Panduan Penulis Freelancer - Bisnes Online Sebenar

Tuesday 7 February 2017

Panduan Penulis Freelancer


Apa itu freelancing?

Seorang freelance adalah seorang yang melakukan kerja bagi pihak tertentu tanpa terikat dengan mana-mana pihak. Dia bebas untuk bekerja dengan siapa sahaja. Biasanya seorang freelance di bayar mengikut upah yang di persetujui sebelum memulakan kerja.


Skop freelancing dalam dunia internet.

Penggunaan internet yang meluas di seluruh dunia telah meningkatkan  permintaan freelancer di seluruh dunia. Ini terjadi di sebabkan negara maju seperti di eropah dan amerika menggunakan khidmat freelancer dari negara membangun untuk melakukan kerja bagi pihak mereka.  Dengan mengupah freelancer, mereka boleh menjimatkan kos dan meningkatkan keuntungan.

Antara kerja freelancer yang di tawarkan menerusi internet adalah penulisan, editing, indexing, pembangunan software, pengiklanan, inovasi, foto dan lain – lain. Melalui internet, freelancer boleh memperoleh pekerjaan di seluruh dunia dengan hanya duduk di tempat sendiri tanpa perlu keluar dari negara mereka sendiri.

Kelebihan freelancing.

Kelebihan menjadi seorang freelancer adalah:

1. Freelancer bebas hendak memilih kerja yang mana kita suka. Anda boleh tolak jika anda tidak suka.

2. Boleh bekerja secara part timer. Bekerja sebagai freelancer bermakna anda mengawal masa anda sendiri. Jadi, anda masih boleh bekerja seperti biasa di siang hari dan lakukan tugas freelancer secara part time pada malam atau pada hujung minggu.

3. Anda bergerak atas inisiatif sendiri. Jika anda bekerja, anda akan dapat wang. Jika tidak, anda tidak akan dapat. Tiada tekanan dari mana-mana pihak dan anda bertanggungjawab sendiri atas kerja yang anda peroleh.

4. Tiada had dari segi pendapatan. Anda boleh ambil sebanyak mana kerja yang anda mampu dan peroleh sebanyak mana wang yang anda mahu.

Bagaimana hendak membina kerjaya sebagai freelance writer yang berjaya.

Seperti mana yang anda tahu, revolusi penggunaan internet telah menyemarakkan lagi permintaan terhadap freelance writer. Kerjaya ini telah menjadi antara kerjaya yang mempunyai permintaan yang banyak di seluruh dunia. Jika anda mahukan pendapatan yang pantas dengan hanya menggunakan modal minda, anda boleh cuba untuk menjadi seorang freelance writer.

Freelance writer.

Freelance writer adalah perkerjaan yang menjanjikan pendapatan yang lumayan. Ini kerana internet telah menjadikan ia sebagai medan untuk berkongsi maklumat dan lebih banyak syarikat dan perniagaan akan menceburi dunia internet sebagai medium pemasaran mereka. Tindakan ini membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada freelance writer.

Mereka memilih freelance writer kerana kos yang lebih murah selain tidak terikat dengan apa-apa kontrak. Dengan mengupah freelance, mereka boleh menumpukan sepenuhnya pada perniagaan mereka dan bergantung kepada freelance untuk bekerja sebagai penulis bagi pihak mereka.

Antara jenis pekerjaan freelance writer yang ada di pasaran adalah penulisan kreatif, penulisan ebook, copywriting, editorial, newsletter, penulis majalah, SEO writing, penulis blog dan bermacam-macam lagi. Potensi pendapatan bagi freelance adalah tidka terhad.

Langkah membina kerjaya sebagai freelance writer.

Permulaan.

1. Anda perlu asah bakat dan minat anda. 
Sebelum anda mula menerima kerja dari pihak tertentu, pastikan anda sudah ada kemahiran yang mantap dalam penulisan. Anda juga perlu ada pengetahuan yang mendalam mengenai sesuatu topik sebelum memulakan sesuatu tugas.

2. Asah pengetahuan anda. 
Sebagai freelance, anda boleh memilih pekerjaan yang anda minat sahaja. Ini bermakna, anda boleh memilih kerja berdasarkan minat anda. Asah pengetahuan anda mengenai minat anda dengan selalu membaca di online dan offline.

3. Perkenalkan perkhidmatan anda pada prospek . Anda perlu ada biodata yang ada maklumat mengenai kepakaran, pendirikan, pengalaman dan minat anda. Hantar pada prospek setiap mereka meminta atau ketika anda membida.

Peringkat pembangunan.

