Panduan Membina Buyer List - Bisnes Online Sebenar

Tuesday 7 February 2017

Panduan Membina Buyer List


Semua IM berpendapat mempunyai senarai emel adalah keperluan kepada perniagaan internet. Namun, mereka terlupa untuk mengatakan bahawa mempunyai senarai emel yang banyak tidak semestinya perlu, tetapi mempunyai senarai emel yang berkualiti adalah lebih perlu.


Ramai di kalangan IM muda membina list dengan membabi buta. Mereka ingat, dengan memberi produk percuma kepada subscriber, mereka sudah ada lesen untuk mempromosi apa sahaja kepada para subscriber mereka. Mereka silap kerana kebanyakan yang sign up adalah terdiri dari freebie seeker atau mereka yang gemarkan produk percuma. Mereka juga tiada niat untuk membeli sesuatu dari anda ataupun orang lain.

Buyer list tiada freebie seekers kerana buyer list terdiri dari pembeli. Ini bermakna, mereka mempunyai sejarah melakukan pembelian dan mungkin akan membeli lagi dari anda. Persoalannya, bagaimana hendak membina senarai emel yang terdiri dari Buyer List?

Di sini, saya akan senaraikan beberapa strategi berkesan untuk membina buyer list. 

Selamat mencuba dan membaca.

Teori membina buyer list.

Teorinya sangat mudah. Untuk membina buyer list, anda hanya perlu menambah emel yang pernah membeli kepada senarai emel anda. Ia kendengaran seperti mudah kerana ia memang mudah. Setkan minda anda untuk membina senarai emel dari mereka yang memang pernah membeli.

Untuk memastikan teori di atas berfungsi, saya telah merangka beberapa teknik dan strategi yang memang berkesan untuk anda ikut. Selamat membina buyer list.

Strategi pertama: Membawa pelanggan kepada opt-in.

Kebanyakan dari anda akan menghantar pelanggan terus kepada page download untuk mereka menerima produk selepas melakukan pembayaran. Anda perlu tukar teknik penghantaran produk anda dengan membawa pelanggan anda untuk melakukan opt-in sebelum menerima produk mereka.

Dengan melakukan teknk ini, anda boleh membahagikan pelanggan dan pembeli. Semua orang adalah pelanggan, namun, hanya segelintir adalah pembeli. Anda boleh mengugut mereka untuk tidak unsubscribe kerana mereka mungkin tidak akan menerima update dari anda.

Jadi, anda boleh memperalatkan senarai emel ini sebanyak mana yang anda suka. Selain dapat mengumpul buyer list, ada kebaikan lain juga anda membawa pelanggan anda kepada opt-in sebelum menerima produk mereka. Ini kerana anda boleh membahagikan kuasa membeli pelanggan anda .

Katakan anda menjual produk pada harga RM 10, RM 20 dan RM 30. Selepas pelangggan anda membeli produk dari anda, anda bawa mereka ke opt-in untuk mereka menerima produk dari anda. Sekarang anda sudah ada 3 tahap dalam koleksi senarai emel anda. Dari sini, anda sudah boleh tahu bagaimana hendak memperalatkan buyer list anda.

Jika anda produk berharga RM 10, anda sudah tahu di mana anda hendak lakukan promosi. Begitu juga dengan produk yang berharga RM 20 dan RM 30. Lihat, ada banyak kegunaan dengan memiliki buyer list kerana anda lebih targeted ketika melakukan promosi.

Strategi Kedua: Membina empayar resell right.

Resell right hanya memberi kebenaran kepada pemiliknya untuk melakukan jualan dan menerima keuntungan 100% hasil jualan mereka. Di sini, anda boleh mengambil kesempatan dari situasi yang terhasil. Bagaimana? wajibkan setiap pembeli produk anda untuk subscribe pada mailing list anda untuk menerima update.

Anda cipta produk yang sangat berkualiti. Kemudian anda jual resell right produk tersebut dan sudah tentu ada pembelinya kerana kebanyakan IM sukakan perkara mudah. Kemudian, anda hanya perlu tunggu kebanjiran emel masuk ke dalam senarai emel anda.

