Tips List Responsif - Bisnes Online Sebenar

Wednesday 8 February 2017

Tips List Responsif


Komunikasi adalah antara perkara terpenting dalam perniagaan. Jika anda bercakap seorang diri, tiada apa-apa yang akan terjadi. Jika prospek anda berkata sesuatu, perkara yang positif mungkin akan berlaku. Dalam pemasaran emel, anda perlu mendidik mailing list anda untuk menjadi responsif mungkin.


Mungkin anda tertanya-tanya apa yang di maksudkan dengan responsif. Subscriber responsif bermaksud subscriber yang mengikut apa yang anda cadangkan.  Contohnya, apabila anda mencadangkan kepada subscriber anda untuk membeli produk tertentu, list yang responsif akan dengar akan cadangan anda dan membeli produk yang anda cadangkan.

Memang tidak mudah untuk menghasilkan list yang responsif, namun, tidak rugi untuk anda mencuba. Ramai di kalangan IM muda terlalu obsess untuk melakukan pemasaran emel. Namun, mereka melakukan ia dengan cara yang salah. Mereka terlalu obses dengan memiliki senarai emel yang banyak sehingga mereka terlupa akan faktor responsif.

Kenapa IM gagal dalam melakukan pemasaran emel.

Peringatan pertama untuk IM muda, pemasaran emel bukan bermakna anda perlu tahu bagaimana hendak membina list semata-mata. Anda juga perlu tahu bagaimana hendak mengawal list yang anda bina. Keberkesanan pemasaran emel bukan bergantung kepada sebesar mana list yang anda ada tetapi sejauh mana responsif emel yang di hasilkan.

Sebelum anda melakukan pemasaran emel, anda perlu tahu bagaimana hendak menjadikan mailing list yang anda bina bersikap responsif. Jika anda gagal dalam pemasaran emel sebelum ini, anda jangan kecewa, kerana sekarang anda sudah tahu bahawa kunci kepada pemasaran emel ini terletak kepada kadar responsif.

Di dalam ebook ini, saya akan huraikan serba sedikit bagaimana hendak menjadikan list yang anda bina menjadi responsif. Saya juga akan huraikan perkara yang anda yang anda tidak patut lakukan ketika melakukan pemasaran emel.

Kesilapan biasa ketika melakukan pemasaran emel.

Di sini, saya akan huraikan perkara yang tidak patut anda lakukan ketika melakukan pemasaran emel. Kadang-kadang kita terlalu terkehadapan ketika melakukan  sesuatu sehingga terlupa beberapa perkara yang tidak patut kita lakukan.

Kesilapan pertama : terlalu obses dengan bilangan emel dalam senarai emel.

Ini adalah kesilapan biasa bagi seorang newbie. Mereka menganggap pemasaran emel hanya berkesan kalau mempunyai list yang banyak. Sifat ini perlu di buang kerana apa yang penting adalah kadar responsif dalam senarai emel anda.

Im yang bijak akan sentiasa memberi maklumat berguna kepada subscriber mereka di samping menyuruh mereka yang tidak mahu lagi menerima tips untuk unsubscribe. Adalah penting untuk sentiasa menyuruh list unsubscribe jika mereka tidak berminat kerana anda bayar untuk setiap emel yang di daftar pada autoresponder anda. Jangan bazirkan wang untuk golongan ini.

Memiliki senarai emel yang banyak hanya akan merugikan anda jika kebanyakan darinya adalah tidak responsif. Katakan anda mempunyai 20000 emel tetapi setiap kali anda menghantar emel, hanya 20 peratus sahaja yang membuka dan membacanya. Apa yang terjadi pada 16000 emel yang lain.

Kenapa anda perlu membazirkan wang membayar yuran autoresponder untuk menyimpan emel yang tidak berguna di dalam sistem autoresponder anda. Oleh itu, perkara terbaik yang anda boleh lakukan adalah belajar untuk membina list yang responsif sejak dari awal lagi.

