai penulis.
3. Saya boleh gabungkan artikel-artikel tersebut menjadi sebuah e-book.
4. Dan bermacam-macam lagi yang boleh anda lakukan dengan artikel PLR ini.

Dengan mendapatkan artikel PLR, masalah dalam mendapatkan idea juga dapat diselesaikan. Anda tidak perlu lagi bersusah payah membuat kajian. Hanya dengan mendapatkan artikel seperti ini, dalam sekelip mata artikel anda telah siap ditulis.

Cuma satu sahaja masalah yang timbul, produk atau artikel dalam bahasa Melayu adalah sesuatu yang sukar untuk didapatkan. Produk atau artikel PLR bahasa Inggeris sememangnya mudah untuk dicari. Dengan menggunakan enjin carian, taipkan sahaja ‘Free PLR Products’. Nah.. Beratus-ratus senarai laman web yang menjadi sumber PLR akan diberikan.

Jika laman web atau blog anda fokus kepada bahasa Inggeris, tiada masalah buat anda dalam menggunakan terus produk atau artikel PLR ini. Jika laman web atau blog anda dalam bahasa Melayu, anda harus terjemahkan dahulu kepada bahasa ibunda supaya dapat digunakan.

Walaupun begitu, terdapat kelemahan dalam menggunakan produk atau artikel PLR ini. Jika anda tidak mengubah langsung isi produk atau artikel PLR yang ingin digunakan, anda mungkin menghadapi masalah ketika menghantarnya ke direktori artikel.

Pihak direktori artikel mungkin menolak artikel tersebut kerana artikel anda telah pun wujud dalam direktori mereka. Oleh itu, cara terbaik untuk menggunakan produk atau artikel PLR ini, ubahkan susunan ayat yang asal supaya ia menjadi sebuah artikel original.

Artikel dari direktori artikel bukan berlesenkan PLR. Jangan di copy & paste sesuka hati artikel dari sana untuk kegunaan laman web atau blog anda. Saya juga tidak menggalakkan anda gunakan artikel dari direktori artikel untuk tujuan perkongsian di laman web atau blog kerana:

• Anda bakal hilang kredibiliti sebagai seorang penulis.
• Anda bakal hilang sedikit hasil jualan di laman jualan.
• Anda bakal hilang pembaca berkualiti terhadap laman anda.

Gunakan artikel dari direktori artikel untuk mendapatkan idea sahaja. Lain-lain kegunaan adalah tidak digalakkan sepenuhnya.

Rahsia Pemasaran Artikel

Topik perbincangan seterusnya adalah perkara yang paling penting sekali. Oleh itu, sebelum anda teruskan proses penggalian ilmu di sini, saya sarankan supaya anda bancuh secawan kopi kegemaran untuk menyegarkan minda anda.

Sudah berkali-kali saya membuat pernyataan ini. Menulis sebuah artikel adalah suatu kerja yang sangat mudah dilakukan. Penulisan artikel hanya melibatkan kerja memilih kata kunci yang betul, menggunakan tajuk yang baik, menulis isi artikel dengan teratur dan beremosi, membuat satu kesimpulan yang dapat membuatkan pembaca mengikut arahan, hasilnya anda berjaya menulis artikel yang unik dan berkualiti.

Perkara yang masih belum difahami oleh kebanyakan usahawan internet adalah:

1. Apakah cara terbaik dalam menggunakan artikel tulisan mereka?
2. Bagaimana menggunakan artikel dengan betul untuk menjana pendapatan? dan
3. Bagaimana mempromosikan artikel supaya berjaya membuat jualan?

Saya akan bincangkan ketiga-tiga perkara di atas dengan lebih terperinci. Supaya anda dapat gunakan artikel yang ditulis semaksimum mungkin dalam menghasilkan jualan. Ya.. Di sinilah bermulanya pelajaran pemasaran artikel.

Saya harap anda sudah bersedia untuk mencerna ilmu-ilmu di bawah. Jika belum, habiskan dahulu kopi kegemaran yang anda bancuh sebentar tadi.

Rahsia Pemasaran Artikel #1: Artikel Untuk Membina Kempen Pemasaran Emel

Tidak ramai usahawan internet tempatan yang menggunakan artikel-artikel yang telah mereka tulis untuk dijadikan kempen pemasaran emel. Kebanyakan daripada mereka hanya menggunakan e-book sebagai umpan untuk mendapatkan senarai pelanggan.

