Teknik Tambah Pendapatan Perniagaan - Bisnes Online Sebenar

Wednesday 8 February 2017

Teknik Tambah Pendapatan Perniagaan


Perubahan Kecil Mampu Memberi IMPAK yang BESAR!


Secara kasar, terdapat berjuta produk digital yang dijual atau diberi percuma di dunia internet kini. Bilangan itu juga merujuk kepada jumlah pengguna internet yang semakin meningkat dari hari ke hari. 

Apabila semakin banyak produk digital bersepah di alam maya, semakin kuatlah persaingan yang perlu anda hadapi. Malah, semakin ramai yang celik dalam hal perniagaan internet, semakin kurang jugalah pelanggan anda.  

Tahukah anda bahawa terdapat banyak perubahan kecil boleh dibuat terhadap laman web, blog, surat jualan (minisite) atau produk anda, yang kemudiannya mampu meledakkan kembali akaun bank atau paypal anda?

Cuba anda fikirkan perkara ini, bagaimanakah seorang usahawan internet dapat bertahan di arena perniagaan internet walaupun mempunyai satu produk sahaja? 

Sebabnya mudah, sudah tentu usahawan itu sentiasa membuat perubahan kecil tehadap produk ciptaan mereka. Contohnya suadara Jamal dengan e-booknya yang bertajuk ‘Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan’ dan saudara Munawar dengan e-book bertajuk ‘Jana Wang Adesense’.

Apabila mereka membuat perubahan kecil ini dan mereka stabilkan sumber traffik ke laman jualan produk tersebut, dan apabila mereka mampu mencapai jumlah pengunjung ke laman jualan mereka hingga ratusan dan ribuan dalam sehari. Hasilnya BOOM! Usahawan ini serta merta menjana keuntungan dengan drastik disebabkan perubahan yang telah dibuat.      
Contoh: Di bawah, saya sekadar menggambarkan kemungkinan yang bakal berlaku apabila anda membuat sedikit perubahan kecil terhadap pemasaran emel.

Saya andaikan anda mempunyai jumlah pelanggan melalui emel sebanyak 50,000 orang. Apabila anda ingin memasarkan sesuatu produk melalui emel, anda akan membina satu siri emel pujukan supaya penerima emel membeli produk yang diniagakan. Pada masa itu, ‘kadar penerima membuka emel’ adalah sebanyak 10% sahaja.

Tetapi, jika anda mengubah tajuk emel anda menjadi lebih anggun dan bergaya, peratusan itu akan bertambah sebanyak 2%. Kenaikan kadar kepada 2% adalah berbaloi kerana anda hanya mengubah tajuk emel sahaja. 2% di sini bersamaan sebanyak 1000 penerima tambahan yang akan membuka emel anda. Secara tidak langsung, jualan anda juga pasti akan mendapat sambutan yang mendadak.  

Perkiraan di atas hanya menyentuh aspek pemasaran emel sahaja. Tetapi, apa yang saya mahu tunjukkan adalah menukar laman jualan anda menjadi lubuk pendapatan dengan melakukan perubahan kecil. Bayangkan jika pertambahan 1000 penerima emel seperti di atas berlaku juga terhadap jumlah pengunjung ke laman jualan anda, saya yakin anda pasti dapat menjana keuntungan yang tidak pernah disangka-sangka.

Apa yang anda perlu buat? Anda hanya perlu membuat sedikit perubahan kecil terhadap rupa bentuk produk dan laman jualan anda.  

Sekali lagi, cuba bayangkan, anda lakukan perubahan kecil ini berulang-ulang kali?

PEMBERITAHUAN: Post ini akan suap anda terus menerus dengan informasi-informasi berkenaan cara cepat dan senang dalam menjana keuntungan dengan membuat perubahan kecil terhadap produk digital anda.