Kesilapan kedua : Tidak sabar untuk promosi produk kepada list yang baru masuk.

Baru je daftar, anda sudah lakukan promosi pada emel tersebut. Perbuatan ini tida salah tetapi sangat salah. Anda pasti rasa menyampah jika anda masuk ke dalam kedai dan di paksa membeli sesuatu di dalam kedai tersebut. Sama juga dengan perasaan pemilik emel ini.

Dalam pemasaran emel, anda perlu ada tempoh bertenang. Mulakan dengan pengenalan dan beri apa yang subscriber anda mahukan iaitu maklumat yang anda janjikan atau apa sahaja yang anda janjikan. Selepas itu, barulah anda lakukan promosi secara berhemah pada senarai emel anda.

Pandangan pertama adalah penting. Jika anda melakukan promosi pada emel pertama anda kepada pelanggan anda. Emel yang di hantar anda seterusnya, mungkin tidak akan di buka langsung oleh pemilik emel tersebut. Lebih teruk, mereka mungkin akan terus buang emel anda dengan hanya melihat nama anda sahaja.

Kesilapan ketiga : Spam dengan bermacam-macam tawaran.

Antara kesilapan paling teruk dalam pemasaran emel adalah melakukan promosi membuta tuli. Anda perlu faham, pemilik emel adalah manusia dan bukannya robot. Manusia mempunyai perasaan. Jika anda melakukan promosi membuta tuli, pemilik emel menganggap anda sebagai spammer. Oleh itu, secara rasminya kreibiliti anda akan tercalar.

Anda perlukan langkah yang konsisten. Tidak mengapa jika anda bermula lewat untuk sesuatu cabaran affiliate, yang penting hubungan anda dengan subscriber anda selamat. Jika tidak, emel yang anda hantar pasti akan di cop spam oleh pemilik emel atau lebih teruk mereka akan terus setkan alamat emel anda sebagai spam.

Mulakan promosi dengan pengenalan produk, kemudian sertakan kehebatan produk tersebut, risiko yang perlu di tanggung dan seterusnya membawa pelanggan untuk melakukan tindakan iaitu membeli.

Kesilapan  keempat : Menghantar emel yang terlalu panjang.

Siapa suka membaca? Jika anda masih belajar, mungkin. Jika anda sudah mempunyai keluarga dan bekerja, mungkin tidak. Anda silap jika anda ingat pemilik emel akan membaca semua yang anda tulis kerana anda juga tidak pernah lakukan, kenapa orang lain akan lakukan.

Kebanyakan IM bersifat tamak dengan melakukan promosi 3 hingga 4 produk dalam satu emel. Tahukah anda? betapa menyampahnya pemilik emel untuk menerime emel yang panjang dari anda. Cukup sahaja menulis emel yang ringkas dan padat. Ada pakar IM mencadangkan untuk menghantar emel dalam 300 hingga 400 perkataan sahaja dan saya rasa cadangan tersebut mungkin betul.

Kesilapan Kelima : Bersikap tidak professional ketika menghantar emel.

Penggunaan perkataan aku dan menganggap subscriber anda sebagai kawan adalah antara kesilapan yang di lakukan oleh IM. Mereka bukan kawan anda tetapi pelanggan anda. Sikap professional banyak di amalkan oleh IM-IM yang ada kredibiliti. Mereka melayan setiap karenah pelanggan dengan professioanal. Begitu juga dengan subscriber mereka.

Gunakan pendekatan personalize sudah cukup untuk mendekatkan diri anda dan subscriber anda. Ramai IM menganggap setiap subscriber adalah manusia biasa dan mereka menghantar emel dengan mengaggap seolah-olah subscriber mereka akan mendengar semua yang mereka katakan.

Mereka silap setiap subscriber di dalam senarai emel mereka bukanlah manusia biasa tetapi adalah pelanggan. Anda perlu melayan pelanggan anda secara professional seolah-olah anda berada di dunia sebenar.



Langkah demi langkah membina list responsif.