Oleh itu, jika anda ingin membuat sedikit kelainan, tuliskan sebanyak mungkin artikel berkenaan perniagaan internet. Kemudian, jadikan ia sebagai bonus bagi pelanggan yang berminat menjadi subscribers anda.

Setelah anda berjaya mengumpul senarai pelanggan lebih dari 500 orang, inilah masanya untuk mencipta sebuah e-book blueprint berkaitan kejayaan anda hanya dengan menggunakan artikel. Dengan menghasilkan e-book blueprint anda itu, saya yakin, pasti ramai yang berebut-rebut untuk membaca hasil kejayaan anda itu.

Secara tidak langsung, anda bakal berjaya menambah bilangan pelanggan dan menjenamakan diri anda sebagai penulis artikel yang berkredibiliti.

Selepas berjaya mengumpul senarai pelanggan untuk perniagaan anda, hantarkan beberapa siri artikel berkaitan perniagaan internet kepada mereka. Benarkan mereka menggunakan artikel yang dihantar melalui emel itu untuk dijadikan bahan perniagaan mereka juga.

Apabila berbuat demikian, mereka pasti bertukar menjadi pelanggan yang ternanti-nanti sesuatu daripada anda. Pada masa inilah, anda mempromosikan produk-produk yang telah anda cipta untuk mereka.

Saya memberikan cadangan sebegini kerana saya amat rimas terhadap sikap sesetengah usahawan internet tempatan. Mereka menghantar emel hanya untuk mempromosi produk sendiri atau affiliate sahaja. Sebab itulah saya telah unsubscribe dari senarai pelanggan mereka. Nasihat saya, anda juga jangan berbuat begini apabila mempunyai senarai pelanggan kelak. Lain pelanggan, lain hatinya.

Untuk mula membina kempen pemasaran emel, anda perlukan sistem autoresponder (AR). Antara AR yang terbaik pada masa kini adalah:

1. GetResponse
2. Aweber
3. Trafficwave
4. Norabots

Selepas anda melanggan dengan salah satu AR di atas, jangan bertangguh, mulakan kempen anda. Berikan informasi-informasi berkualiti kepada pelanggan anda. Jangan lupa, jagalah hati mereka dengan memberikan beberapa artikel dan e-book percuma untuk membina hubungan baik antara dua hala.


Rahsia Pemasaran Artikel #2: Artikel Untuk Kandungan Blog

Usahawan internet selalu membincangkan hal-hal berkaitan enjin carian dengan artikel yang ditulis tetapi di copy & paste. Hal ini dibincangkan kerana kerap kali sesetengah usahawan merungut tidak mendapat kedudukan teratas enjin carian disebabkan artikel mereka telah di copy & paste.

Hal sebegini terjadi apabila anda tidak melindungi artikel yang ditulis. Apabila anda bersikap endah tak endah terhadap sesetengah pembaca yang suka mengambil artikel anda tanpa kebenaran, anda pasti tidak akan dianggap sebagai sumber asal bagi sesebuah artikel yang ditulis.

Oleh itu, untuk mengelakkan perkara di atas daripada berlaku, setelah anda siap menulis sesebuah artikel, jangan dihantar terus artikel tersebut ke direktori artikel. Postkan terlebih dahulu di blog anda. Perkara ini dibuat untuk membiarkan enjin carian sedar tentang kewujudan artikel anda terlebih dahulu.

Berikan masa kepada enjin carian untuk melabelkan anda sebagai sumber bagi artikel yang berkenaan. Untuk itu, saya cadangkan supaya anda menggunakan Copyspace sebagai pelindung kepada artikel-artikel yang ditulis.

Dengan menggunakan Copyspace, sistem ini akan sedikit sebanyak melindungi artikel anda daripada digunakan sesuka hati oleh pihak lain. Pelajari Copyspace dengan lebih lanjut di sini.

Jika anda dapati terdapat penulis lain yang menggunakan artikel anda tetapi tidak memberikan kredit kepada tulisan anda itu, tuliskan satu laporan dan buatlah laporan kepada pihak direktori artikel. Jika penulis berkenaan masih tidak berikan juga kredit kepada anda, laporkan pula kepada pihak enjin carian.