Anda akan pelajari:

Bagaimana membuat perubahan kecil yang mantap dengan menjenamakan produk anda? Melalui penjenamaan ini, bakal pelanggan akan mencari anda hingga ke tangga rumah anda.

Dengan membuat sedikit perubahan kecil terhadap grafik, anda dapat menukar suspek atau prospek menjadi pembeli atau pelanggan kepada produk anda.

Bagaimana mengubah sedikit ayat jualan dan memaksimumkan keuntungan anda tanpa membazir dalam mengupah copywriter?

Bagaimana menggunakan pemasaran video dalam meningkatkan keuntungan anda?

Ayuh!! Kita mulakan pelajaran kita sekarang!


Penjenamaan

1. Jangan Takut Untuk Tiup Arus Perniagaan Anda yang Tersendiri!

Dalam perniagaan internet, anda tidak boleh sama sekali terlalu merendah diri walaupun anda seorang ‘newbie’. Saya mengatakan begitu kerana produk dan laman jualan anda umpama setitis air yang terkandung dalam sebuah laut.

Maksudnya, anda berada bersama-sama dengan usahawan (otai mahupun newbie) lain dan terpaksa bersaing dalam melariskan produk yang dijual. Kesannya jika anda terlalu merendah diri; anda bakal dipandang rendah dan produk anda pasti tidak akan mendapat sambutan yang luar biasa.

Saya ingin mencipta satu situasi jualan di sini:

Seorang usahawan A telah mencipta dan memasarkan sebuah produk hebat dan sangat bermutu. Usahawan A juga memberi peluang kepada para usahawan lain untuk turut menjual kembali produk tersebut dengan memberi lesen hak jualan semula tanpa had iaitu Private Label Rights (PLR).

Pada masa yang sama, usahawan B (otai) dan usahawan C (newbie) telah membeli produk itu dan ingin menjual semula. Lalu mereka membina laman jualan dan memulakan promosi. Hal yang berlaku selepas itu, usahawan B telah berjaya menjual semula produk itu hingga menjadi reseller terbaik bagi produk berkenaan. Manakala usahawan C hanya mendapat pulangan balik modal sahaja.

Perkara sebegini berlaku kerana usahawan B telah bergiat lama dalam perniagaan internet. Usahawan C pula baru berjinak-jinak dalam bidang ini. Para suspek atau prospek atau pelanggan lama pasti akan dapatkan produk itu daripada usahawan B. Ini kerana usahawan B lebih dikenali dan dipercayai melalui produk yang pernah dijual oleh beliau. Betapa ruginya usahawan C kerana terpaksa bersaing dengan usahawan B yang sememangnya mempunyai kredibiliti yang sangat disegani.

Padahal, usahawan C boleh mengelakkan perkara sebegini daripada berlaku. Caranya begini:

1. Berikan bonus produk yang lebih gempak dan berbaloi-baloi berbanding menjual produk itu semata-mata.

2. Menggunakan sistem pemasaran yang lebih efisien dan menjamin keuntungan seperti pemasaran emel.

3. Mengubah produk asal supaya menjadi lebih unggul dan diyakini untuk memberi sedikit kelainan daripada yang lain.

Bagi perkara ketiga di atas, saya maksudkan anda perlu menjenamakan produk berkenaan menjadi lebih berjenama daripada sebelumnya. Dengan berbuat demikian, hal itu dapat menonjolkan usahawan C dan menjadikan beliau berbeza daripada usahawan B. Mudah bukan?

Saya tekankan di sini, perkara terpenting harus dilakukan untuk terus berjaya dalam perniagaan internet, anda perlu keluar daripada kelompok usahawan yang sedia ada!

Seterusnya, jika anda sudah berjaya dalam meraih jualan yang tinggi terhadap sesuatu produk yang dijual, pastikan anda dedahkan atau tunjukkan ‘screenshot’ akaun bank atau paypal kepada bakal pelanggan atau pelanggan anda. Jika anda lakukan perkara sebegini, ia adalah sesuatu yang mengagumkan apabila dilihat dan dibaca oleh orang lain.