Membina list yang responsif memerlukan perancangan yang agak teliti. Bukan terlalu teliti tetapi hanya sekadar sederhana sahaja. Kita sudah tahu kebaikan untuk membina list yang responsif. Sekarang, saya akan tunjukkan langkah demi langkah bagaimana anda hendak membina list yang responsif.

Pertama: Ketahui latar belakang pelanggan anda.

Untuk memastikan segala keinginan subscriber anda tertunai, kita perlu lakukan sedikit siasatan rambang mengenai personaliti subscriber anda berdasarkan produk atau niche anda.

Katakan anda mengumpul list dalam niche kuruskan badan. Anda boleh senaraikan seberapa banyak kriteria yang mungkin ada pada mereka yang ingin menguruskan badan. 

Contohnya di bawah:

1. Kebanyakan orang gemuk adalah pendiam dan seorang yang gembira.
2. Mungkin perempuan atau lelaki.
3. Mungkin isteri yang berumur 30 tahun ke atas.
4. Kalau lelaki mungkin mengalami obesiti dari kecil atau selepas perkahwinan.
5. Sifat seorang yang mengalami obesiti adalah.
-      Mudah sensitif
-      Rendah diri.
-      Pendiam.
-      Menyembunyikan perkara sebenar.
-      Sentiasa bernafsu untuk makan.
-      Sentiasa berada di dalam dilemma.

6. Tidak aktif bersukan.
7.  Biasanya seorang yang bijak. Namun, kebanyakan darinya adalah kurang bijak dan malas.
8. Melakukan pekerjaan yang tidak memerlukan tenaga.
9.  Amat tidak selesa jika di beri tekanan.
10. Tidak ada masa untuk melakukan senaman.

Senarai kriteria di atas adalah contoh kriteria bagi bakal subscriber saya dalam bahagian niche kuruskan badan. Selepas itu, saya perlu kecilkan lagi skop subscriber saya.Katakan produk yang saya keluarkan adalah berbunyi begini, Program kuruskan badan melalui senaman.

Beradasarkan tajuk ebook saya, saya akan ramalkan golongan mana yang akan membeli ebook tersebut dari saya. Saya kecilkan skop di atas kepada senarai di bawah:

1.Golongan remaja dan lelaki. Perempuan selalunya tidak berminat untuk melakukan senaman terutamanya seorang suri rumah.

2. Mereka yang mempunyai banyak masa. Senaman memerlukan banyak masa untuk di adaptasikan dan sudah tentu mereka yang mempunyai banyak masa akan membeli produk ini.

3. Sudah bersedia sepenuhnya. Tajuk pada ebook ini menunjukkan bahawa mereka yang bersedia untuk memberi komitmen sahaja yang berminat untuk membelinya. Mereka bersedia untuk lakukan apa sahaja yang perlu untuk menguruskan badan.

Amat penting untuk kita mengetahui dengan jelas apa yang subscriber kita mampu lakukan supaya apabila kita menghantar emel kepada mereka, kita akan menggunakan ayat-ayat yang tepat. Berdasarkan kriteria yang saya tulis di atas, saya faham bahawa mereka yang berbadan besar ini sensitif. Jadi, ketika saya hendak menghantar emel kepada mereka, saya tidak akan sesekali mengecilkan hati mereka. Dengan ini, list saya akan menjadi lebih responsif dari biasa.

Kedua : Menghantar emel yang menggoda.

Langkah kedua adalah menghantar emel yang menggoda. Dalam melakukan godaan, anda perlu berfikiran seperti seorang professional. Ini untuk mengelakkan masalah di kemudian hari. Apabila anda menggoda pelanggan dengan sesuatu yang anda tidak dapat tunaikan, ia pasti akan menyusahkan anda di kemudian hari.

Teknik menggoda ada beberapa bahagian yang anda perlu beri perhatian. Berdasarkan kriteria yang saya senaraikan di atas, saya tahu dengan jelas apa yang subscriber saya mahukan. Ada 3 langkah yang selalunya akan menyebabkan manusia tergoda.