Kebaikan dari produk resell right ini, anda menerima kemasukan emel yang berkualiti kerana ia terdiri dari golongan pembeli. Anda boleh mecipta produk sebanyak mana yang anda suka dan mampu. Lagi banyak produk yang anda cipta, lagi banyak emel yang anda peroleh. Lagipun, tiada yang lebih baik dalam pemasaran emel selain memiliki senarai emel yang berkualiti.

Strategi ketiga: Komisyen Affiliate 100 peratus.

Buat satu produk dan bina sistem affiliate. Kemudian setkan komisyen affiliate kepada 100 peratus. Saya percaya, dengan melakukan sedikit hebahan, anda akan menerima beratus-ratus permohonan affiliate untuk melakukan promosi terhadap produk anda.

Untuk lebih menarik, anda hadkan masa tertentu sahaja untuk affiliate menerima komisyen 100 peratus dari anda. Saya percaya, setiap affiliate akan melakukan apa sahaja untuk menjual produk anda. Namun, ada lagi perkara yang lebih penting iaitu menerima emel yang berkualiti hasil jualan produk anda iaitu buyer list.

Ini adalah antara teknik yang akan memberikan anda buyer list yang teramai dalam masa yang sangat sekejap. Anda pasti akan tertawa besar jika teknik ini terjadi kerana anda berjaya memperoleh senarai emel yang banyak.

Strategi keempat: Membeli ruang pengiklanan di laman download.

Buat satu squeeze page dan iklankan di laman download produk IM yang lain. Bagi mereka yang tiada masa untuk lakukan 3 teknik di atas, anda boleh cuba teknik ini iaitu mencuri buyer list dari IM lain.

Anda beli pengiklanan di laman web download bagi produk digital dan pada halaman terima kasih bagi produk fizikal di mana niche produk tersebut adalah sama dengan niche yang anda sedang bina.

Kenal pasti beberapa produk yang laku dan boleh di jual secara konsisten. Kemudian, pujuk pemilik produk tersebut untuk menjual ruang pengiklanan pada ruang download mereka. Runding dengan bijak supaya anda boleh dapat harga terbaik.

Strategi kelima: Upsell bagi produk percuma anda.

Ia agak memakan masa tetapi berbaloi untuk mencuba. Buat satu squeeze page dan buat satu pertandingan Pay per lead bagi setiap prospek yang mendaftar di squeeze page anda.

Selepas prospek anda daftar, bawa mereka ke bahagian upsell di mana anda menjual produk berkualiti pada harga yang sangat rendah iaitu RM 7 ke RM 10. Jika ada yang membeli, bawa mereka ke opt-in untuk mereka menerima produk.

Di sini anda sudah ada dua golongan list anda iaitu general dan buyer list. General adalah mereka yang mendaftar untuk menerima produk percuma manakala buyer list adalah mereka yang mendaftar untuk menerima produk Upsell dari anda selepas melakukan pembayaran.

Rumusan keseluruhan strategi.

Seperti yang anda sudah baca, saya mengariskan lima strategi yang anda boleh gunakan untuk membina buyer list. Kelima-lima strategi di atas mematuhi teori asal pembinaan buyer list iaitu hanya menambah emel dari kalangan mereka yang membeli sahaja.

Anda tidak terhad untuk mencuba satu-satu teknik pada sesuatu masa. Anda boleh mencuba kelima-lima teknik sekaligus. Anda juga boleh mengabungkan beberapa teknik untuk menjadi satu teknik mmebunuh. Anda juga boleh mengembangkan teknik sedia ada menggunakan daya kreativiti anda sendiri.

Memiliki buyer list bermakna anda sedang memiliki senarai nama di mana mereka sedia untuk membeli mana-mana produk yang mereka minat. Maka, langkah seterusnya, anda perlu menghasilkan atau promosikan produk yang boleh menarik minat buyer list anda. Seterusnya, anda boleh menerima pendapatan tanpa had dari perniagaan anda. Sekian, terima kasih.

No comments:

@templatesyard