Hal ini bertujuan untuk buktikan bahawa betapa hebat dan uniknya cara anda berniaga di internet. Hal ini juga bertujuan untuk membezakan antara anda dan usahawan yang lain. Kesannya, diri anda bakal menjadi buah mulut dalam kalangan usahawan internet dan pelayar internet.


2. Sasarkan Kepada Bidang yang Lebih Khusus

Satu perkara yang perlu diambil perhatian dalam membina jenama adalah; anda perlu mewar-warkan kepada orang lain bahawa anda adalah seorang pakar dalam bidang atau niche yang dipromosikan. 

Untuk menjadi seorang pakar, anda tidak perlu tahu kesemua proses yang terlibat dalam bidang pilihan anda. Cukup dengan mempunyai pengetahuan yang tertentu anda sudah dianggap pakar.

Contohnya: 

Blog perniagaan internet. Jika anda membuat carian di enjin carian (e.g.: google) berkenaan blog perniagaan internet, beratus senarai blog yang bertemakan dengan nama ini akan disenaraikan. 

Disebabkan blog-blog ini mempunyai tujuan yang sama, andai anda turut serta dalam membina blog dengan nama yang sama, saya pasti blog anda bakal tenggelam dalam kalangan blog-blog yang telah wujud itu. 

Oleh itu, saya cadangkan supaya anda bina sebuah blog yang lebih khusus berkenaan perniagaan internet (e.g.: Adsense Blog, Affiliate Blog dan lain-lain).    

Katakan anda berminat dalam bidang pemasaran internet, jangan anda tunggu untuk letakkan diri anda sebagai pakar, terus anggap diri anda pakar bagi pandangan orang lain. Caranya begini:

Pada suatu hari, anda telah berjaya menyiapkan sebuah produk berkaitan teknik pemasaran internet yang berkesan. Anda sedar bahawa situasi perniagaan internet sekarang adalah begitu kompetitif dan sangat berdaya saing.

Oleh itu, anda buatlah pengumuman (di blog, di forum atau di mana sahaja yang difikirkan sesuai)  terlebih dahulu berkenaan produk ciptaan anda itu. Anda cuma perlu katakan bahawa teknik yang ingin anda persembahkan itu sudah berjaya anda gunakan untuk menarik ramai pelanggan. Tunjukkan anda sememangnya pakar semasa membuat pengumuman itu.  

Perhatikan!! Hanya dengan menonjolkan diri anda adalah pakar, anda bakal berjaya untuk menarik perhatian orang lain (inilah perubahan kecil itu). Apa yang penting, anda perlu kecilkan lagi skop bidang yang diceburi. Anda juga perlu mencipta satu gaya pemasaran yang belum pernah dibuat oleh usahawan lain. Untuk tingkatkan lagi cara pemasaran yang berkesan dan lain dari yang lain, berikan gelaran kepada diri anda sendiri untuk merujuk terhadap bidang anda.

Contohnya: Raja Tembus Pasaran atau Tukang Pasar Produk. Walaupun sedikit pelik bunyinya, tetapi anda bakal menjadi tumpuan dengan menggunakan kaedah ini.  

Oleh itu, untuk menjadi lebih unik dan mendapat tumpuan, anda perlu kuat berimaginasi dan kreatif dalam membina jenama.

3. Testimoni

Saya percaya, di luar sana, kesemua laman jualan produk digital mempunyai testimoni daripada para pelanggan ataupun testimoni daripada pengreview produk anda.

Mengapa testimoni di laman jualan adalah penting? Jawapannya, testimoni dapat menguatkan ayat jualan anda. Testimoni juga sedikit sebanyak dapat memberi sedikit kuasa psiko kepada para pelanggan untuk menyuruh mereka bertindak membuat belian ketika singgah di laman jualan anda.  

