Panduan Meletakkan Harga Ebook - Bisnes Online Sebenar

Tuesday 7 February 2017

Panduan Meletakkan Harga Ebook


Harga ebook memainkan peranan yang penting di dalam jualan ebook. Jika terlalu tinggi, ebook anda mungkin tidak akan laku. Jika terlalu rendah, anda pula akan rasa rugi. Untuk lebih selamat, anda letakkan harga ebook pada harga yang mampu untuk di beli oleh orang ramai.


Ada di kalangan penjual ebook, meletakkan ebook mereka pada harga yang sangat mahal di sebabkan mereka percaya bahawa maklumat yang mereka ada perlulah di jual pada harga yang sangat mahal. Ini berlaku kerana mereka tidak menjana pendapatan melalui ebook tetapi melalui teknik yang terdapat di dalam ebook mereka.

Ada juga yang merasakan maklumat yang ada di dalam ebook mereka adalah maklumat terbaru di dalam pasaran, jadi mereka akan meletakkan harga ebook mereka pada harga yang sangat tinggi berbanding biasa. Tidak kisahlah berapa harga yang penjual ebook ingin letakkan pada ebook mereka, semuanya terletak pada niat anda.

Niat jual ebook.

Ada perbezaan ketara di antara ingin jana pendapatan melalui ebook dan ingin jana pendapatan secara sampingan melalui jualan ebook. Jika anda ingin jana pendapatan melalui ebook, harga yang anda letakkan pada ebook haruslah harga yang mampu di beli oleh semua orang.

Matlamat anda adalah ingin jana pendapatan. Jadi, anda perlu pastikan ebook anda memang terjual. Tanpa mengira harga maklumat di dalam ebook anda, anda haruslah meletakkan harga yang mampu untuk di beli oleh orang ramai.

Kajian harga ebook.

Jika di malaysia, harga ebook yang laku di jual adalah berkisar dari RM 10 hingga RM 80. Jika lebih dari RM 80, ia di anggap sebagai ebook yang mahal. Malah ada juga di kalangan pembeli yang menganggap ebook yang berharga RM 50 adalah mahal. Jadi, harga sebenar yang mampu di miliki adalah dari RM 1 hingga RM 30.

Tangga harga ebook.

Bagi ebook pertama, anda seharusnya janganlah meletakkan harga yang terlalu mahal. Lainlah jika anda ingin jadikan ia sebagai pendapatan sampingan. Pada permulaan, anda letakkan pada harga RM 10 atau RM 20. Harga yang rendah akan memberi pembeli yang banyak kepada anda jika kaedah promosi anda bagus.

Melalui pembeli yang banyak ini anda boleh lebarkan pengaruh anda dan seterusnya boleh menjual ebook yang berprofil tinggi pada harga yang tinggi. Untuk membina pengaruh, anda perlulah bersifat pemurah. Harga yang ebook yang murah boleh memikat ramai orang untuk mengikuti anda.

Pengaruh harga.

Walau sehebat mana ebook anda, surat jualan anda, pembeli akhirnya akan memandang pada harga ebook juga. Melalui harga itulah mereka membuat keputusan sama ada hendak membeli atau tidak. Surat jualan hanyalah wakil anda sebagai jurujual di internet.

Harga tetap menjadi penentu sama ada ebook anda terjual atau tidak. Harga yang mahal boleh membantutkan usaha anda manakala harga yang terlalu murah akan merugikan anda pada akhirnya.

Harga eksklusif.

Salah satu cara untuk membina pengaruh dan menjana pendapatan melalui ebook adalah melalui harga eksklusif. Harga eksklusif adalah harga yang tidak terlalu mahal dan juga tidak terlalu murah. Ini bermakna, mereka yang berkemampuan tidak ragu-ragu dengan kualiti ebook berdasarkan harga manakala mereka yang kurang berkemampuan mampu untuk membeli ebook tersebut.

Cara meletakkan harga eksklusif.

Untuk mencari harga yang ekslusif bagi ebook anda, anda perlu lakukan kajian dari segi permintaan dan saingan.

Jika permintaan bagi ebook anda adalah banyak dan saingan anda pula kecil, harga ebook anda eloklah di letakkan pada harga yang sederhana. Ini kerana anda mempunyai ramai pembeli yang dahagakan maklumat yang anda ada itu, tidak salahnya untuk anda memungut seramai mungkin pengikut anda..

Jika permintaan bagi ebook anda adalah kurang dan saingan juga kurang, harga ebook anda eloklah di letakkan pada harga yang rendah. Jika permintaan bagi ebook anda adalah banyak dan saingan juga banyak, eloklah anda meletakkan ebook anda pada harga mampu milik oleh golongan kurang berkemampuan.

Jika permintaan bagi ebook anda adalah kurang dan saingan juga banyak, anda boleh letakkan harga ebook anda pada harga yang tinggi. Ini kerana saingan yang banyak membuatkan peluang anda untuk menonjol adalah kurang, tetapi di sebabkan harga ebook anda yang mahal, pengguna mungkin mengganggap maklumat di dalam ebook anda adalah sangat bernilai.

No comments:

@templatesyard