Tips Menjadi Super Affiliate - Bisnes Online Sebenar

Wednesday 8 February 2017

Tips Menjadi Super Affiliate




Super affiliate adalah posisi idaman bagi affiliate. Ini kerana seorang super affiliate menjana pendapatan lebih tujuh angka setahun. Namun, bukan mudah untuk bergelar super affiliate, berbagai rintangan dari segi mental dan fizikal perlu di atasi.


Rintangan mental adalah jangan terlalu cepat berputus asa, sentiasa sabar dan sentiasa berusaha manakala rintangan fizikal yang paling utama adalah untuk memfokuskan diri pada perniagaan tanpa rasa lesu dan letih.

Kemahiran paling utama yang perlu ada pada seorang affiliate adalah mereka perlu mahir mencari trafik. Tiada trafik maka tiada wang yang akan di hasilkan kerana tiada prospek. Untuk anda mahir mencari trafik, anda perlulah dahulu menuntut ilmu dari mereka yang berpengalaman.

Namun, trafik adalah tidak berguna jika anda tidak tahu bagaimana hendak menggunakannya. Seorang affiliate biasa, mereka akan pilih produk yang banyak pembeli dan mempunyai komisyen yang tinggi. Kemudian, mereka akan melakukan promosi dan mengharapkan ramai orang akan klik mereka dan seterusnya membeli produk melalui link mereka.

Satu nasihat untuk anda, jangan jadi affiliate biasa. Jadilah super affiliate. Super affiliate tidak akan menunggu komisyen datang secara rawak, super affiliate mencari pembeli. Mereka tahu bagaimana hendak mencari orang untuk membeli produk affiliate mereka. Itulah bezanya seorang super affiliate dan affiliate biasa.

Untuk membantu anda menjadi seorang super affiliate, saya senaraikan 5 teknik seorang super affiliate perlu ada.

1.Tahu mencari niche yang profitable.

Seorang super affilite perlu sedar dan alert pada niche yang profitable dan popular di pasaran. Anda perlu alert pada trend semasa, produk apa yang popular dan di minati ramai pada keadaan semasa atau dalam masa beberapa bulan lagi. Kadangkala, trend menular dengan begitu pantas dan anda perlu alert.

Untuk mengetahu niche yang profitable, anda boleh melakukan kajian melalui:

Surat khabar.
Berita televisyen.
Iklan televisyen.
Forum-forum di Internet.
Google trends
Ebay pulse

2.Menjadi seseorang yang pandai menyelesaikan masalah.

Seorang super affiliate akan mencari masalah bagi sesuatu komuniti dan membantu mereka menyelesaikan masalah. Seorang super affiliate handal dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Pendek kata, pandai mengambil kesempatan berdasarkan situasi.

3.Belajar mengenal pesaing.

Super affiliate sentiasa sign up newsletter pesaing-pesaingnya supaya dia tahu bagaimana pesaing-pesaingnya melakukan promosi. Di samping itu, super affiliate sentiasa kenal dan tahu apa yang pesaing mereka lakukan dalam keadaan semasa. Mengenal pesaing beerti mereka tahu keadaan sekeliling mereka dan membolehkan mereka untuk menyesuaikan diri pada keadaan semasa.

4.Beri apa yang orang mahu.

Seorang super affiliate hanya memberi apa yang orang mahu. Jika newsletter beliau adalah dalam niche keluarga, hanya produk niche tersebut di promosikan kepada pelanggan newsletter beliau. Mereka tidak akan campur adukkan niche. Mereka fokus pada satu niche dan cari trafik berdasarkan profitable niche.

5.Pandai menulis review yang menguntungkan.

Kemahiran yang terpenting selain mencari trafik yang perlu ada pada seorang super affiliate adalah mempunyai kemahiran menulis review dengan baik. Review mencerminkan diri anda sendiri. Jika penulisan anda telus, jujur dan menarik, orang akan menghormati anda.

Seorang super affiliate tidak akan segan silu untuk memberi pendapat mereka mengenai sesuatu. Ada berbagai cara untuk memberi review iaitu melalui penulisan, video dan audio.

No comments:

@templatesyard