1. Berhati-hati dengan perangkap seorang pelanggan. 
Jangan bekerja hanya dengan seorang pelanggan sahaja. Anda sebagai freelance berhak memilih kerja dari siapa sahaja anda mahu. Bekerjasama dengan orang yang berbeza akan melatih diri anda untuk jadi penulis yang lebih baik.

2. Tingkatkan kebolehan menulis. 
Tingkatkan kemahiran menulis anda pada tahap yang lebih tinggi. Dengan ini, anda mungkin akan di bayar lebih banyak berdasarkan mutu yang anda tampilkan.

3. Menerima kritikan dengan positif. 
Terima apa sahaja kritikan dengan hati terbuka.

Peringkat matang

1. Konsisten. Konsisten dengan kerja anda.

2. Sentiasa berhubungan dengan pelanggan lama. 
Sentiasa memperbaharui hubungan dengan pelanggan-pelanggan anda.

Jenis freelancing writing.

Sebagai panduan untuk anda, berikut adalah beberapa kerja yang ada sebagai freelance writer:

Penulisan kreatif.

Penulisan kreatif memerlukan daya imaginasi yang tinggi dan ia perlulah asli dari pemikiran anda sendiri. Contoh penulisan kreatif adalah lirik lagu, sajak, novel, drama, cerita dan sebagainya.

Menulis di blog dan SEO writing.

Antara kerja yang popular sebagai freelancer writer adalah menulis blog post dan seo writing. Blog post biasanya memerlukan anda untuk mahir menulis menggunakan intonasi yang betul dan tepat berdasarkan targeted reader manakala SEO writing adalah teknik penulisan untuk menempatkan sesuatu website itu berada dalam ranking yang baik dalam search engine seperti yahoo dan google.

Newsletter, editorial dan magazine writing.

Pekerjaan dalam bidang ini memerlukan kemahiran yang tinggi dalam penulisan kerana ia akan melibatkan kemahiran teknikal penulisan. Namun, ketiga – tiga jenis penulisan ini menjanjikan bayaran yang sangat lumayan.

Sales and marketing writing.

Sales and marketing writing biasanya melibatkan penulisan dalam surat jualan, kad perniagaan, pemasaran artikel, press release, perancangan perniagaan dan bermacam-macam lagi.

Penulisan ebook.

Penulis ebook juga antara pekerjaan yang menjanjikan pendapatan yang lumayan pada freelance. Anda cuma perlu mahir dalam tajuk yang anda bida.

Penulisan kreatif

Penulisan kreatif adalah penulisan yang mengekspresikan daya pemikiran bercampur dengan perasaan dan ditulis dalam bentuk yang unik seperti sajak dan lirik lagu. Penulisan kreatif juga selalunya bermain dengan perasaan dan emosi para pembaca. Ia di tulis dengan intonasi yang membawa pembaca ke alam lain. Penulisan kreatif adalah penulisan untuk menunjukkan sesuatu bukannya memberitahu sesuatu.

Penulisan jenis ini juga tidak langsung terikat pada mana – mana peraturan dan ia bersifat bebas. Kebebasan berfikir dan beremosi memberi satu harga yang tidak ternilai pada karya kreatif ini. Jika anda mempunyai daya kreativiti yang tinggi beserta dengan minat yang mendalam, anda boleh mencuba teknik penulisan ini sebagai kerja freelance anda.

Bagaimana hendak mengembangkan daya kreativiti?

Belajar untuk jadi lebih kreatif. 
Sekarang terdapat banyak kursus yang akan mengajar anda bagaimana hendak meningkatkan daya kreativiti. Anda boleh hadir dan gunakan ilmu yang diajar untuk mengembangkan bakat anda.

Rajin membaca bahan kreatif. 
Membaca bahan kreatif akan meningkatkan lagi daya kreativiti anda.

Menjadi seorang pemerhati yang baik. 
Kreatif datang dari imaginasi dan imaginasi akan lebih menarik jika anda memerhati sesuatu dengan baik. Sentiasa memerhatikan sesuatu menggunakan mata hati anda.

Kerja apabila tenang 
Anda akan lebih kreatif jika anda berada dalam keadaan yang tenang tanpa tekanan dari mana – mana perkara.

Tip untuk meningkatkan kemahiran menulis secara kreatif

Biasakan bercakap sebelum menulis 
Apabila ingin menulis sesuatu, anda cakapkan apa yang anda hendak tulis secara spontan tanpa berfikir.  Dengan ini, penulisan anda akan lebih asli kerana ia datang terus dari imaginasi anda.

Menulis dengan tepat dan ringkas 
Gunakan perkataan yang anda faham penggunaannya sahaja.