Langkah tersebut adalah:
1. Percuma.
2. Mudah.
3. Cepat.

Sekarang, berdasarkan kriteria dalam langkah pertama, saya pilih beberapa jenis kriteria untuk jadikan senjata dalam membentuk emel menggoda. Kriteria tersebut adalah sensitif, ingin kurus, tidak ada masa dan seorang yang bijak.

Sekarang, saya gabungkan 3 langkah menggoda dengan kriteria yang saya pilih untuk membentuk satu emel yang menggoda dan seterusnya membentuk satu list yang sangat-sangat responsif.



Lihat contoh emel di bawah.

[Badan Kurus] Tips pertama untuk kuruskan badan.
Assalammualaikum {First_name}
Harap sihat selalu.

Anda ingin kurus? Begitu juga dengan saya.
Saya selalu menganggap untuk kuruskan badan,
saya perlu berusaha kuat. Sebenarnya tidak, kerana,
untuk kuruskan badan , saya hanya perlu menjalani
beberapa prosedur yang ringkas sahaja.

Dengan mengikuti prosuder ini saya berjaya
mengurangkan berat badan sebanyak 5 KG dalam
3 hari sahaja. Saya sungguh terkejut kerana prosuder
yang saya jalani adalah tersangat ringkas dan saya
langsung tidak mengjangka bahawa kesannya
secepat ini.

Saya langsung tidak mengambil sebarang ubat dan
ia berlaku dalam keadaan semulajadi. Saya juga tidak
mengeluarkan sebarang kos ketika mengikuti prosuder ini.
saya harap anda juga boleh mencuba prosuder ini

[Di sini anda letakkan link ke blog  atau link download untuk pdf]

Saya harap anda mencuba dan memberi maklum balas
Kepada saya.


Analisis emel di atas.

Jika anda perhatikan emel di atas, saya terapkan segalam prosuder untuk menggoda pelanggan dan juga menyentuh sifat peribadi subscriber saya. Jangan terkejut jika saya mengatakan bahawa saya berjaya memperoleh berates-ratus maklum balas berdasarkan emel ringkas di atas. Yang pasti, saya telah memberi tanggapan yang baik pada subscriber saya.

Untuk memastikan anda sentiasa rapat dengan mailing list anda, anda juga boleh sentiasa menghantar emel menggoda ini kepada list anda. Untuk kesan lebih mantap, sentias bertanyakan perkembangan mereka yang telah mencuba teknik yang anda cadangkan.


Langkah ketiga : Jadikan list sebagai rakan anda.

Subscriber anda juga merupakan manusia dan mereka suka berinteraksi dan berkongsi masalah. Untuk mengambil sifat manusia yang lemah ini, anda boleh menjadikan mereka sebagai rakan. Caranya adalah dengan membuka akaun facebook, twitter atau blog khas untuk mereka.

Hantar satu emel kepada subscriber anda dan jemput mereka untuk menjadi rakan anda di laman web sosial. Percayalah, mereka amat berterima kasih dengan anda kerana menjemput mereka untuk berkongsi masalah dengan anda. Selepas itu, anda ulang langkah pertama hingga ketiga. Lama kelamaan, list anda akan menjadi sangat responsif.

Penutup

Berdasarkan langkah-langkah yang saya tunjukkan di atas, saya percaya anda tahu untuk menghasilkan list yang responsif tidaklah sesukar mana. Namun, anda wajib berhati-hati kerana untuk membina kredibiliti mengambil masa yang lama, tetapi untuk hilang kredibiliti, satu kesalahan sudah memadai.


Anda hanya perlu ikut sahaja mengikut prosuder yang saya tunjukkan. Walaupun ringkas, ia telah memberi berjuta-juta pendapatan kepada IM-IM antarabangsa. Mereka menjana berjuta melalui internet kerana mereka serius dan saya tidak nampak kenapa kita tidak perlu serius. Selamat mencuba.

No comments:

@templatesyard