Dengan melaporkan kejadian copy & paste ini kepada enjin carian, pihak enjin carian akan memastikan artikel yang di copy & paste itu tidak muncul dalam senarai enjin carian mereka. Dalam bahasa mudahnya, laman penulis copy & paste itu akan diblacklist oleh mereka.

Kemudian, selepas tiga ke tujuh hari, barulah anda hantarkan artikel ditulis ke direktori artikel. Dengan berbuat begini, enjin carian dapat mengenal pasti dari manakah sumber sesebuah artikel yang berkenaan.

Hal ini sekaligus dapat mengurangkan persaingan dengan penulis copy & paste dalam merebut tempat teratas enjin carian.

Penulis copy & paste yang dimaksudkan di sini ialah seseorang yang mengambil artikel anda tetapi tidak mengakui anda sebagai penulis asal. Penulis seperti ini akan mengaku bahawa artikel itu adalah artikel mereka. Anda jangan menjadi penulis seperti ini ya!

Bagi artikel yang hendak dipostkan ke blog, ubahlah sedikit bahagian pengenalan dan penutup. Jangan dipost artikel yang berformatkan ciri-ciri formal seperti dikehendaki oleh direktori artikel. Isi blog adalah hak anda. Andalah yang tentukan format bagi kandungan blog persendirian.  

Jangan dilupa untuk selitkan link-link affiliate ke dalam artikel yang dipost ke blog anda. Buatkan link-link affiliate itu dalam bentuk anchor text supaya link-link berkenaan tidak terdedah begitu sahaja.

Satu lagi sebab saya meminta anda supaya post artikel di blog dahulu adalah kerana untuk mewujudkan permintaan. Baik, pada mulanya anda menulis artikel untuk menjawab sesuatu permintaan berdasarkan kajian yang telah dibuat.

Tetapi, jika anda tulis dan post artikel di blog dahulu, pasti terdapat pembaca yang memberi komen seperti bertanyakan soalan dan berbagai lagi. Dengan timbulnya soalan, telah wujud permintaan yang meminta anda untuk menjawab soalan-soalan yang berkenaan.

Dengan wujudnya soalan-soalan itu, anda tidak perlu membuat kajian di merata-rata tempat lagi. Anda hanya perlu fokus kepada soalan-soalan tersebut. Bahkan, melalui soalan-soalan itu juga, idea untuk menulis artikel baru telah sedia untuk digunakan.

Apabila anda menjawab soalan-soalan atau permintaan yang diajukan, pasti pembaca semakin suka kepada tulisan anda. Hal ini jelas menunjukkan, pemasaran artikel yang dibuat bergerak lancar dan berkesan. Sekaligus, anda bakal dipandang sebagai seorang usahawan internet yang berkredibiliti!

Rahsia Pemasaran Artikel #3: Bina Artikel Berangkai

Kebiasannya, apabila idea anda terlalu banyak, artikel yang ditulis juga tersangatlah panjang. Oleh itu, untuk kurangkan kepanjangan artikel yang ditulis, saya cadangkan supaya anda membina artikel berangkai.

Maksud artikel berangkai di sini ialah artikel-artikel yang ditulis mempunyai hubungkait dan bersambung-sambung. Contohnya: Artikel bertajuk ‘Bahagian 1: Buat Duit Di Internet’ mestilah mempunyai sambungan artikel dengan tajuk ‘Bahagian 2: Buat Duit Di internet’.

Ianya bagaikan sebuah cerita drama yang bermain di kebanyakan siaran TV. Hari ini anda keluarkan cara satu buat duit di internet. Minggu depan anda buat sambungannya dan berikan kepada pembaca untuk menghabiskan cerita yang dibaca.

Dengan berbuat begini, pembaca pasti merasa tidak sabar untuk mengetahui episod seterusnya. Tetapi dengan syarat, anda harus menulis episod pertama penuh dengan keraguan, pertanyaan dan lain-lain emosi lagi kepada pembaca. Apabila timbulnya emosi seperti itu, sudah pasti pembaca ternanti-nanti tulisan anda yang seterusnya.