Elakkan dari mengulang tulis perkara yang sama.

Gunakan kata aktif
Biasanya penulisan kreatif menyentuh apa yang sedang berlaku dalam imaginasi anda. Apabila anda membayangkan ia berlaku sekarang, emosi penceritaan anda akan lebih kuat dan hidup.

Web Blog Writing

Menulis blog entry adalah antara perkerjaan yang lumayan untuk anda ambil. Selain ia senang untuk di tulis, ia menjanjikan pendapatan yang lumayan bagi setiap entry yang anda tulis. Jika penulisan anda berkualiti, anda memang akan di bayar lebih. Ini kerana kualiti memainkan peranan yang penting bagi mereka yang ingin berniaga di internet.

Sebelum anda menceburi web blog writer, anda patut tahu bahawa terdapat beberapa jenis blog di internet iaitu

Personal blog -  Blog yang lebih bersifat peribadi di mana penulis menulis apa sahaja yang dia suka.
Corporate blog – Blog yang di gunakan oleh syarikat – syarikat untuk mempromosikan perniagaan mereka di internet.
Niche blog – Blog yang menceritakan hanya perkara khusus seperti politik, kesihatan dan pendidikan.

Kemahiran yang anda perlu  ada untuk menjadi penulis blog yang baik.

Memilih tajuk yang menarik

Untuk menarik pembaca membaca entry anda, tajuk yang di tulis perlulah menarik dan lain dari yang lain. Selain itu, isi entry anda juga perlulah setanding dengan kehebatan tajuk yang anda tonjolkan.

Berikan maklumat lengkap tetapi dalam tulisan yang ringkas dan padat.

Pembaca suka membaca maklumat yang ada padat tetapi ringkas. Jangan tulis terlalu panjang, tetapi hanya penuh dengan maklumat kosong dan tidak berguna.

Fokus pada keyword.

Anda perlu ada kemahiran untuk fokus pada keyword tertentu dan tahu di mana hendak meletakkan keyword di bahagian mana artikel supaya entry anda akan lebih mesra enjin carian seperti google.

Minta feedback dari pemberi kerja anda.

Sentiasa minta feedback dari setiap kerja yang anda lakukan. Ini penting supaya anda tahu bagaimana hendak meningkatkan lagi prestasi penulisan anda.

SEO writing.

Dalam dunia perniagaan internet, SEO writing adalah antara senjata pemasaran yang utama di gunakan untuk marketing sesuatu produk. Ini kerana, pengguna internet menggunakan search engine untuk mencari maklumat yang mereka mahu.

SEO yang juga di kenali sebagai Search Engine Optimization merupakan teknik penulisan untuk menempatkan website anda di muka hadapan search engine apabila carian di lakukan oleh pengguna. Potensi untuk menarik trafik dari SEO adalah sangat besar. Contohnya bilanggan pengguna yang melakukan carian money management adalah sangat ramai sebulan iaitu melebih ratusan ribu.

Jika website anda berada di page hadapan search engine, peluang anda untuk memperoleh pelanggan adalah sangat tinggi dan ramai. Jadi permintaan untuk menulis website content dalam bentuk SEO sangat mempunyai permintaan yang tinggi. Anda pasti akan dapat menjana pendapatan yang tinggi jika anda mempunyai  kemahiran yang tinggi dalam penulisan SEO.

Panduan penulisan SEO.

Mengetahui maklumat lengkap dari pelanggan.

Untuk anda menulis sesuatu secara SEO, anda perlu tahu dan mahir dengan latar belakang keyword yang mahu di sasarkan oleh pelanggan anda. Apabila anda  tahu keyword mana yang di sasarkan, barulah anda boleh menulis sesuatu dalam bentuk SEO.

Pandai  menulis berdasarkan keyword yang di beri.

SEO bukan sahaja bergantung kepada sebanyak mana sesuatu keyword itu di ulang-ulang tetapi ia juga bergantung kepada ketepatan keyword di letakkan dalam sesuatu ayat. Untuk content yang mesra SEO, keyword elok di ulang – ulang di tajuk content, pendahuluan content, isi content dan pada akhir content. Pendek kata, pastikan setiap perenggan mengandungi keyword yang pelanggan anda sasar.

Sales and Marketing Writing.

Untuk pengetahuan anda, sales and marketing writing adalah lubuk duit bagi freelance writer di luar sana. Ini kerana permintaan terhadap freelancer dalam bidang ini sangat melimpah ruah. Antara contoh sales and marketing writing adalah menulis artikel, katalog produk, copywriting, press release, postcards dan banyak lagi. Pendek kata, setiap penulisan yang ada kaitan dengan sales atau marketing mempunyai permintaan yang banyak di pasaran.