Untuk hal testimoni ini, saya ingin anda meletakkan testimoni dari pakar dalam bidang yang anda ceburi sahaja. Jangan diminta testimoni daripada pakar dalam bidang lain. Hal ini dapat menjejaskan hasil jualan anda. Ini kerana, para pelanggan produk digital pada masa kini sudah semakin bijak dalam membuat pilihan. Oleh itu, buat sedikit perubahan terhadap ruangan testimoni dalam laman jualan anda.

Kotak-kotak untuk ruangan testimoni juga anda patut ubahkan. Binalah frame yang cantik atau bungakan sahaja kotak-kotak testimoni anda. Mungkin anda boleh minta pemberi testimoni supaya memberi gambar dengan memegang duit yang banyak di tangan mereka. Dan pelbagai aspek lagi yang boleh anda fikirkan untuk diubah bagi ruangan testimoni ini.  

Grafik

1. Mengubah E-Cover
                           
Kebanyakkan usahawan internet kini tidak begitu mempedulikan rupa paras produk mereka. Mereka lebih banyak menghabiskan masa dan duit kepada freelancer, rupa laman jualan, autoresponder dan lain-lain. 

Tetapi, e-cover produk mereka pula akan dibuat sambil lewa sahaja. Usahawan seperti ini menganggap e-cover tidak memberi impak yang besar terhadap jualan mereka. Apa yang penting adalah isi kandungan produk mereka.  

Padahal, mereka tidak sedar bahawa e-cover yang dibuat sambil lewa itu telah menyebabkan mereka kehilangan banyak pendapatan. Ini kerana, e-cover itu langsung tidak mencetuskan perasaan untuk membeli kepada bakal pelanggan terhadap produk berupa seperti itu.

Hal ini mungkin mengejutkan anda – ramai pembeli pada zaman sekarang suka menilai sesuatu produk itu dengan menilik cover terlebih dahulu. Tiada lagi istilah ‘Don’t judge the book by its cover’. TIADA LAGI!!

Oleh itu, laburlah sedikit dalam membuat e-cover untuk produk anda. Jika anda sudah mula membuat jualan tetapi jualan sekarang tidak begitu memberansangkan, mungkin anda perlu mengubah e-cover produk anda sekarang supaya mendapat lebih ramai pelanggan.

2. Banner Untuk Minisite

Banner bagi sesebuah minisite (laman jualan), juga sama penting seperti e-cover. Cuba anda pergi ke mana-mana minisite, pada bahagian atas sekali adalah banner dan kemudian barulah ‘headline’ minisite tersebut. Selain pengunjung minisite anda ingin membaca ‘headline’ yang ditulis, mata mereka pasti terfokus juga kepada banner minisite anda.

Jika banner anda kelihatan muram dan tidak menarik, pengunjung itu tadi mungkin tidak berada lama di minisite anda. Seterusnya, mereka langsung tidak tertarik untuk membuat belian. Akhirnya, mereka tidak lagi berminat untuk mencari anda dalam mendapatkan produk yang dijual.

Tetapi, jangan pula anda gunakan banner yang tiada kaitan dengan produk anda!

Oleh itu, dapatkan produk-produk PLR yang berlambak di luar sana. Produk PLR biasanya didatangkan dengan surat jualan beserta banner. Gunakan sahaja banner yang telah tersedia. Anda mungkin perlu mengubah sedikit banner tersebut mengikut kesesuaian promosi anda.

3. Gambar Produk

Anda juga boleh menggabungkan beberapa gambar produk anda untuk menggambarkan ia akan diberi dalam bentuk pakej. Hal ini juga mampu menarik bakal pelanggan untuk membeli selepas mendapati terdapat banyak produk yang mereka bakal dapat dalam satu harga:

Produk yang boleh dimuatkan dalam pakej penuh produk anda termasuklah:

1. Sebuah e-book utama
2. Modul-modul e-book
3. Produk dalam bentuk CD atau DVD
4. Produk dalam bentuk video
5. Produk dalam bentuk audio
6. Kad keahlian seumur hidup
7. Dan lain-lain yang difikirkan sesuai

Ingin saya nyatakan di sini, anda tidak perlu sediakan kesemua produk seperti di atas. Cukuplah dua atau tiga sahaja sudah memadai.