Jika anda mempunyai idea untuk artikel sebegini, tuliskan di akhir ayat dan katakan kepada mereka bahawa terdapat sambungan bagi topik yang dibaca. Untuk artikel yang dihantar ke direktori artikel, letakkan link bagi artikel sambungan dalam resource box anda.

Tetapi, jangan berikan link yang terus membawa pembaca untuk membaca episod seterusnya. Taktiknya, anda bawa mereka ke laman squeeze atau minisite anda. Minta mereka untuk mengisikan borang opt-in anda jika ingin membaca episod-episod yang lain.

Dengan berbuat sedemikian, anda bakal berjaya dalam mengumpul emel pembaca dan sekaligus menjadikan mereka pelanggan anda. Mudah bukan untuk menarik pembaca menjadi pelanggan? Untuk hal ini, anda hanya perlu kreatif dan bijak dalam mengambil peluang.

Selepas mereka mengisi borang opt-in anda, barulah berikan kepada pembaca artikel sambungan yang dinanti-nantikan itu. Dalam artikel sambungan tersebut, selitkan juga link-link affiliate anda.

Nyatakan sekali sebab-sebab mereka harus dapatkan produk-produk yang disyorkan. Supaya promosi anda berjaya menghasilkan jualan dan tidak menjadi sia-sia.

Rahsia Pemasaran Artikel #4: Artikel Dengan Gambar & Video

Jika anda sering berkunjung ke blog-blog perniagaan internet masa kini, ramai di antara blogger telah mula meletakkan gambar dan video pada setiap artikel yang di publish. Jadi, saya juga mencadangkan supaya anda turut menggunakan gambar dan video untuk artikel perniagaan anda.

Tetapi kebiasaannya, direktori artikel tidak menerima sebarang gambar atau video dalam artikel yang ingin dihantar. Oleh itu, masukkan link-link gambar atau video yang ingin anda tunjukkan kepada pembaca dalam resource box. Tuliskan begini:

‘Layari www.lamanvideoartikelanda.com untuk menonton satu video tutorial berkenaan penggunaan noktah yang berkesan dalam menulis artikel’.

Kesan dan tujuan penggunaan gambar atau video dalam sesebuah artikel adalah sama iaitu untuk menambahkan lagi keberkesanan tulisan anda. Gambar atau video sememangnya terbukti memberi impak yang kekal terhadap minda pembaca.

Fakta ini memang tidak dapat disanggah lagi. Hal ini kerana, perasaan manusia sememangnya cepat penat untuk membaca teks yang penuh dengan tulisan sahaja. Jadi, mereka akan lebih terhibur jika dapat membaca sambil melihat gambar-gambar atau video yang berkaitan dengan artikel anda.  

Rahsia Pemasaran Artikel #5: Hantar Artikel Ke Direktori Artikel

Ingat! Hantar artikel anda ke direktori artikel selepas hari ketiga atau ketujuh setelah artikel berkenaan berada di blog anda.

Baiklah, saya terus berikan kepada anda direktori-direktori yang menjadi tumpuan pembaca dari seluruh dunia. Berikut adalah direktori artikel yang saya maksudkan:

1. Ezine Articles
2. GoArticles
3. Article City
4. Isnare
5. Idea Marketers
6. Article Central
7. Article Hub
8. Article Warehouse
9. Author Connection
10. Zongoo
11. Content Desk
12. Article Emporium
13. Reprint Articles

Hantarlah artikel-artikel anda kesemua direktori artikel yang saya senaraikan di atas. Hal ini membolehkan dan memudahkan umum mengetahui tentang kewujudan anda di alam maya ini.

Untuk menghantar artikel ke direktori-direktori di atas, anda perlu mendaftar terlebih dahulu. Selepas itu, barulah anda dibenarkan untuk menghantar artikel anda supaya dapat dibaca oleh orang lain. Jangan lupa untuk isi resource box anda nanti ya!

Antara 13 direktori artikel di atas, Ezine Articles adalah direktori yang paling disukai oleh enjin carian khususnya Google. Ini adalah fakta yang wajib anda tahu!

Google sukakan Ezine Articles kerana ramai penulis yang suka publishkan artikel mereka di sana. Oleh kerana Ezine Articles padat dengan informasi-informasi yang terkini, Google telah memilih direktori ini sebagai pusat pertama untuk diindeks oleh mereka.