Tips untuk meningkatkan sales and marketing writing.

Untuk meningkatkan kemahiran anda menulis content yang berbentuk sales and marketing anda boleh mencuba tips berikut:

1. Belajar teknik copywriting melalui ebook, kursus atau video.
2. Sentiasa mempelbagaikan teknik tulisan dan jenis produk yang di promosi.
3. Mempunyai pengetahuan yang mendalam mengenai subjek pemasaran.
4. Di sebabkan ia adalah sales writing, anda perlu mahir untuk stimulate action para pembaca.

Newsletter and editorial writing.

Newsletter.

Newsletter adalah report yang biasanya di tulis berdasarkan satu tajuk untuk di hantar kepada subscriber. Newsletter biasanya melibatkan berita dan rancangan masa hadapan sesuatu persatuan atau organisasi. Newsletter juga biasanya di publish oleh persatuan, instituisi pendidikan, syarikat dan organisasi untuk memberitahu maklumat pada ahli, pelanggan dan pemilik saham.

Di sebabkan sekarang penggunaan internet semakin meluas, newsletter biasanya di sebarkan menggunakan emel. Jadi, permintaan terhadap freelancer adalah sangat banyak dan luas.

Panduan menulis newsletter

1. Analisis bakal pembaca supaya anda tahu intonasi yang sesuai untuk di gunakan ketika menulis nanti.

2. Fokus pada maklumat yang perlu sahaja.

3. Tulis newsletter dalam bentuk yang menarik dengan meletakkan gambar dan grafik yang sesuai.

4. Tulis dalam bentuk ringkas dan padat.

5. Pastikan anda meletakkan link pada website pelanggan anda di dalam newsletter.

6. Utamakan keselesaan pembaca untuk membaca apa yang anda tulis.

Editorial

Editorial adalah teknik penulisan yang mengolah sesuatu berdasarkan pendapat peribadi. Selalunya penulisan berbentuk editorial adalah tulisan yang ada kredibiliti kerana ia di tulis berdasarkan pendapat peribadi bukannya atas sebab promosi. Seorang freelancer selalunya di upah untuk menulis editorial sebagai cara untuk menambah kredibiliti bagi sesuatu produk atau perkhidmatan.

Tips untuk menulis editorial.

1. Lakukan kajian dan tahu apa yang anda perlu tulis

2. Sertakan fakta sebagai sokongan bagi pendapat anda.

3. Huraikan sesuatu isu dari sudut yang berbeza.

4. Sentiasa beri sebab bagi setiap pandangan yang anda beri.

5. Cadangkan penyelesaian bagi setiap masalah.

Magazine writing.

Magazine writing adalah penulisan yang berbentuk kewartawanan. Selalunya anda akan di bayar bagi setiap tugasan tetapi penulisan anda perlulah berkualiti dan menepati piawaian yang di tetapkan editor majalah.

Tips untuk magazine writing.

Berikut adalah tips untuk menjadi freelance bagi pihak majalah.

1. Memilih majalah yang sesuai dengan jiwa anda. Anda akan lebih seronok untuk menyelesaikan tugasan jika ia berkaitan dengan sesuatu yang anda minat.

2. Banyakkan membaca dan lakukan kajian secara menyeluruh mengenai tajuk yang anda tulis. Menulis untuk majalah bermakna anda perlukan lakukannya secara professional. Jadi, fakta yang di beri haruslah tepat dan berkualiti.

3. Sentiasa merancang sebelum menulis sesuatu artikel. Dengan perancangan yang teliti, anda dapat hasilkan artikel yang mantap untuk bacaan.

4. Sentiasa mengikut arahan editor. Professional freelancer sentiasa mengikut arahan dari pelanggannya. Untuk artikel anda di terima oleh editor majalah, anda perlu ikut guideline yang telah di sediakan oleh editor sesuatu majalah itu.

Magazine writing bukan boleh di lakukan oleh semua orang. Ini kerana anda perlu memberi komitmen yang lebih. Magazine writing hanya untuk mereka yang minat dalam bidang kewartawanan sahaja

Ebook Writing.

Ebook adalah buku elektronik. Di sebabkan kepantasan penyaluran maklumat melalui internet, ebook semakin mendapat perhatian dunia untuk perkongsian maklumat. Di sebabkan ebook mendapat permintaan yang banyak, permintaan untuk menggunakan freelancer juga banyak.

Berikut adalah tip untuk menulis ebook.