Surat Jualan

1. Menggunakan Pelbagai Warna Untuk Headline

Dalam sesebuah surat jualan, aspek paling utama dalam proses mendapatkan jualan adalah untuk mencuri perhatian bakal pelanggan anda. Maka, ‘headline’ adalah perkara yang paling kritikal daripada keseluruhan surat jualan.  

Oleh itu, jika ‘headline’ yang digunakan tidak menarik pembaca untuk membaca kesemua ayat jualan anda, pekerjaan anda dalam membina laman jualan akan menjadi satu usaha yang sia-sia.

Sila perhatikan ‘headline’ di bawah. Pada pandangan anda, yang mana satu lebih membuka mata pengunjung laman jualan bagi sebuah produk PLR?

"Secure Your Instant Access To A Mammoth Collection Of Constantly Adding Resell Rights, Private Label Rights, Graphics, And More... And Jumpstart Your Online Marketing Career Starting This Second!"

Atau ini:

“Secure Your INSTANT Access To A *MAMMOTH* Collection Of Constantly Adding Resell Rights, Private Label Rights, Graphics, And More... And JUMPSTART Your Online Marketing Career
STARTING THIS SECOND!”

Nota: Maaf kerana saya menggunakan contoh dalam bahasa Inggeris di atas.

Jadi, hanya dengan mengubah beberapa aspek terhadap ‘headline’, anda akan berjaya bermain dengan pemikiran pengunjung dan psiko pembaca supaya membaca surat jualan anda hingga habis.

Aspek yang saya ubahkan terhadap headline di atas adalah:

1. Menukar beberapa perkataan kepada warna merah.
2. Membuat underline atau highlight kepada perkataan yang saya rasakan ianya adalah perkataan killer.

2. Menggunakan Grafik Untuk Tarik Perhatian

Kebiasaannya, pengunjung yang melawat ke laman jualan anda, kebanyakkan daripada mereka tidak akan membaca setiap patah perkataan dan setiap ayat yang anda tuliskan.

Mereka akan ‘skim reading’ atau ‘skip’ atau ‘scan’ sahaja ayat-ayat jualan anda itu. Mereka akan terus ke bahagian paling bawah untuk melihat harga produk yang anda letakkan. Oleh itu, untuk menarik perhatian pengunjung seperti ini, meletakkan gambar yang menarik di tengah-tengah surat jualan adalah jalan terbaik. Apabila mereka terlihat gambar itu, mereka pasti berhenti daripada ‘scan’ dan akan baca setiap perkara yang cuba anda ingin sampaikan.

Contoh: Jika anda seorang usahawan yang membuka sebuah laman keahlian dengan menyediakan pelbagai produk terbaik untuk ahli, anda mungkin boleh berbuat seperti di bawah:

“Adakah anda sanggup menangkap ikan kecil dengan apa cara sekalipun atau anda sanggup mendaftar menjadi ahli di sini supaya perniagaan anda nanti dapat membantu anda dalam mendapatkan ikan yang lebih besar?”

Pada pendapat saya, dengan selitkan gambar seperti di atas, anda bakal berjaya menukarkan prospek menjadi pelanggan!

Video

1. Mengajar Pelanggan Langkah Demi Langkah

Adakah anda tahu bahawa video yang anda rakamkan dan diupload ke YouTube mampu meningkatkan ‘conversion rate’ terhadap laman jualan? Bukan itu sahaja, video itu tadi turut membantu anda dalam mendapatkan keuntungan secara mendadak.