Dengan menghantar artikel ke Ezine Articles jugalah, jika anda memilih dan menggunakan kata kunci yang betul, artikel anda pasti diletakkan di senarai tertinggi oleh enjin carian.

Terdapat satu perkara sahaja yang saya tidak suka terhadap Ezine Articles. Direktori ini tidak menerima artikel yang ditulis selain dari bahasa Inggeris. Leceh bukan? Tetapi, itu tidak mengapa. Tidak semua direktori di atas hanya menerima artikel dalam bahasa Inggeris.

Jika anda mempunyai banyak artikel yang ingin dihantar ke direktori-direktori pilihan, untuk memudahkan kerja-kerja penghantaran anda, gunakan software article submitter yang disertakan sekali dengan e-book ini.

Laman-Laman Sosial

Saya dapat rasakan anda sedikit resah selepas saya mengatakan Ezine Articles hanya menerima artikel dalam bahasa Inggeris sahaja. Jangan anda bimbang, saya mempunyai satu rahsia yang sangat besar untuk anda. Sebab itulah anda beruntung kerana dapatkan e-book ‘Rahsia Pemasaran Artikel’ ini.

Kini, laman-laman sosial telah menjadi satu medium yang amat luas dalam berinteraksi dengan rakan-rakan anda. Tidak kiralah anda menggunakan Facebook, Friendster, MySpace, Social Bookmark seperti Digg, Technorati, Squidoo, del.ici.ous, Stumble Upon dan banyak lagi.

Jika anda bertanya kepada 10 rakan anda sama ada mereka mempunyai akaun untuk laman-laman tersebut, saya pasti, sembilan daripada mereka akan menjawab ‘mestilah aku ada, nanti engkau add aku ya!’.

Lihatlah, betapa berkuasanya laman-laman sosial tersebut pada masa sekarang. Oleh itu, saya cadangkan kepada anda supaya gunakanlah laman-laman itu dalam menonjolkan artikel anda sekaligus menarik traffik yang tinggi ke laman jualan anda.  

Sebab itu saya mengatakan kepada anda jangan dibimbang dengan polisi Ezine Articles itu. Ini kerana, Google juga sukakan kepada laman-laman sosial seperti yang disebut. Antara laman sosial yang digemari oleh Google ialah Squidoo.

Squidoo ialah sebuah Social Bookmark yang lebih berkonsepkan kepada perkongsian ilmu. Interfacenya pula lebih menyerupai laman utama blog anda. Sesebuah artikel yang dikongsi di Squidoo dikenali sebagai ‘lens’ atau ‘lensa’.







Lihat contoh lensa di bawah:

Bahkan, dengan mempublish artikel anda ke Squidoo, lensa anda mampu menendang dan merampas kedudukan tertinggi dari pesaing-pesaing anda. Bagaimana untuk anda maksimumkan penggunaan Squidoo ini? Untuk itu, dapatkan produk Squidoo Assasin yang dikeluarkan oleh sahabat digital saya iaitu saudara Aurora Ice di sini.

Satu lagi Social Bookmark yang juga digemari oleh Google ialah laman Digg. Digg merupakan sebuah laman yang berkonsepkan perkongsian ilmu juga. Jika anda berkongsikan artikel di sana, Digg turut memberikan backlink kepada laman web atau blog anda.

Untuk mendapat perhatian dari warga Digg, anda perlu menyediakan sebuah artikel dengan tajuk yang sangat panas! Jika artikel anda disukai oleh para pembaca, mereka akan memberi rating kepada artikel tersebut. Konsep rating diberi adalah melalui jumlah Digg yang ditekan oleh pembaca-pembaca.

Semakin banyak artikel anda mendapat Digg, semakin cerahlah artikel anda untuk terpapar di muka hadapan laman Digg itu. Lihat contoh di bawah:

Walaubagaimanapun, laman Digg ini masih belum mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Tetapi, bilangan rakyat Malaysia menggunakan laman ini semakin hari semakin meningkat. Jangan pula anda memandang rendah terhadap Digg pula ya!

Oleh itu, untuk permulaan, saya cadangkan supaya anda menggunakan Malaysian Digg terlebih dahulu. Konsepnya juga sama seperti laman Digg antarabangsa. Dengan Malaysian Digg, anda dapat fokus kepada pasaran tempatan 100%.      