1. Pilih tajuk yang sesuai dan tulis outline bagi setiap ebook sebelum memulakan penulisan.

2. Sentiasa memberi fakta hasil kajian yang teliti dan kemas.

3. Pastikan ia ringkas tetapi padat dengan maklumat.

4. Sentiasa proofread dan mendapatkan feedback dari orang ramai.

Tip untuk meningkatkan kemahiran menulis.

Untuk menjadi seorang freelancer yang berjaya, kemahiran menulis yang baik menjadi nadi dalam kerjaya anda sebagai freelancer. Berikut  adalah antara tip yang anda boleh ikut untuk memantapkan lagi teknik penulisan anda.
Menjadi pembaca yang baik.

Untuk menjadi seorang penulis yang baik, anda perlu menjadi seorang pembaca yang baik. Penulisan datang dari imaginasi, jika anda banyak membaca, penulisan anda akan jadi lebih menarik untuk di baca kerana imaginasi yang terhasil adalah lebih menarik hasil pengetahuan yang anda pupuk melalui bacaan.

Tahu kehendak pembaca.

Apabila menulis sesuatu, pastikan anda tahu apa yang hendak di baca oleh pembaca.  Apa yang penting menjadi seorang penulis adalah memastikan apa yang anda tulis adalah apa yang ingin di baca oleh pembaca. Gunakan intonasi yang sesuai bagi pembaca anda.

Mengambil kursus menulis secara professional.

Mengambil kursus teknik menulis mungkin sesuai bagi anda untuk memperkemaskan lagi teknik penulisan anda.

Meningkatkan kualiti penulisan.

Jika ingin berjaya sebagai freelance writer, anda perlu utamakan kualiti. Jadi setiap kali anda menulis atau memulakan tugas terbaru, anda perlu pastikan kualiti penulisan anda sentiasa meningkat. 

Antara cara untuk meningkatkan kualiti penulisan adalah

1. Gunakan perkataan yang senang di fahami oleh pembaca. Elakkan menggunakan perkataan atau ayat yang sukar di fahami oleh pembaca.

2. Ketika menulis, bayangkan anda sedang bercakap dengan pembaca.

3. Elakkan pengulangan sesuatu ayat atau frasa.

4. Jangan sesekali menyalin atau copy paste. Pastikan ia asli.

Sentiasa mengikut strategi yang anda rancang.

Sebelum memulakan penulisan, pastikan anda sudah membuat kajian yang mencukupi dan sudah siap rangka penulisan anda. Dengan ini, penulisan anda akan lebih teratur dan maklumat akan di sampaikan dalam keadaan yang lebih kemas dan sempurna.

Bagaimana hendak membina kredibiliti ?

Semakin tinggi kredibiliti anda, semakin tinggi bayaran yang bakal anda terima dan semakin banyak pekerjaan yang anda akan dapat. 

Berikut adalah beberapa cara untuk meningkatkan kredibiliti

1. Elakkan dari mengambil jalan shortcut. Siapkan kerja seperti yang di kehendaki oleh pelanggan.

2. Sentiasa menghantar kerja tepat pada masanya.

3. Siapkan resume bagi diri anda. Lebih baik anda bina blog bagi perkhidmatan anda ini. Dengan adanya blog sendiri, anda akan di pandang dengan lebih tinggi.

4. Menulis dengan penuh minat bagi setiap pekerjaan yang anda terima.

5. Sentiasa bertanya khabar pada pelanggan lama atau baru.

6. Berkawan dengan freelancer yang lain.

Bagaimana hendak mengatasi masalah pelanggan yang cerewet?

Antara masalah yang akan di bawa oleh pelanggan yang cerewet adalah:

1. Mereka sentiasa mengubah spefikasi projek.
2. Tidak percaya pada anda.
3. Memberi deadline yang cepat.
4. Bayar kurang.
5. Menganggap anda sebagai kulinya.
6. Memberi arahan yang kurang tetapi mahukan lebih.

Walaubagaimanapun, anda jangan putus asa ketika berhadapan dengan pelanggan yang cerewet ini. Berikut adalah teknik bagaimana hendak mengatasi masalah pelanggan yang cerewet:

1. Jangan marah. Sentiasa bertenang dan selesaikan masalah dengan rundingan.
2. Record setiap komunikasi yang berlaku antara anda dan pelanggan anda. Dengan adanya rekod, anda dapat mempertahankan diri jika pelanggan anda cuba tidak bertanggungjawab atas tindakan mereka.
3. Membalas setiap mesej dengan segera. Apabila pelanggan anda bersikap cerewet, selesaikan segala masalah yang timbul dengan segera.
4. Belajar untuk berkata tidak.
5. Dengar sepenuhnya arahan dari pelanggan anda.

No comments:

@templatesyard