Kita ambil contoh terbaik pada masa kini. Anda pasti mengenali saudara Zamri Nanyan iaitu seorang usahawan internet yang fokus terhadap bidang perniagaan MLM internet. Pernahkah anda melawat ke laman jualan beliau berkaitan dengan sistem autoviralnya? Jika anda pernah ke sana, saya pasti anda telah teruja dengan kata-kata beliau melalui video yang ditepekkan di lamannya itu.    

Pada pendapat saya, untuk permulaan membuat promosi melalui video, anda tidak perlu muncul di skrin video itu. Cukuplah dengan membuat sebuah slide show yang menarik perhatian pengunjung laman anda. Masa untuk slide show itu juga tidak perlu lama, cukuplah dalam jangka masa kurang dari LIMA minit sahaja. Jika perlu, sumbatkan lagu-lagu atau animasi untuk memberi perasaan santai kepada penonton.

Seperkara lagi, jika anda ingin meyakinkan pengunjung supaya melabur dengan membeli produk anda, binalah video yang mengajar bukannya video yang memaksa pengunjung untuk terus membuat belian. Kenyataannya, membuat video adalah perkara yang lebih mudah dari menulis surat jualan panjang berjela  dan perubahan ini membuatkan anda lain dari yang lain.  

2. Minta Pelanggan Segera Bertindak

Seorang lagi usahawan internet yang berjaya dalam menggunakan video untuk mengumpul senarai pelanggan ialah saudara Ammar Zahar.

Dalam videonya di laman jualan ZeroKeHero, saudara Ammar menunjukkan kepada anda bagaimana beliau menjana pendapatan melalui internet sehingga berjaya seperti sekarang. Melalui video itu jugalah saudara Ammar meminta para pengunjung supaya bertindak dengan membuat belian untuk mempelajari rahsia-rahsia beliau.

Bagaimana saudara Ammar dapat mengaut pendapatan hanya melalui video itu?

Apa yang saudara Ammar buat adalah:

1. Bina video yang menarik dan menyakinkan untuk diletakkan di laman jualan.
2. Kemudian, beliau meminta para pelanggan dan pengunjung untuk menonton video tersebut.
3. Seterusnya, beliau sediakan satu sistem mudah untuk pengunjung dapatkan preview awal produk tersebut.
4. Pengunjung itu tadi telah berminat dengan produk yang dinyatakan. Lalu pengunjung menyuruh rakan-rakannya turut menonton video di laman jualan itu.
5. Akhir sekali, pengunjung dan rakan-rakannya telah dapatkan produk yang dijual di laman jualan itu.

Saudara Ammar telah berjaya dalam membuat jualan kerana beliau menyediakan sebuah video yang begitu berkuasa dalam menyuruh penonton supaya terus bertindak.

Kesimpulan

Jangan Berhenti Mencuba!

Dalam ringkasan ini, saya ingin ingatkan kembali bahawa dalam perniagaan internet, produk digital dan pesaing anda semakin bertambah tetapi pelanggan anda pula mungkin makin berkurang.

Jangan anda lupa untuk dapatkan traffik yang tinggi ke laman jualan anda. Tiada guna anda buat perubahan andai tiada traffik yang baik ke laman anda.

Saya tidak akan sentuh hal-hal menjana traffik ke laman jualan. Tetapi, traffik perlu diketahui dan dipelajari kerana ianya penting dalam mendapat jualan. Apabila anda berjaya menarik traffik yang tinggi ke laman jualan, kerja-kerja mencuba dan mengubah tidak akan menjadi sia-sia. Malah perkara itu akan membuatkan pendapatan anda bertambah secara drastik.  

Akhir kata saya, teruskan mencuba dalam mengubah seperti yang telah dibincangkan di atas. Kenapa perlu membuat perubahan kecil ini? Ini adalah untuk pastikan anda mendapat keuntungan yang maksimum daripada laman jualan anda.



Sekian, Untuk Kejayaan Bersama!

No comments:

@templatesyard