Selain dari kedua-dua laman Social Bookmark di atas, laman sosial Facebook juga dapat digunakan untuk menonjolkan artikel tulisan anda. Dalam masa yang sama, anda juga bakal memperolehi traffik dari sana.


Untuk meletakkan artikel anda di Facebook, anda perlukan function ‘Notes’ di profile anda. Lihat contoh di bawah:


Jika pada asalnya anda tidak mempunyai function ‘Notes’ itu, sila klik pada simbol (+) untuk paparkan function ‘Notes’ dari pilihan yang diberikan.

Selepas anda letakkan artikel di ‘Notes’ tersebut, tagkan artikel anda itu kepada rakan-rakan anda. Untuk membuat tag, gunakan function tag seperti di bawah:


Pada hujung artikel tersebut, jangan lupa untuk letakkan link ke laman jualan anda. Jika terdapat rakan atau pembaca yang berminat, mereka pasti akan klik dan berkunjung ke sana.

Oleh itu, applikasikan laman-laman sosial ini untuk tujuan promosi melalui artikel yang ditulis. Jangan mendaftar di laman-laman sosial itu untuk bersosial sahaja. Gunakan peluang seperti ini untuk memajukan perniagaan internet anda!

Rahsia Pemasaran Artikel #6: Kesan Keberkesanan Artikel

Baik, ini adalah perkara terakhir yang perlu dilakukan selepas anda menghantar artikel ke direktori-direktori yang dibincangkan di atas.

Anda WAJIB kesan keberkesanan tulisan anda! Adakah tulisan anda telah dibaca oleh para pembaca yang anda khususkan? Adakah pembaca tertarik dengan tulisan anda? Adakah pembaca mengambil tindakan selepas membaca artikel anda? 

Cara untuk mengesan keberkesanan artikel anda adalah seperti berikut:

1. Jika anda menghantar artikel ke direktori artikel seperti Ezine Articles, perhatikan jumlah ‘View’ yang anda terima dari pengunjung-pengunjung direktori artikel.
2. Jika anda meletakkan artikel anda di Squidoo, pihak Squidoo telah menyediakan ‘Tools’ untuk anda kesan bilangan ‘View’ yang diterima dalam masa-masa tertentu.
3. Jika anda letakkan artikel di laman Digg, perhatikan jumlah Digg yang anda terima.
4. Periksa traffik laman web atau blog anda melalui tool yang disediakan di Cpanel.
5. Periksa jumlah pelanggan yang telah subscribe melalui autoresponder anda.

Seandainya artikel anda mendapat ‘View’, Digg, jumlah pengunjung dan pelanggan yang rendah, jangan berlengah lagi! Ambil tindakan segera dengan mengubah artikel-artikel anda supaya menjadi lebih menarik dan berinformasi.

Jika anda tidak membuat sebarang perubahan, saya pasti, para pembaca tidak akan membaca langsung artikel-artikel anda yang lain. Oleh itu, buatlah perubahan untuk menaikkan ranking laman jualan anda di enjin carian.

Kesimpulan

Selepas anda baca dan fahami teknik-teknik pemasaran artikel, pastikan anda bertindak. Dengan bertindak sahajalah anda dapat merubah arus perniagaan internet yang dijalankan!

Selepas anda bertindak, anda bakal menyaksikan perubahan mendadak terhadap jumlah traffik ke laman jualan anda. Untuk menambah lagi traffik ke laman jualan anda, banyakkan lagi artikel yang unik dan berkualiti.

Semakin banyak anda tulis artikel dan publish, semakin bertambahlah pengunjung dan pelanggan ke laman jualan anda!

Saya suka mengingatkan kepada anda bahawa teknik pemasaran artikel adalah sangat efektif dan berkesan dalam mendapatkan traffik yang banyak ke sesebuah laman jualan. Tambah-tambah lagi, teknik ini adalah percuma! Mengapa anda ingin mengabaikan teknik ini pula?

Oleh itu, manfaatkan teknik-teknik yang ditunjukkan dari saya, ‘Selamat Mencuba & Berusahalah Untuk Sampai Ke Puncak Kejayaan!’.

Sekian, terima kasih.



No comments:

@templatesyard